28.6.11

BERSIH dua titik kosong

No comments:



Bersih...bersih...bersih...


Unggun Bersih sudah galak dinyalakan
Mahu menyemarakkan angin-angin panas
Mengukus rasa takut, getar dan kecut
Demi menentangi mata-mata kuasawan

Kuasawan itu semakin kucar dan langsi
Menjerit Bersih ini bukan bersih tapi kotor
Memfitnah Bersih yang kotor ini mahu mematikan
Memampuskan kuasawan dan parti memerintah

Memerintah dengan kuku dan besi, siapa redha
Merompak dan menyamun rakyat, siapa diam
Menipu dan menyeleweng undi, siapa terima
Mahu perintah sampai mati, siapa setuju

Setujulah kita Bersih hanya membuang kotor
Tiada rampasan, tiada berontak, tiada derhaka
Setujulah kita Bersih memang beragenda
Membersihkan pilihan raya dan membuang kekotoran

Bersih itu mulia, wahai Tuhan
Bersihkanlah kami dari noda dan dosa
Jauhkan kami daripada kekotoran hati dan kuasawan
Ibarat terpisahnya sang timur dan sang barat

Kami tekad menyokong Bersih
Dua titik kosong

14.6.11

Anak Didik Mimbar Rusila Mampu Mendekatkan Putrajaya

No comments:
Kabinet Baru PAS adalah satu cabaran besar bukan kepada musuh politik parti sahaja. Ia juga satu cabaran paling berat yang akan dihadapi oleh Presiden.

Dalam sesi yang lepas, tergambar jelas bahawa Dato' Tuan Guru Presiden mahukan Ustaz Abdul Halim Abdul Rahman sebagai Pengarah Pilihanraya PAS Nasional. Oleh kerana itulah, ia jadi begitu. Juga jawatan-jawatan lantikan yang lain.

Dalam muktamar baru-baru ini, Ustaz Halim menyebut di dalam ucapan penggulungannya bahawa jabatan pilihanraya seluruh peringkat tidak sepatutnya mengalami perubahan pengurusan ketika mana pilihanraya hanya di sudut jalan sahaja.

Tup tup tup, dia pula terpelanting. Masakan itu kehendak Presiden yang dikenali lembut sesama rakan dan teman. Masakan.

Jadi siapakah yang mahukan pertukaran itu berlaku? Jawapannya mudah, Dewan Harian. Siapa mereka? Mereka adalah pembantu-pembantu Presiden yang telah lama terdidik di bawah mimbar Rusila yang akan wala' dan setia kepada 'Perjuangan dan prinsip Islam'.

Kita ucapkan alhamdulillah, atas perubahan yang berlaku, walaupun banyak kerja yang telah dilakukan oleh Ustaz Halim dan Dr Hatta pula baru nak memanaskan kerusi.

Selangor

Bukan sekadar itu sahaja kejutan yang berlaku.

Selangor menyaksikan perubahan yang berlaku secara drastik, walaupun pelbagai kerja sudah dilakukan oleh Pesuruhjaya yang lepas dalam menghadapi pilihanraya dan tarbiah ahli. Tidak kisahlah pilihanraya sudah dekat, tetapi perubahan kepada tokoh yang jauh lebih hebat daripada Dr Hasan Ali amat-amat diperlukan. Dr Abdul Rani dipilih Dewan Harian.

Insya Allah kita akan menyaksikan satu gelombong kerja dan strategi yang "maha" hebat dengan kabinet baru PAS Selangor yang bakal diumumkan.

Sekali lagi, tidak nampak ini kehendak Presiden. Presiden seorang yang dikenali sangat berlembut dengan pimpinan bawahannya. Tidak mudah pertukaran dilakukan.

Jika Presiden tidak kisah kepada pilihanraya yang dekat, kenapakah tiada pertukaran di Kelantan. Saya percaya dengan segala keuzuran Tok Guru, Kelantan juga wajar ditukarkan ketuanya kepada tokoh lain, seperti mana yang berlaku di Terengganu.

