6.4.08

Rencam Berita Politik

Berdasarkan kepada paparan yang disiarkan oleh TV3 dan RTM1 sebentar tadi:-

1. Pak Lah yakin mampu terus mentadbir negara
2. Pak Lah mula "menyerang" balas terhadap kritikan Tun berkaitan kekalahan besar BN dalam pilihan raya lalu. Beliau mula menyentuh kelemahan Tun semasa pentadbirannya.
3. Pak Lah mula mempertikaikan usaha Ku Li yang cuba menjadi hero menyelamatkan Umno. Menuduh Ku Li menjadi punca kejatuhan Kelantan ke tangan PAS pada tahun 1990 dan Ku Li tidak melakukan apa-apa untuk merampas semula Kelantan dalam pilihan raya lalu.
4. Pak Lah menyifatkan usaha mendapatkan 30 wakil rakyat BN untuk menyertai PR sebagai keji, tanpa menolak kemungkinan usaha itu wujud dan tidak langsung menyatakan keyakinannya bahawa kerajaannya akan terus kekal.
5. Beberapa orang ADUN DAP di Perak membuat laporan polis kerana dihubungi oleh 'orang BN' untuk menawarkan jutaan ringgit jika keluar DAP memasuki BN.
6. Tuan Guru Nik Abdul Aziz menjemput Karpal Singh datang ke Kelantan bagi melihat kemajuan dan kebaikan yang dilaksanakan oleh parti Islam PAS di sana.

Apa yang ingin saya ikuti kini ialah jawapan balas Tun, Ku Li dan Karpal Singh. Fenomena politik di Malaysia semakin menarik perhatian.

5.4.08

Pakatan Rakyat vs Negara Islam


Tajuk di atas bukan bertujuan untuk membincangkan pertembungan dan pertentangan dua konsep yang sedikit sebanyak wujud antara satu sama lain, sebaliknya untuk mengajak pembaca membuat pilihan yang mana perlu didahulukan, dalam situasi kini?

Saya percaya, ini bukanlah masanya untuk kita membilang apakah perbezaan antara yang pertama dengan yang kedua. Bukan juga untuk membuat pilihan, yang mana lebih betul dan lebih dekat dengan matlamat. Malah tidak juga untuk menyenaraikan kelemahan dalam setiap konsep di atas, pada pemahaman pejuangnya. Masanya mungkin belum sampai lagi.


Ketika kita masih lemah, baharu ingin bermesra antara satu sama lain, eloknya jangan dibangkitkan dahulu garis paksi bagi idealogi masing-masing dalam Pakatan Rakyat, kerana ia tidak banyak membantu untuk meraih sokongan rakyat terhadap kerajaan PR di lima buah negeri. Jika itulah fokus masing-masing, pastinya itu lebih membawa kepada situasi mudah menjadi mangsa serangan BN dan Umno.


Jika dilihat kepada kenyataan seorang menteri di Jabatan Perdana Menteri semalam, beliau akui PR telah mengambil langkah terbaik dengan cuba menyatukan diri masing-masing dengan lebih kukuh, berbeza dengan Umno yang terdedah kepada perpecahan apabila kritikan berterusan dilancarkan oleh Tun Dr Mahathir Mohamad terhadap PM, Pak Lah.


Tiba-tiba, Karpal Singh melancarkan peringatan keras kepada PAS supaya jangan bercita-cita menubuhkan kerajaan Islam di Malaysia( melalui PR ). Sudah tentu ini menimbulkan keresahan dan tidak senang duduk ahli dan pemimpin PAS. Lim Kit Siang pula menegaskan, seperti yang dilapor Malaysiakini, PAS perlu ingat kepada perpecahan BA pada tahun 2001, ketika mengulas kenyataan Timbalan Menteri Besar Kelantan.


Situasi agak hangat ini tidak berhenti di situ sahaja apabila dilaporkan media bahawa dua Ketua Dewan Pemuda Negeri PAS menyatakan sokongan terhadap TMB Kelantan. Belum pasti apakah ada lagi sokongan daripada pemimpin lain. Kecaman atau kritikan terhadap PAS sudah kedengaran daripada pemimpin PKR dan DAP.


Dalam hal ini, saya belum lagi mendengar kenyataan Presiden PAS bagi mengulas situasi yang berlaku. Sudah tentu kenyataan beliau dinanti, tambahan pula Lim Kit Siang telah turut menegur PAS dan mengharapkan Tuan Guru Haji Abdul Hadi membetulkan keadaan.


Saya percaya, isu ini tidak berbangkit jika media perdana tidak berperanan. Tetapi itu bukan harapan bijak. Juga jika pemimpin PR tidak mengambil berat kenyataan pemimpin negeri yang tidak menentukan dasar dan hala tuju PAS di peringkat nasional. Malah juga tidak akan menjadi lebih hangat jika pemimpin pemuda sempat menahan diri daripada mengeluarkan kenyataan, jika benar bagai dilaporkan.


