30.10.06

Alhamdulillah

Segala pujian bagi Allah Taala atas semua nikmat yang diberiNya. Alhamdulillah, kerana masih dikurniakan Iman dan Islam kepada kita, umat Islam. Diberikan semangat juang untuk mendalami agama dan meningkatkan jihad.

Syukur, tarbiah Ramadhan berjaya dilalui dengan peningkatan demi peningkatan. Peningkatan semangat mendekati agama, memahami ilmu dan bekerja untuk Islam dan ummah.

Ketika ini, ummah masih berjuang di Palestin, Iraq, Afghanistan, Kashmir dan banyak lagi, termasuk terbaru di Somalia. Alhamdulillah, jihad di Somalia telah mula kedengaran semula, dalam pakej lebih sempurna, di bawah kepimpinan Mahakim Islamiah, Allahu Akbar!!!

Alhamdulillah, jihad masih kedengaran di mana-mana, walau dibenci penguasa bongkak. Marilah kita bersyukur, kerana didekatkan Allah dengan kalimah suci ini. Biar ia tertanam sebati di jiwa masing-masing. Pasakkan jihad dalam jiwa kita, dengan kepelbagaian rupa bentuknya. Alhamdulillah...

29.10.06

BISMILLAH

Bismillah,

Segala pujian bagi Allah Taala. Semoga percubaan ini diberkati, seterusnya berkongsi menyumbang kepada Islam. Ameen.