Showing posts with label Agama. Show all posts
Showing posts with label Agama. Show all posts

5.1.11

Khusrin adalah sebuah kerugian

Memang manusia itu sentiasa dalam kerugian. Ya, jika enggan menjaga kepentingan masa dan kewajipan sewujudnya masa itu.

Saya selalu memikirkan apakah yang akan berlaku, bagaimana saya rasa, jika saya kehilangan seorang yang bernama ibu, suatu masa dahulu. Saya memikirkannya dan saya gagal menjiwainya. Saya tahu saya akan rugi jika tidak berpenatan mengertikan kewujudan ibu pada masa kewujudannya.

Lantas, untuk tidak rugi, saya perlu mesti dan wajib melaksanakan kewajipan sewujudnya ibu saya.

Al-Quran dalam surah Al-Asr sifatkan manusia sentiasa dalam khusrin = kerugian, kecuali;

1. Yang percaya pada Tauhid
2. Yang buat baik dan sebarkannya
3. Yang berkongsi nasihat untuk dan dengan kebenaran
4. Yang berkongsi nasihat sambil bersabar.

Ciri2 inilah yang mampu membuang khusrin daripada hidup kita.

Saya cuba menjiwai keempat2 nya ketika ibu saya masih wujud. Bila sudah tiada, barulah saya tahu impak sebuah khusrin dengan kehilangan seorang ibu.

Jika kita enggan laksanakan empat perkara di atas, apabila sudah terlambat, barulah kita faham apakah maknanya makhluk Allah, ciptaan Allah, yang bersifat baharu, yang berbunyi khusrin itu.

Memang sebuah kerugian. Mari kita nyahkan khusrin daripada kehidupan.

4.1.11

Fitnah Sangat Mudah Berselerak

Kalau semasa saya kecil2 dulu, ada sesetengah budak-budak yang suka menipu. Tak serik-serik. Entah le apa ke hai nya.

Di tempat saya, kami guna kalimah "ngecek". Maknanya menipu.

"Kamu jangan ngecek le. Oghang kampung semua dah tahu".

Kita diajar masa kecil-kecil dulu, kalau nipu, kena potong lidah. Jangan menipu. Kalau buat juga, mesti mintak maaf. Jangan menipu dalam surau (Tempat saya, kami panggil menesah. Kalau kat Kelantan, balaisah. Dekat nak sama), dan lain2.

Tapi namapun budak kecil. Buat juga. Bukan tahu apa sangat. Tak macam budak besar, tak macam kita yang berada aktif dalam dunia siber ini.


Orang tua memfitnah

Ini adalah penyakit yang saya langsung tak faham, kalau berlaku dalam dunia siber perjuangan Islam. Nak ulas pun tak faham dan tak ada mud. Mud hilang dengan serabut perut memikirkan telatah manusia berjuang. Berjuang?

Perjuangan siapa yang menyebarkan fitnah begini? Pemikir hizbun apa? Wali yang mana? Aduh, serabut2.

Bolehkah mengetest sokongan dan popular dengan memburukkan sesiapa!

Bolehkah memburuk sangka orang berjuang yang lain? Lebih dahsyat ketua segala orang2 pejuang.

Bolehkah politik Islam menjadi medan kerjaya? Ya, politik Islam sudah menjadi kerjaya. Kerana itulah, fitnah dan sangka tak baik menjadi alas memanjat tangga martabat politikus.

Punah segala asas didikan salaf dan soleh.

Lebih punah, orang soleh yang cuba mengikut salaf terperangkap dalam fitnah kotor orang toleh.

Ya Rabb

21.7.08

PAS Temui Umno - Apa Isu Sebenarnya?


Setiap kali saya ada idea untuk menulis tentang pertemuan PAS-Umno, saya menemui idea baru yang menyebabkan hasrat saya tertangguh. Setiap kali mahu sahaja menulis tentang isu ini, saya membaca tulisan baru tentangnya, yang menyebabkan saya teragak-agak.

Oleh kerana saya sendiri kurang arif tentang apa yang berlaku, biarlah saya sekadar menjadi pembaca sahaja. Jika menulis, pasti jelas kelemahannya, kerana saya tidak yakin. Tambahan pula kebanyakan bacaan yang saya telaah di media dan laman web tentang isu ini, jelas ianya tidak disokong dengan fakta yang memuaskan hati dan minda pembaca. Apa lagi tulisan saya nanti.

Seolah-olah saya juga sedang menonton drama yang belum berakhir. Oleh itu, lebih baik saya tunggu episod terakhirnya, pada 17 Ogos nanti. Telur saya belum masak lagi.

Satu sahaja yang sentiasa saya pegang. Isu di sini bukan berkenaan PAS berusaha mencari cara dan kaedah demi mencapai maslahah terbaik untuk Islam dan perjuangan, isunya mencari dalil bahawa Umno benar-benar telah berubah dan bersedia memuliakan agama, jika berbincang dengan PAS. Itu saya belum ketemu lagi.