Apabila ia telah menjadi isu, maka terpaksalah Presiden menyediakan kenyataan terbaik. Semua sedang menanti dengan minat, khususnya ahli PAS dan DAP.


Di sinilah saya ingin mengajak kita semua supaya menguruskan PR secara lebih bijak dengan mempastikan keutuhannya terlebih dahulu. Dalam keadaan kita masih lagi lemah, belum bebas sepenuhnya dan masih mudah dipecah-belahkan oleh BN, mungkinkah dengan membangkitkan isu negara Islam membantu PR menjadi utuh? Apakah ia juga mampu menyediakan jalan mudah kepada negara Islam?


Saya tidak mempersoalkan kewajipan menegakkan negara Islam di sini, sebaliknya mengajak kita menegakkan negara Islam melalui contoh dan teladan. Contoh dan teladan di Perak dan Kedah melalui perlaksanaan dasar PR, bukan kenyataan, istilah dan slogan. Apabila kita berjaya melakukannya, insya Allah jalan ke arah negara Islam tidak lagi bersemak-samun.


Oleh itu, marilah kita bincangkan PR terlebih dahulu, walaupun ia tidak memasukkan prinsip dan usaha penubuhan negara Islam mengikut idealogi PAS, kerana pengukuhan PR bermakna mengurangkan ranjau ke arah negara Islam apabila BN semakin lemah dan tidak diyakini rakyat.


Apabila PR mampu melemahkan BN dan warga Melayu semakin mempercayai PR, ia membawa natijah Melayu akan lebih ramai mengundi PAS dan PKR. Jika trend ini berterusan, tidak mustahil pada pilihan raya akan datang PAS dan PKR akan lebih kukuh dan menjadi tunjang kepada PR, yang pasti berbeza denga situasi kini. Ketika itu, harapan kita PAS adalah dominan dan mampu memimpin arus perubahan ke arah lebih sempurna dunia dan akhirat.


Terakhirnya, harapan saya ialah semua pemimpin, baik kecil, pertengahan mahupun utama PAS tidak mendahului Presiden dalam isu besar seperti ini.

Interview dengan Menteri Besar Perak oleh The Star di sini.

Apa yang menarik untuk saya sebutkan di sini ialah MB Perak ke-10 ini membesar di kalangan penyokong kuat parti umno, termasuk ayah dan ibunya.

Kerajaan Persekutuan Menunjukkan "Kebencian" Tradisinya?

Sebenarnya, dalam seminggu yang lalu saya sangat sibuk dengan kerja di siang hari dan kuliah serta mesyuarat di malamnya pula. Itu memang mengganggu mod saya untuk menulis. Apabila sampai ke hujung minggu, baharulah banyak kesempatan untuk mengarang, namun kadang2 hujung minggu juga dipenuhi dengan pelbagai program.


Minggu lepas sahaja penuh dengan dua program penting, Mesyuarat Agung Cawangan dan Mesyuarat Agung Pemuda Kawasan. Selepas keduanya sempurna, banyak idea dan cadangan diperolehi daripada ahli-ahli. Insya Allah, saya sendiri telah memikirkan apakah langkah seterusnya untuk 'kita' mengisi kemenangan di Selangor ini.


Berbalik kepada tajuk di atas, laporan berkaitan saya petik daripada The Star online. Suatu tindakan yang seperti bongkak dan mementingkan diri sendiri ( politik BN ) daripada kepentingan negeri dan rakyat Perak.


Sebelum ini juga kedengaran pelbagai tindakan bodoh sombong yang dilakukan oleh beberapa pihak di Perak. Saya percaya di belakang semua drama yang berlaku adalah kesombongan tradisi Barisan Nasional yang cuba mencipta apa sahaja kesukaran buat negeri Pakatan Rakyat (PR).


Menyentuh tentang Pakatan Rakyat, saya merekodkan rasa kagum di sini terhadap keberanian dan keterbukaan Presiden PAS ketika mengajak umno menyertai pakatan dengan syarat bersedia mementingkan rakyat dan keadilan. Juga rasa kagum saya apabila Presiden PAS- seorang yang dikenali oleh media perdana sebagai ulama aliran keras- boleh memandang jauh ke hadapan dalam membuat keputusan dan komitmen terhadap PR, satu sifat ahli politik yang relevan di negara pelbagai kaum seperti Malaysia ini. Saling tak tumpah, penonjolan dan komitmen ini menyamai kehebatan Almarhum bekas Presiden PAS yang lalu.


Sepatutnya Kerajaan Persekutuan sedar akan kewajipan mereka untuk bersama-sama membantu kemajuan negeri dan jika mereka masih lagi enggan untuk mengalah, seperti realiti pada media BN yang belum lagi insaf, maka rakyat akan terus menghukum mereka. Jangan pandang rendah terhadap kemampuan 5 negeri PR di Semenangjung ini.