Bagi saya, Presiden kisahkan hampirnya pilihanraya dan dia kisahkan kesatuan yang sangat penting dalam pengurusan negeri. Itu sebab Kelantan amat memerlukan kepimpinan Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat. Penyatu.

Jika bukan dia?

Sekali lagi, itu adalah keputusan Dewan Harian yang bukanlah juga orang lain. Mereka adalah anak didik Tuan Guru yang sejak tahun 80an telah jatuh cinta kepada Tuan Guru dan menghafal ayat-ayat qurani sebagai dalil perjuangan Islam.

Harapan saya untuk barisan kepimpinan PAS yang baru ini ialah agar dapat memimpin ahli, parti dan massa ke arah gerakerja lebih baik dan keputusan lebih cemerlang berbanding pilihanraya yang lepas.

Atas kertas, saya tidak nampak sedikitpun kekurangan pada kabinet yang dibentuk. S/U Agung dikekalkan oleh Dewan Harian kerana mereka tahu Dato' Mustafa Ali adalah antara tokoh PAS yang mampu berhujah baik dalam Majlis Presiden bagi mewakili kepentingan Islam dan PAS, khususnya berhadapan dengan Dato' Seri Anwar Ibrahim. Ketika masing-masing mahu pertahankan maslahah parti sendiri, Presiden dan Cikgu Pa adalah dua insan yang diyakini mampu menjaga hal ehwal kepentingan parti.

Tokoh-tokoh anak didik Tuan Guru Presiden kelihatan kurang bertenaga untuk mengatakan tidak kepada Anwar. Itulah andaian saya. Bak kata bahasa orang Kelantan, orang lain mudah lembik tekok dengan Anwar.

Atas dasar itulah, pada andaian saya, Presiden mengekalkan Mustafa Ali.

Putrajaya

Saya menetap di Puchong. Saya berasa seakan-akan Putrajaya sudah bergerak mendekati Puchong Gate. Apa yang memisahkan saya dengan Putrajaya adalah Tol LDP sahaja.

Saya yakin, anak didik mimbar Rusila, Dr Hatta, Dr Abdul Rani dan ramai lagi mampu membawa kita ke Putrajaya.

Tidaklah Dewan Harian memilih mereka ini melainkan kerana mereka ada sesuatu yang tiada pada pemegang jawatan sebelumnya. Mereka ibarat tokoh luar biasa. Dengan masa yang amat terhad, gerakerja tetap akan lancar. Malah lebih lancar berbanding sebelumnya.

Memang berat beban di bahu tokoh-tokoh ini. Berat juga cabaran yang berada di hadapan Presiden.

10.6.11

Terbaik Daripada Timbalan Presiden

No comments:
Inilah kelebihan Abang Mat yang tiada pada semua Timbalan Presiden sebelum ini. Menegur terbuka di media secara sepintas lalu dan sinis. Berlembut tapi menusuk. Tokoh2 sebelum ini mungkin ada menyentuhnya di dalam mesyuarat, wallahu a'lam.

Kelantan memang memerlukan muhasabah dari semasa ke semasa. Kelantan selalu merasakan mereka tidak dipegang oleh Pusat.

Saya suka!- Elbaritii

====

ADUN, exco tak boleh pohon tanah

"Dari segi tadbir urus, sebab pergantungan Kelantan misalnya pada Tok Guru (Datuk) Nik Abdul Aziz (Nik Mat) terlalu tinggi," kata Mohamad yang vokal terhadap pentadbiran PAS sejak parti itu dapat mengembalikan kuasa di negeri itu pada 1990.

Penceramah popular itu juga menegaskan, PAS perlu mengubah sikap yang wujud di kalangan wakil rakyatnya bagi meningkatkan integriti barisan pentadbiran di negeri yang dikuasai.

"Misalnya anggota exco, ADUN tak boleh pohon tanah kerajaan. (Kalau) mahu mohon, berhenti, jadi orang berniaga. Selagi jadi ADUN, exco tak boleh memohon dan sebagainya. Ini yang perlu diubah oleh kerajaan yang dipimpin oleh PAS.

