Showing posts with label Presiden PAS. Show all posts
Showing posts with label Presiden PAS. Show all posts

13.2.10

Saya Takut Alhusseyn51 Jadi Biadab Dan Menyebar Fitnah

Edit: Sila rujuk tulisan Ustaz Misbahul Munir di sini untuk penjelasan detil

______________________


Saya merujuk kepada tulisan alhusseyn dalam blognya.

Apa yang saya boleh katakan ialah tidak beradab atau biadab dengan presiden parti sendiri.

1. Saya takut saudara menuduh dengan melulu tanpa usul periksa
2. Saya takut saudara menimbulkan fitnah terhadap pimpinan dan parti sendiri
3. Saya takut saudara memburukkan pimpinan sendiri ke seluruh gelob bumi
4. Saya takut saudara bangga dengan mengumpat pimpinan tanpa ada qarinah yang membenarkan umpatan
5. Saya takut saudara menjadi lidah penyambung durjana dan maksiat apabila ianya disebarkan sedangkan hakikatnya ia tidak seperti didakwa.

Sepatutnya pakcik alhusseyn pergi menyusun strategi bagi merampas semula Perak daripada Umno, ataupun sekurang-kurangnya menjatuhkan Hamidah dengan perancangan teliti. Ini tidak, menjatuhkan pimpinan PAS pula menjadi agenda sedar dan luar sedar.

Inilah penyakit golongan yang anti kepada wala' yang kononnya wala' ini menjadi bahan durjana pada mempertahankan hak dan memperluaskan kritikan membina.

Ini juga penyakit golongan yang anti kepada muzakarah ( saya tidak memperjuangkan muzakarah di sini ) dengan Umno tetapi berpelukan tanpa segan dan takut dengan DAP yang dasarnya kufur atas nama tahaluf siasi ( saya tak kata Pakatan Rakyat tidak syar'ie ), namun tindak tanduk mereka tidak banyak menyerang Umno atau serangan Umno yang banyak itu diselang-selikan dengan menyerang pimpinan sendiri.

Nampaknya banyak kerja blogger macam ini. Umno diserang dan pimpinan PAS tertentu turut menjadi mangsa tembakan.

Saya dimaklumkan, kelewatan malam itu adalah kerana masalah penerbangan yang lewat dari Terengganu. Saya dimaklumkan oleh seorang pimpinan pusat sendiri.

Nampaknya, isu macam inipun menjadi bahan kempen untuk memuas nafsu benci terhadap pimpinan, tetapi berlapik dengan kebebasan mengkritik dan menegur demi hak.

Tak kisahlah agaknya, sampai menerlanjangkan manusia!

2.1.10

Cabaran PAS 2010 - Beberapa Isu Yang Perlu Ditangani

Bismillah. Tahun baru telah menjelma. Penuh dengan harapan dan keazaman.

Sepanjang tahun 2009, isu-isu politik lebih mewarnai cerita-cerita dan berita-berita di negara ini. Usaha untuk mengelak daripada memikirkan isu-isu politik sentiasa sukar. Ruang yang ada di mana-mana, biasanya dipenuhi degan cerita politik, walaupun pada masa tertentu, persoalan berkaitan ekonomi negara lebih wajar diketengahkan.

Bila saya bicara soal politik, selalunya ia berkaitan parti Islam di Malaysia ini, iaitu PAS. 2010 adalah tahun ke 59 usia PAS. 9 tahun telah memasuki fasa kedua 100 tahun tempoh perjuangannya. Banyak yang mesti disetelkan oleh parti ini untuk tempoh 2010.

Saya kurang minat membicarakan kebobrokan Umno. Kurang ghairah menyerang parti ini sama ada di dalam usrah mahupun di blog ini. Jarang-jarang sahaja melepaskan geram terhadapnya. Ini kerana perihal Umno ini ramai yang dah tahu dan faham benar posisinya. Busuknya pun sentiasa berulang dan berputar ke 'daerah' yang sama. Blog yang menyerangnya juga sangat banyak, diketuai oleh Harakahdaily.net.

Mari kita senaraikan isu-isu kritikal yang mesti PAS tangani sepanjang tahun baru ini untuk dijadikan asas kepada gerakerja parti. Berikut adalah apa yang saya fikir parti perlu selesaikan dengan seberapa segera:

1. Penyatuan dan persamaan fikrah, azam, cita-cita, pelan dan tindakan bagi setiap seorang ahli jawatankuasa parti di peringkat nasional.