Berikut berita yang saya petik.


Perak urges tourism fair play from Fed

By HAH FOONG LIAN

IPOH: The Federal Government must be fair when promoting tourism in opposition-led states, Perak senior executive council (exco) member Ngeh Koo Ham said.

Commenting on the move to terminate tourism memorandums of understanding and the Tourism Action Councils in opposition-led states, Ngeh said it was as if the Federal Government did not want to promote tourism in states previously under the Barisan Nasional.

After the just concluded general election, the opposition took control of the government in Perak, Penang, Kedah and Selangor.

Ngeh noted that the Perak state government had been informed that the Malaysian Tourism Board office and the state Development Office here, which were funded and manned by the Federal Government, had been closed.

"I'd like to remind them that the bulk of the Federal funding comes from taxes paid by the citizens who are also from Perak," he said on Friday.

"They must be fair. The taxes received should be refunded to the people through development projects that would benefit them," he added.

Ngeh pointed out that the Federal Government also had a duty to those living in Perak who are also citizens of the country.

"I hope they will realise the mistake and rectify it immediately," he added.

On Wednesday, Tourism Minister Datuk Seri Azalina Othman announced that MoUs with opposition-ruled state governments would be terminated given the change in leadership.

She had said this was in line with the termination of Tourism Action Councils in the states, which were previously chaired by Barisan's state exco members in charge of tourism in each state.

She had added that a committee would instead be set up, with members appointed by the Federal Government similar to the format implemented in PAS-held Kelantan.

Penduduk Di Perak Terima Geran Tanah Selepas 60 Tahun Menanti

Alhamdulillah, nampaknya apa yang saya fikirkan sebelum ini, termasuk dalam perancangan awal kerajaan negeri Perak. Moga Allah terus memudahkan semua pihak di Perak Darul Ridzuan.

***********

IPOH, 4 April (Hrkh) - Selepas mengumumkan pemansuhan bayaran denda bagi kesalahan meletak kereta, dan kompaun bagi kesalahan penjaja pada 17 April lalu kini kerajaan Negeri Perak yang baru memberikan 'hadiah' lagi kepada rakyat khususnya kepada penduduk di kampung tersusun dan kampung baru dengan memberikan geran hak kekal kepada mereka.


Menteri Besar Perak, Ir Mohammad Nizar Jamaluddin semasa mengumumkan perkara tersebut dalam sidang medianya di Pejabat Menteri Besar menegaskan keputusan yang dibuat oleh Kerajaan Pakatan Rakyat sebagai tanda terima kasih kepada rakyat yang telah memberikan sokongan kepada ketiga-ketiga parti, DAP, PAS, dan KeADILan sehingga berjaya menewaskan BN dalam pilihan raya umum ke-12 yang baru lalu.


Pemberian geran hak kekal ini juga menandakan keprihatinan Kerajaan Pakatan Rakyat terhadap masalah yang dihadapi rakyat di negeri ini, kerana itu sebagai Kerajaan Pakatan Rakyat semestinya keutamaan akan diberikan kepada rakyat terutama menyelesaikan apa juga masalah yang selama ini membelenggu dan membebankan mereka.


"Selama lebih 50 tahun berada di bawah pemerintahan BN, penduduk kampung tersusun dan kampung baru yang tidak mempunyai geran hak kekal, mereka hampir kecewa dan putus asa untuk mendapatkan geran hak milik, Kerajaan Pakatan Rakyat melihat masalah ini perlu diselesaikan segera kerana itu kerajaan yang baru ini membuat keputusan memberikan geran hak milik kekal kepada mereka,"jelasnya


"Terimalah berita gembira ini dari Kerajaan Pakatan Rakyat sebagai satu 'hadiah' di atas kesabaran mereka menunggu begitu lama untuk mendapatkan geran hak milik kekal," ujarnya.


Sementara itu Adun Pantai Remis, Nga Kor Ming mengucapkan terima kasih kepada Menteri Besar dan Kerajaan Pakatan Rakyat yang begitu prihatin terhadap masalah yang dihadapi oleh rakyat terutama penduduk di kampung tersusun dan kampung baru.


"Penduduk di kampung baru telah mendiami kawasan itu sejak tahun 1948 lagi semasa negara menghadapi serangan dan anasir komunis, mereka cuma memperolehi tanah kediaman bertaraf tol , mereka telah memohon begitu lama untuk mendapatkan geran hak milik tetapi Kerajaan BN tidak memberikannya.


"Kini sudah 60 tahun mereka menanti geran hak milik kekal, keputusan yang tepat yang dibuat oleh Kerajaan Pakatan Rakyat pastinya melegakan dan menggembirakan mereka kerana penantian selama 60 tahun kini telah berakhir,"ujar beliau. - mks.