"Setengah bercakap kalau PAS tak ambil, Umno ambil. Ertinya (PAS) sama (dengan Umno) – benda macam ini yang saya akan berdepan, di dalam isu misalnya balak," katanya lagi yang mengakui bahawa pandangan seperti itulah yang menyebabkan beliau dilihat sebagai "pro-DAP."

Mohamad yang bimbang dengan penyelewengan yang wujud dalam parti itu berkata demikian dengan merujuk kepada dakwaan yang dilemparkan berhubung sumber balak di negeri berkenaan.

====

Klik di bawah untuk baca keseluruhan artikel.

Sumber: Malaysiakini

PAS Perlu Aktif Membicarakan Kewangan Islam

No comments:
Belum ada lagi suara kuat daripada pihak PAS berkaitan perkembangan dan isu-isu kewangan Islam. Suara-suara lama mesti diperbaharui. Ditingkatkan lagi. Dikemas kini.

Perbicaraan berkaitan ekonomi Islam, biasanya banyak menyentuh kepentingan negara secara khusus dan rakyat secara umum. Manakala kewangan Islam menjadi kepentingan harian dan terus kepada seluruh rakyat, termasuk ahli dan pimpinan PAS.

Alhamdulillah, kerajaan Malaysia banyak memainkan peranan dalam pengembangan kewangan Islam melalui Bank Negara Malaysia dan Suruhanjaya Sekuriti. Jasa di sini, untuk melihat syariat menguasai sistem kewangan sangat besar. PAS perlu akui.

Tetapi bukanlah bermakna PAS tiada ruang untuk memberi pandangan dan tekanan.

Di celah-celah keaktifan institusi kewangan dalam negara menggerakkan sistem kewangan Islam, masih banyak ruang dan peluang yang boleh digunakan oleh PAS. Bukan bertujuan untuk menumpang tui, atau mencari publisiti. Sebaliknya melakukan pengislahan, tekanan politik dan cadangan alternatif demi perjuangan syariat Islam.

PAS perlu melantik atau menentukan figur peringkat pusat yang memberi pemfokusan dalam isu ini. Dalam industri ini, banyak pensyariatan terbantut kerana ia terhalang oleh kehendak politik yang lemah oleh kerajaan BN.

Selain itu, PAS juga perlu melihat kepada ahlinya dan menjaga kemaslahatan rakyat. Tegas melindungi ahli dan pimpinan parti daripada terjerumus ke kancah hina riba, menegur peguam-peguam dalam parti yang masih mengumpul duit daripada sistem haram konvensyenal, maka PAS mesti mula bercakap secara lebih detil dalam kewangan Islam.

Ketika ulama dan tokoh dunia bercakap tentang sistem kewangan Islam, ulama dan pakar ekonomi PAS masih menyebut isu disekitar rasuah, projek, kelemahan tadbir urus secara umum dan shopping Rosmah Mansur.

Fokuskanlah kepada kewangan Islam. Zaman kini, tiada ahli yang tidak meminjam duit daripada bank kecuali sangat nadir. Dan berapa peratuskah ahli gerakan Islam PAS yang belum ada kesedaran yang masih bergelumang dengan "perang riba menentang Allah dan Rasul"?

Di mana wang kumpulan kerajaan negeri Selangor dan Kedah? Bank apakah yang digunakan oleh pegawai kerajaan negeri? Apakah semua pelaburan di Selangor telah dinilai berdasarkan pematuhan Syariah?

Banyak kerja dan suara diperlukan.

8.6.11

Mulakan Pemerkasaan Majlis Syura

No comments:
Antara pandangan paling menarik daripada Muktamar ialah saranan Timbalan Presiden PAS terhadap Majlis Syura supaya melakukan audit terhadap kepimpinan pusat, sebagai sebahagian daripada pemerkasaan dirinya.

Saya sokong seratus peratus.

Jika diteliti dalam-dalam, dilurutkan segala masalah hingga ke pangkal, tidaklah terlalu mendasar masalah melibatkan pertembungan ulama dengan profesional. Malah tak patutpun bertembung. Selalu diungkapkan oleh Presiden, kepimpinan PAS adalah berdasarkan kepada konsep sinergi dan kolektif.

