20.11.12

Kenduri Ihsan, ulangtahun ke 10, selamat dan kesyukuran...all in one.

Alhamdulillah majlis pada Ahad lepas berjalan dengan lancar.

Paginya cerah. Tetapi mendung sekitar jam 11.30am. Merisaukan. Bimbang sangat kalau hujan yang amat lebat menghilangkan kecewriaan majlis.

Seusai solat Zohor berjamaah, kami membaca sedikit ayat al-Quran dan doa dipanjatkan. Untuk segalanya. Dibaca dalam bahasa Melayu agar semua yang mengaminkan doa memahami apa yang mereka minta perkenan.

Tidak mudah berdoa dalam bahasa Melayu.

Terus menjamu selera. Daging gulai kawah, ayam goreng, ulam, ikan masin bulu ayam, sambal belacan dan kuih muih. banyak juga dapat sumbangan kuih muih drp jamaah surau. Selain itu ibu Ihsan juga menempah roti jala, caramel dan kuih popia. Alhamdulillah.

Tidak menang tangan untuk melayan tetamu yang ramai dan datang serentak sekitar jam 2pm, iaitu ketiika hujan rancak membasahi bumi.

Saat getir berlaku.

Ayam goreng kehabisan. Segera mencari alternatif. Restoran As Safa di Tasik Prima.

Petang itu menerima tetamu istimewa. Kawan2 lama dari sekolah menengah. Borak sampai ke Isyak di rumah. Alhamdulillah lagi.

Dan alhamdulillah, hujan yang turun itu ada hikmahnya, rupanya, bila saya renung sejenak kaitan hujan, makanan dan jemputan.

Syukur kepada Allah, majlis pada 18 November 2012 berjalan baik. Moga allah berkati kami dan semua yang hadir.

15.11.12

Bermula semula

Telah lama tidak menulis di dalam blog ini. Melebihi setahun. Mata pensil pun sudah tumpul. Perlu diasah semula secara perlahan-lahan.

Hari ini 1 Muharram 1434. Sangat cantik untuk dipasang azam dan cita. Menulis.

Hari ini bermula muktamar di KB. Perhimpunan ahli parti menyempurnakan agenda kerja. Semoga gergasi lama itu mampu ditumbangkan berbekalkan segala idea dan perancangan muktamirin.

Sabtu ini genap 5 tahun anak sulong saya. Semoga 5 tahun yang lalu dapat dihitung sebagai fasa tarbiah berguna untuknya.

Menulis. Menulis dan membaca membaca membaca...

12.7.11

Kebangkitan Generasi BERSIH - Semarakkan Kuning

Ketua Pemuda PAS telah melancarkan kempen menyemarakkan warna kuning bersempena Hari Raya akan datang. Sila baca di sini:

http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/pasca-bersih-2.0-pemuda-pas-mula-kempen-kuning-tema-aidilfitri/

BERSIH 2.0 adalah lonjakan momentum terbaik untuk kita meneruskan usaha kempen, dakwah, rayuan dan penerangan kepada sasaran dakwah dan pengundi. Mudah-mudahan ada cahaya perubahan kepada majoriti rakyat Malaysia yang cintakan kebenaran dan kemuliaan sebagai warga yang bermaruah, menjauhkan kezaliman dan kekotoran minda dan jiwa.

Berikut adalah senarai link berkaitan BERSIH 2.0 yang boleh dijadikan rujukan.

SENARAI LINK

Bersih 2.0 Trailer- http://www.youtube.com/watch?v=OK1XYxHJjHQ

Channel News Asia- http://www.youtube.com/watch?v=64Gg8l0Hkcc

Police aggression in Puduraya- http://www.youtube.com/watch?v=MmgdyXOQ5Bo

A. Samad Said, National Laurate- http://www.youtube.com/watch?v=r7DFEMV8-G4

Be part of BERSIH generation! http://bersih.org/

Euronews- https://www.youtube.com/watch?v=F97SDkkQ9c8

Al Jazeera- http://www.youtube.com/watch?v=3UNT8C13hRs

Police beating- http://www.youtube.com/watch?v=ZqCmcF7pZZI

Hospital hit by water cannon spray, tear gas - http://www.youtube.com/watch?v=ucNf75SoIn8

9 of July – A day to remember- http://www.youtube.com/watch?v=UmauVB5BpYA

The Unsung Heroes- http://www.youtube.com/watch?v=379NBqcSUow

8.7.11

Isi Khutbah Jumaat Di Masjid Negara

BERSIH benar-benar menakutkan sebahagian pemimpin Malaysia.

Pada hari ini, saya sengaja menunaikan solat Jumaat di Masjid Negara. Untuk mendengar khutbah kerajaan yang disampaikan kepada rakyat jelata. Fikir, semua masjid di Wilayah membaca teks yang sama.

Saya sempat mencatatkan beberapa isi menarik:

1. Khatib memulakan khutbah dengan mengkritik (mengutuk) sebuah negara Islam di Asia Barat yang runtuh musnah akibat tiadanya keutuhan dan perpaduan. Sebenarnya kritikan itu ditujukan kepada gerakan rakyat yang melakukan demonstrasi.

2. Khatib menggambarkan BERSIH (tidak menyebut kalimah Bersih) adalah kumpulan tidak sah undang-undang dan menegaskan pengikut dan penyokong kumpulan ini adalah pengkhianat kepada agama Islam.

3. Khatib menyebut barangsiapa yang memuliakan pemerintah dia akan dimuliakan Allah. Saya tidak jelas apakah stand kepada dakwaan itu. Juga menggambarkan gerakan Bersih ini adalah gerakan anti Islam apabila menyifatkannya sebagai musuh Islam. Lantas menyeru umat Islam tidak mengikutinya.

Selepas solat Jumaat, imam mengajak solat hajat diadakan untuk keamanan negara. Mudah-mudahan Allah menjaga negara ini daripada runtuhnya kuasa, moral, agama, kredibiliti dan keadilan.

Jika sebelum azan Jumaat, berpuluh kenderaan FRU melintasi masjid, selepas solat, jalan di hadapan Dataran Merdeka sempurna ditutup polis.

28.6.11

BERSIH dua titik kosong




Bersih...bersih...bersih...


Unggun Bersih sudah galak dinyalakan
Mahu menyemarakkan angin-angin panas
Mengukus rasa takut, getar dan kecut
Demi menentangi mata-mata kuasawan

Kuasawan itu semakin kucar dan langsi
Menjerit Bersih ini bukan bersih tapi kotor
Memfitnah Bersih yang kotor ini mahu mematikan
Memampuskan kuasawan dan parti memerintah

Memerintah dengan kuku dan besi, siapa redha
Merompak dan menyamun rakyat, siapa diam
Menipu dan menyeleweng undi, siapa terima
Mahu perintah sampai mati, siapa setuju

Setujulah kita Bersih hanya membuang kotor
Tiada rampasan, tiada berontak, tiada derhaka
Setujulah kita Bersih memang beragenda
Membersihkan pilihan raya dan membuang kekotoran

Bersih itu mulia, wahai Tuhan
Bersihkanlah kami dari noda dan dosa
Jauhkan kami daripada kekotoran hati dan kuasawan
Ibarat terpisahnya sang timur dan sang barat

Kami tekad menyokong Bersih
Dua titik kosong