23.8.09

Awal Ramadhan

1. Ramadhan kali ini, saya menyambutnya dengan berbagai rasa gembira, terharu, dan bimbang. Gembira kerana peluang seterusnya diberikan Allah 'azza wa jalla untuk menikmati kelebihan bulan ini. Terharu kerana masih berkesempatan menerima kasihan belas dan kasih sayang Tuhan yang Maha Pemurah dan Penyayang, serta insan-insan disayangi. Bimbang pula pada kesihatan emak di tengah-tengah wabak Influenza A H1N1.

2. Emak mengalami masalah sakit pinggang beberapa hari yang lalu. Apabila serentak diserang masalah paru-paru, ia mendesak emak bergegas ke bahagian kecemasan Hospital Putrajaya dan akhirnya ditahan di wad 4B.

3. Kerana tergolong dalam kategori pesakit berisiko tinggi terhadap H1N1, maka emak turut diletakkan sebagai pesakit yang terdedah kepada wabak ini dengan kawalan yang dikatakan agak rapi. Doktor memberikan pil antiviral (tami flu?) yang dikatakan untuk pencegahan selesema babi?

4. Mudah-mudahan, keberkatan di bulan Ramadhan ini menjadikan setiap pesakit kita kuat, tabah dan bertawakkal yang tinggi kepada Allah swt. Kita doakan untuk seluruh umat Islam di Malaysia, termasuk emak saya, amak anda semua, ayah kita, keluarga kita dan setiap pesakit muslim, walau di mana sahaja mereka, walau apapun nama mereka, Hasan, Ahmad, Fatimah, Dayang, Mamat, Nadia, Rosmah, Begum, Khan, Abdul Ghaffar diampunkan dosa mereka dan Allah mengurniakan yang terbaik untuk mereka.

5. Moga Ramadhan kali ini, lebih baik dari yang lepas. Kullu 'aam wa antum bil khair

3 comments:

Dr. Muhamad Faisal Ashaari said...

mudahan Allah berikan kekuatan kepada tuan el-beriti. terasa ingin berziarah. dekat je di putrjaya. tapi.. H1N1 boleh ke pergi.

AinDayana said...

owh siannye..moga2 cepat sembuh...di jauh dari penyakit itu...

Elbaritii said...

Salam.

Mak ana dah keluar wad pada hari Rabu yang lalu. Mudah-mudahan terus kuat. Alhamdulillah