Bagi saya sendiri, ia bukan masalah itu. Akar krisis sebenarnya adalah pertembungan antara dua kelompok dalam satu parti. Krisis adab dan hormat. Mendahului keputusan ketua. Tidak menghormati mesyuarat. Kebocoran rahsia. Kempen penjatuhan. Mohon sahabat-sahabat yang terlalu prejudis terhadap tindak dan corak fikir ulama dan Dewan Ulama, agar jangan mudah melepaskan rasa hati. Melampias bagai tahu semua. Tapi, saya tidak mahu memanjangkan ini...

Kembali kepada cadangan abang Mat. Terbaik. Teruskan bersuara.

Majlis Syura seharusnya pemegang dasar. Bukan berada di kawasan mahupun negeri. Tidak juga di pusat. Tinggikan mereka sebagai pemayung kepada keseluruhan entiti parti. Maka tertanamlah rasa hormat, percaya, sayang, husnu zan dan seumpamanya.

Berikan mereka kuasa yang jelas. Kuasa pemutus dasar. Kuasa koreksi barisan eksekutif. Meminta laporan bila-bila masa. Mampu menyingkir pengkhianat parti. Tidak bias.

Saya seorang pegawai bank. Berada dalam jabatan syariah. Menjadi sekretariat kepada Penasihat Syariah Bank. Melihat dan dapat membezakan kedudukan Pengurusan bank dan Majlis Penasihat Syariah. Dasar dipegang kemas penasihat. Mengambil tahu dan memutuskan. Termasuk soal sekecil pengedaran risalah produk. Mengawal ayat kempen dalam sms. Wajah siapa dipaparkan dan bertudung atau tidak.

Melihat dengan detil sistem "finance". Mengawal perjalanan bank. Memerintahkan agar kesilapan dalam keuntungan dipulangkan kepada yang berhak. Surat tunjuk sebab diberikan kepada CEO jika melanggari mana-mana "ruling".

Sesungguhnya, kuasa dan pengawasan Syariah di Bank saya bekerja sangat berbeza dengan bank-bank lain. Ia adalah contoh terbaik bagaimana PAS dapat memisahkan antara Pengawal parti dan Pengurusnya.

Kita perlu berdiskusi. Pakar-pakar perlu berbincang.

Ulama tidak semestinya berada di mana-mana. Dan pemimpin sebuah parti seharusnya tokoh yang layak jadi pemimpin, bukan yang alim tetapi hanya memiliki gaya seorang pengikut.

Mulakanlah.

7.6.11

Terima Kasih Dr Dzulkefly

No comments:
Terima kasih buat Dr Dzulkefly atas kenyataan di bawah.

(Untuk kesekelian kalinya, kami dari pimpinan PAS Pusat, khususnya yang baru dipilih semula oleh para perwakilan di Muktamar ke-57 baru-baru ini, memohon supaya pihak media, khasnya Media Baru, supaya hentikan penggunaan istilah “Erdogan” atau kumpulan “Pro-Anwar” bagi mewakili kami. Kami yang didakwa sedemikian, adalah sebahagian dari pimpinan PAS Pusat yang memahami erti tuntutan meletakkan wala’ (allegiance-ketaatan tidak berbelah bagi) kami kepada prinsip-prinsip perjuangan Islam kami dan penghormatan (ihtiram) kami kepada pimpinan tertinggi parti Islam SeMalaysia, PAS. Kami bukannya ‘Erdogan’ dan bukan juga “Anwaris” atau pun apa jua istilah yang dilabelkan ke atas kami. Harap maklum. Kalau anda gunakan juga istilah ini, selepas dari ini, maka sah anda punya motif yang bersifat ’mala-fide’ terhadap kami. – Dr Dzul)

http://blog.drdzul.com/

6.6.11

Peringatan Untuk Tuan Haji

2 comments:
Tahniah kepada yang dipilih Allah menjadi pemimpin, jika antum ikhlas dan tidak mengejar kedudukan itu.

Insya Allah, Maha Suci Allah, Tuhan yang akan bersama dengan perjuangan suci ini. Kami pengikut tetap setia bersama pejuang. Itulah azam dan doa.