2. Pastikan punca sering berlakunya perbezaan pandangan yang agak kronik, sehingga maklumat-maklumat tertentu yang sangat penting dan rahsia terlepas daripada bilik mesyuarat utama bangunan di Jalan Raja Laut.

3. Siapakah yang sentiasa membina blok pandangan yang sentiasa bercanggah antara satu sama lain. Apakah perbezaan itu berpunca daripada isu itu sendiri dan terbentuk secara spontan atau sudah terbentuk blok/grup yang mempunyai organisasi gelap dalam parti serta dilandasi oleh pelan dan objektif tertentu.

4. Mengembalikan imej dan kewibawaan Presiden dan Mursyidul Am PAS yang tercalar dengan isu-isu yang gagal dijelaskan secara menyeluruh dan meyakinkan oleh parti.

5. Mengembalikan atau memulakan nafas baru keremajaan parti dengan menonjolkan tokoh-tokoh muda yang menjiwai semangat dan ruh PAS akar umbi tetapi berperwatakan moden dan berpendidikan, di peringkat nasional.

6. Mengukuhkan institusi Majlis Syura dengan tokoh yang bersih dan tidak dilihat memihak dalam isu-isu tertentu serta tidak memegang posisi eksekutif. Perubahan segera perlu, walaupun kelihatan sukar dilakukan.

7. Selesai dan sempurnakan pelan tindakan nasional PAS dalam penyertaan terhadap Pakatan Rakyat. Tidak wajar penyertaan parti ke dalam pakatan disarati dengan perbezaan pada konsep dan tindakan di kalangan pimpinan tertinggi. Penyertaan dengan kesatuan dan kefahaman separuh masak, tambahan pula selepas berlangsungnya konvensyen pertama PR akan lebih membawa parti ke kancah fitnah yang berpanjangan. Tetapkan konsep dan dasarnya. Bulatkan keputusannya. Yang tegar membantah selepas itu, eloklah melihat parti lain yang bersesuaian dengan caranya. Perbezaan yang berlaku kini, dalam usaha mendokong PR bukan lagi perbezaan kecil dan remeh. Ia sangat besar dan semakin membesar.

8. Presiden perlu disokong oleh satu pasukan yang mantap bagi membantunya dalam menjalankan kerja parti, selain barisan pimpinan di peringkat nasional. Kumpulan pemikir dan perangka dasar ini, turut memainkan peranan dalam pengimejan dan propaganda untuk Presiden. Presiden mesti bangkit dengan imej lebih ceria, semasa, berpengetahuan luas serta tegas. Ramai yang bercakap, ketegasan Presiden mesti ditingkatkan. Dan seterusnya, jangan hanya cukup memiliki imej ulama sebagai penonjolan dengan moto ulama juga mampu memimpin. Era itu sudah berakhir. Kini, era memimpin satu Malaysia dengan konsep Islam yang menenangkan jiwa jiwa seluruh warga Malaysia. Pemikir-pemikir ini mesti bertindak pantas.

Itulah antara yang sempat saya muatkan dari sini. Wallahu a'lam

02012010
Pulai Perdana

7.6.09

INTISARI UCAPAN PENANGGUHAN PRESIDEN - SUATU GAGASAN DAKWAH ISLAMIAH YANG SYUMUL


1. Islam adalah agama yang sempurna, penuh dengan nikmat yang mencukupi dan itulah yang diredhai Allah.

2. PAS ibarat sebuah bahtera. Tidak akan selamat sesiapa yang meninggalkan bahtera ini. Dan PAS sesekali tidak akan menumpang bahtera Umno atau BN.

3. Perjuangan PAS berlandaskan Islam, memiliki matlamat yang jelas. Jika terdapat kelompok yang mengambil selain Islam, maka kiblat perjuangan mereka hanyalah kekayaan ekonomi.

4. Perjuangan PAS berpaksikan kepada konsep mendahulukan Wahyu dan Hikmah. Setiap pergerakan seharusnya merujuk kepada Al-Quran dan Al-Sunnah terlebih dahulu.

5. Sebagai bahtera penyelamat, PAS dan ahlinya wajib menyelamatkan mereka yang berada di luar parti, khususnya umat Islam. Mereka adalah golongan yang jahil atau kadang-kadang bersemangat kuat dalam beragama, tetapi salah dalam memahami konsep sebenar agama.

