Assalamualaikum wbt
DYMM Sutan Perak, Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Ibni Al-Marhum Sultan Yusuf Izzuddin Ghafarallahu lahu Shah.
Jika patik diperkenan memberi pandangan dan firasat, berikut adalah pandangan patik untuk Tuanku dan pemerintahan Tuanku yang adil dan saksama.
- Memanggil pihak peguam negara dan penasihat undang-undang negeri untuk mendapatkan penjelasan kedudukan dua ADUN yang telah menandatangani surat peletakan jawatan tanpa tarikh secara rela dan sedar.
- Jika kerusi tersebut sewajarnya kosong, maka pilihanraya kecil perlu diadakan dalam tempoh 60 hari.
- Memanggil 4 wakil rakyat yang dikatakan berpindah keluar daripada Pakatan Rakyat untuk mendapatkan kepastian terhadap pendirian masing-masing.
- Jika mereka kekal bersama Pakatan Rakyat dan majoriti bersama PR maka kerajaan sedia ada terus berjalan stabil.
- Jika jelas mereka mahu berpindah secara rela, maka dengan sendiri Pakatan Rakyat menjadi kerajaan minoriti untuk tempoh beberapa bulan pentadbirannya.
- Tidak dicadangkan pembubaran DUN dilakukan segera demi menjaga kemaslahatan rakyat negeri Perak yang mengalami kesukaran hidup akibat krisis ekonomi global.
- Pilihanraya seluruh negeri dicadangkan pada pertengahan tahun ini, dan sepanjang tempoh tersebut, kerajaan minoriti yang mendapat sokongan majoriti rakyat perlu mentadbir negeri.
- Tuanku menasihati wakil rakyat agar tidak membelakangkan keputusan pengundi dalam setiap pilihanraya dan perpindahan parti selepas pilihanraya adalah suatu yang tidak bermoral.
Mohon mencadang Tuanku.