Siapa sahaja pemimpin, baik yang baik mahupun yang bermasalah, kewajipan berjihad bersama pemimpin mengikat kesetiaan dan pengorbanan, bak ibarat junjungan tercinta.

Mata-mata dan hati-hati sentiasa memerhatikan tindak dan kata pemimpin yang baru terpilih. Berhati-hatilah ketika berkata-kata. Jangan menunjukkan lemah sendiri dan mengguris hati ahli di satu sudut lain. Usah dibangkit isu yang jika diulas tidak menguntungkan dan didiamkan lebih baik pula. Kenapa dibangkitkan kelemahan ulama dan ustaz (dewan?) ketika diri menewaskan ulama? Untuk mencari justifikasi? Tak perlu. Ini bukan masanya. Lagipun, jangan rasa bersalah. Itukan keharusan oleh perlembagaan. Jangan dibisingkan. Ia memburukkan keadaan.

Peringatan kedua, henti-hentilah mengungkapkan nama-nama tokoh yang boleh menarik minat sang penguasa Umno memasang perangkap. Takkan mahu ahli kecil cawangan menuduh pemimpin besar tak bijak, tiada strategi bercakap. Dalam kalut Umno menangkap orang ber'zikir' dan ber'solawat', ditambah pula penguasaan ustaz-ustaz muda Umno dalam kerajaan, tak pasal-pasal masuk sekali lagi.

Tak kuat PAS dengan meratip nama itu dan tak rugi PAS jika tidak memujinya. Memang benarlah kalau kita nak berhujah, apa salahnya. Bukan salah apa pun. Depa terbukti membangkitkan perjuangan menentang kuffar zionis laknatullah.

Betul2. tapi main dengan Umno, jangan harap hujah begitu laku. Kena bijaksana. Jangan syok sendiri dengan bijak sendiri-sendiri.

Peringatan ketiga, berhati-hati dan jangan banyak makan budi. Dua tahun bukanlah lama. Yang mendekatipun bukan calang-calang orangnya. Jangan hanya jadi bahan untuk nafsu orang lain, kalau yang menyokong membuntuti nafsu. Jadilah pembantu setia dan terhebat buat Presiden tercinta.

Peringatan keempat, jom tingkatkan taqwa kita kepada Allah. Kewajipan berakhlak dalam berceramah, bekerja dan bermesyuarat adalah untuk semua, ulama agama mahupun juhala' agama. Ustaz mahupun jurutera. Kerani mahupun pengurus. YDP mahupun pemeriksa kira-kira.

Kelima dan terakhir, jangan layan bloger yang mengutuk. Layan yang menasihati.

Layakkah saya menasihati seorang pemimpin hebat macam abang Mat. Rasa tak layak, tapi itu suruhan Nabi saw. Kita amalkan sahaja. Wallahu a'lam.

4.6.11

Pandangan Aktivis Mat Sabu Terhadap Ustaz Yang Mengaku Ulama

No comments:


Saudara adalah antara pihak yang mencetuskan kepimpinan ulama sekitar tahun 1982 apakah saudara masih mempunyai agenda memperkasakan kepimpinan ulama?


Saya tidak mahu kepimpinan ulama disalah tafsirkan, saya menghormati ulama seperti Sheikh Omar Muktar; Sheik Ahmad Yassin; Abu Bakar Al baqir, Tuan Haji Yusof Rawa, dan Ustaz Datuk Fadhil Noor.

Semua ulama ini saya penuh hormat dan menyebut-yebut nama perjuangan mereka dalam ceramah dan penulisan saya. Yang kita tidak mahu orang bertenggek diatas nama kepimpinan ulama. yang berkelulusan agama tetapi bertenggek atas nama kepimpinan ulama.

Tetapi Ulama sejati yang berilmu, yang membina masyarakat, yang beri ulmu, berjuang dan berjihad inilah yang kita sanjung yang kita sokong dan sepanjang zaman ulama inilah yang meniupkan kebangkitan.

