Ketika ini saya kerap bertanya, menyelidik, mengintai-ngintai, sesuatu untuk mencari petunjuk. Yang boleh memberi sinar lebih baik dalam perjalanan hidup.
Yang lebih jelas
Yang dekat
Yang menenangkan
Yang tidak menghalang tugas-tugas sampingan yang penting2 juga.
Dalam mencari-cari petunjuk itu, saya terjumpa jalan ke Bait Allah untuk mengumpul kuasa dan kehendak.
Mungkin tahun hadapan, jika Dia izinkan. Mari kita beramai-ramai mengadapNya. Mencecah bumi barakah di bulan Maris.
Petunjuk ada di mana2 tetapi rumah itu hanya di situ. Insya Allah akan ada sinar untuk jalan yang masih jauh dan panjang masa tempohya.
Showing posts with label Rumah Allah. Show all posts

29.12.10
5.7.10
RINDU SEMAKIN MENDALAM
Begitu dekat di hati saat-saat bercinta dahulu. Semuanya indah. Walau kadang-kadang pahit seringkali menghambat.
Saat pertama memandang wajahnya, terpasak di hati, inilah impian hidupku. Jiwa bertukar gementar tidak semena-mena. Mata langsung tidak berkedib. Senyuman terukir jauh di sudut hati. Tidak mahu menzahirkannya pada bibir bimbang-bimbang ada yang memerhati. Pipi kian basah.
Aku bergegas mengingatkan matlamat hadirnya diriku di bumi ini. Aku mulakan langkah dengan penuh semangat. Menghampirinya. Hampir mendakapnya. Tapi itu mustahil. Aku pasang niat suciku di situ juga. Kaki kanan ku mula mengorak langkah di sampingnya.
Sepanjang perjalanan itulah aku mentaqdiskan Ilahi dengan pelbagai zikir, memintaNya dengan bermacam-macam doa. Segala kekuranganku, ku pohon Ilahi membaikinya. Segala kekasaranku, moga dilembutkan. Kemalasanku dirajinkan. Keegoaanku dicairkan. Keburukanku dibetulkan. Kejauhanku didekatkan. Kehilanganku dizahirkan. Aku pasrah pada setiap ketentuanMu Ilahi.
Kini aku amat merinduimu. Sangat-sangat. Tidak tergambar, sukar diungkap. Aku akan pastikan kita bertemu di penghujung kesilapanku. Di awal tahun hadapan. Aku merinduimu ‘Rumah Allah’.

Subscribe to:
Posts (Atom)