Ini termasuklah mereka yang meniupkan semangat kebangkitan kemerdekaan iaitu Sheikh Jamaludin Al Afghani ialah seorang ulama yang bertaraf Hujjatul Islam.Ulama seperti ini harus diketengahkan, bukan kelulusana sijil ugama sahaja dipanggil ulama. Bahkah kalau yang ulama kontemporari seperti Hassan Nasralllah, saya amat kagum diatas kehebatan beliau kumpul sokongan muslim dan bukan Islam di lubnan dengan meniup semangat jihad menentang Israel.

Sheikh Ahmad Yassin, daripada di atas kerusi rrodanya dia mampu untuk meniupkan semangat jihad melawan Israel.Ulama seperti ini yang saya sanjung, bukan yang berkelulusan yang belajar dari sekolah agama kemudian pergi ke Mesir, dan bila balik ke Malaysia kita gelar dia ulama.Sedangkan ia tidak menonjol dirinya sebagai seorang waris kepada Nabi Muhammad Saw, iaitu buat kerja-kerja yang dibuat oleh Nabi Muhammad S.A.W,.Jadi saya tetap berpegang teguh dan menyanjung kepimpinan Ulama ini.

+++++++++++++++

Apa yang boleh dibaca daripada idea Mat Sabu ialah, bubar sahaja Dewan Ulama kerana Dewan itu penuh dengan ustaz yang syok sendiri dengan nama ulama dan tidak memenuhi kriteria yang beliau mahukan.

Yes, satu cabaran kepada ustaz-ustaz.

Erm, terlupa nak sebut nama Presiden sebagai ulama yang dihormati ke abang Mat? Menarik untuk melihat perjalanan PAS sehari dua ini.

Timbalan Presiden sudah merancang untuk menukar post2 lajnah sebelum berbincang dengan Presiden dan AJK Pusat yang lain. Memang seorang yang berjiwa aktif...

Hikmah Kemenangan Abang Mat, Salehuddin, Husam dan Mahfodz.

No comments:
Alhamdulillah, keputusan telah diumumkan. Akar umbi membuktikan kehendak mereka atau kehendak orang yang berkempen kepada mereka. Moga keberkatan bercurahan buat parti tercinta.

Banyak kelebihan daripada keputusan ini. Insya Allah.

1. PAS akan terus kukuh bersama Pakatan Rakyat.

2. Tiada lagi suara sumbang lagi menjijikkan bloger penyokong PAS yang membuta tuli menghina dan memfitnah Presiden dengan UG, Perpaduan, Geng Terengganu dan seumpamanya.

3. Masa yang paling sesuai menilai sejauh mana momentum yang boleh dibuat oleh barisan pimpinan yang sekian lama menjadi barisan "Dream Team" kepada ahli-ahli dalam lingkungan tertentu dalam parti.

4. Masa untuk pimpinan ulama dalam parti melihat contoh-contoh baik yang bakal ditunjukkan oleh abang Mat Sabu dalam memperjuangkan suara rakyat dan mustadhafin. Seorang pemimpin yang rapat dengan rakyat dan sangat "down to earth".

5. Presiden didampingi oleh rakan pemimpin yang berlatar belakangkan bukan pengajian Islam secara rasmi. Cara berfikir dan memberi pandangan serta mengupas isu yang selalunya ada sedikit perbezaan. Rencam yang berbeza dapat memberikan sinergi terbaik, insya Allah.

6. Pengajaran kepada pimpinan ulama parti, perbezaan latar belakang pendidikan bukan suatu kelebihan yang total dalam mentadbir dan menguruskan parti. Juga tidak dalam mendapat sokongan majoriti ahli. Ilmu pengurusan, strategik, komunikasi media, fikir secara kritikal menjadi tuntutan penting sebagai politikus semasa.

7. Diharapkan akan tamatlah suara-suara sumbang dalam parti yang selalu memecah belahkan parti.

Bismillah...nasiru 'ala barakatillah.

3.6.11

Naib Presiden Pilihan Saya

2 comments:
Ketika saya menulis, mungkin ada yang sedang mengundi atau sudah selesai semuanya, tapi undi sedang dikira.

Saya selalu sebutkan, saya boleh melihat Presiden bukan ulama. Kawan-kawan ustaz saya tentu men'jege'kan biji mata mereka. Tak apalah. :)

Saya tidak bimbang sangat kerana kita ada Majlis Syura. Kuatkan majlis ini, sediakan mekanisme tersusun sebagai pengawal selia parti, maka semuanya akan cantik.

Tapi, kenapa rakan2 saya amat menentang idea begini? Mengapa ramai juga pimpinan pusat atau bekas pimpinan tidak selesa begitu?

Bagi saya mudah sahaja. Profesional yang ada ni pun banyak yang buat kerja ikut kepala sendiri. Adab ada yang kurang kerana tidak sabar dengan pucuk pimpinan yang merupakan ulama yang kononnya kurang ilmu pentadbiran, pengurusan dan perancangan.

Tambahan pula, sebahagian profesional dalam parti tak ada langsung istilah wala' kepada pucuk pimpinan PAS, kerana mereka masih berwala' kepada jamaah lama mereka. Ini bukanlah rahsia yang tersembunyi.

Jelasnya, kecelaruan ini tidak difahami oleh orang biasa-biasa lantaran itu mereka mudah menuduh yang bukan-bukan kepada pimpinan yang sangat konsisten menjaga jamaah PAS.

Nak tengok Profesional menjadi Presiden, maka jadilah profesional yang taat kepada PAS, hormat ulama, sentiasa rujuk mereka, buat kerja betul, tidak main belakang dengan wala' lain dan berakhlak.

Ketika itu, haramlah diri saya tidak mengundi mereka, ketika mana saya yakin mereka boleh persadakan PAS dengan lebih gemilang.

Pilihan saya untuk naib ialah:

1. Ustaz Idris Ahmad
2. Salehudin Ayub
3. Husam Musa

Saya keluarkan Nizar, kerana sudah ada Ustaz Idris mewakili Perak dan utara, walaupun duduk di KL. Saya keluarkan Ustaz Amar kerana sudah ada Husam dan saya keluarkan Mahfodz kerana saya melihat ketiga2 di atas berada di atas beliau.

Saya Boleh Menerima Mat Sabu Sebagai Timbalan Presiden

No comments:
Saya percaya ramai yang sangat keliru. Sukar. Pilihan yang sangat membingungkan. Siapa yang paling layak.

Jauh dalam lubuk hati saya. Apa salahnya kita melihat Mat Sabu menduduki tempat kedua parti. Kita masih ada Presiden dan Majlis Syura untuk mengawal dasar-dasar parti. Ya, mungkin itu bukan pilihan utama saya, tapi rasa ingin memberi peluang tetap ada. Jika ini bercanggah dengan agama, pasti ia terlmaktub satu larangan, dalam buku kecil perlembagaan.

Kenapa saya mahu melihat?

Ia adalah sangat baik untuk sebuah parti politik. Mempelbagaikan kes yang boleh dibuat kajian. Memberikan satu dimensi baru kepada perjuangan parti. Menyuntik sedar dan menunjuk contoh kepada barisan ulama muda yang bakal menerajui parti pada masa akan datang.

Ketika inilah, parti dapat melakukan eksperimen. Jangan mudah kita terperangkap dengan mainan keji bloger yang mudah mendakwa parti akan musnah dengan satu dua tindakan pemimpin. Ustaz Nasa boleh bawa PAS menyertai Umno lah. Bukan Ulama boleh menjahanamkan partilah. Maaf saya nak kata, jangan otak kita sempit membaca realiti dan membuat andaian.

Kalau tiba-tiba abang Mat Sabu buat onar sebagai Timbalan kerana dia bukan ulama, bangkitlah ulama seluruh Dewan Ulama menegur. Mungkin itulah masanya Mursyidul Am PAS membuat teguran pedas, seperti teguran ke atas Ustaz Nasa suatu ketika dulu.

Saya memang mahu melihat, apakah kelainan yang boleh dilakukan selain ulama di kerusi itu. Itu satu pengajaran yang amat berguna.

Tiada siapa boleh merosakkan parti. Keberkatan parti ini tidak mudah dilumpuhkan dengan seorang dua pemimpin. Insya Allah.