6. PAS juga melakukan pendekatan mengajak seluruh manusia kepada Islam.

7. Musuh terdiri daripada dua jenis. Pertama musuh sebenar dan kedua musuh yang direka dan dicipta. Musuh jenis kedua ini terdiri daripada Umno. Mereka menentang PAS kerana jahil, diberi fakta yang salah atau demi kepentingan tertentu. Mereka mesti didekati untuk diberikan kefahaman Islam. Musuh jenis pertama adalah musuh yang sengaja memusuhi PAS kerana menyedari kebenaran yang dibawa PAS.

8. Khazanah ilmu Islam mengajar marhalah-marhalah dakwah dan taghyir kepada pelbagai jenis golongan masyarakat. Antaranya tahaluf, muzakarah, mujadalah dan perang. Dalam kepelbagaian marhalah ini, paling diutamakan ialah marhalah dalam kategori perdamaian, lebih-lebih lagi dalam sistem demokrasi. Ini bertepatan matlamat untuk menyelamatkan manusia.

9. Merujuk ayat 33 hingga 36 daripada Surah Fussilat. Antara pengajarannya, Allah menegaskan bahawa hanya orang yang bersabar dan memperolehi kebahagian di dunia dan akhirat sahaja mampu melakukan kebaikan kepada usaha jahat pihak musuh. Sila rujuk Tafsir Ibnu Kathir untuk ayat ini di sini . ( Ayat-ayat ini seolah-olah menjadi asas kepada usaha muzakarah bersama Umno - Elbaritii )

10. Juga merujuk kepada ayat 125 Surah Al-Nahl. Mereka yang berjiwa besar sahaja yang mampu berdakwah dengan baik dan bersabar.

11. 4 sifat utama pejuang Islam, iaitu taqwa, taat, wala' dan ukhuwwah. Sirah membuktikan para sahabat mentaati Rasulullah yang merupakan pemimpin mereka dalam perkara yang mereka faham dan tidak.

12. Strategi adalah perkara yang penting ketika menghadapi musuh. Tidak semuanya mesti didedahkan kepada ahli. Apa yang penting, percaya kepada pimpinan yang beriman dan bertaqwa.

13. Sasaran perjuangan PAS adalah ummah ijabah dan ummah dakwah.

14. Tuan Guru memulakan ucapannya dengan membaca sebahagian ayat 3 Surah Al-Maidah.

2.5.09

PRESIDEN PAS SETUJU PONGGAL PERINGKAT PAKATAN RAKYAT - UTUSAN MELAYUT

Kuala Lumpur- 1 Januari 2012.

Dalam mesyuarat panjang yang diadakan oleh Majlis Presiden Pakatan Rakyat semalam, semua presiden parti-parti terlibat telah sersetuju untuk menganjurkan majlis sambutan ponggal peringkat Pakatan Rakyat bagi menyatakan rasa 'bersama' dengan penganut agama Hindu di negara ini.

Jurucakap bagi majlis itu, Lim Guano Mu berkata: "Kami telahpun berbahas secara mendalam, termasuk dengan hujah agama masing-masing, maka ianya tidak perlu lagi menjadi isu berbangkit, sebagaimana bantahan oleh Dewan Ulama PAS dalam berita hari ini. Pihak PAS telah diketuai oleh Presidennya sendiri dan seharusnya semua sayap parti itu patuh kepada presiden mereka."

Namun agak memeranjatkan kelompok media apabila Presiden PAS ( Parti Islam Sandakan ) menegaskan, " saya bersetuju pada dasar sahaja, tetapi mungkin menarik balik persetujuan saya".

Kenyataan itu menyebabkan iras wajah Lim Guano Mu dan Datuk Sari Anu berkerut. Presiden PAS, Datuk Hj Prolib berkata dengan tegas dan tulus, " Saya belum sempat mengkaji hukumnya, sama ada ianya benar-benar perayaan budaya atau agama dan ketika saya menelefon Mursyidul Am parti dan Ketua Dewan Ulama, mereka sedang bermuzakarah dengan ulama seluruh dunia di pintu kaabah, maka sukar untuk kami berbincang"

"Saya berjanji akan balik ke rumah dan menyelak kitab-kitab kuning ayah saya yang sudah lama tidak sempat saya sentuh" tegas Hj Prolib.

Sebahagian ahli PAS mengulas dengan menggambarkan presiden parti itu seorang yang warak kerana tidak berani membuat kata putus dalam isu agama dengan begitu mudah, kerana dia sedar dia bukan ahlinya.

Nampaknya, isu ini gagal diselesaikan segera oleh Majlis Pakatan Rakyat dan ianya masih lagi tertangguh. - Utusan Melayut

* Sebuah cerpen pendek berkisar Utusan Melayut dan Parti Islam Sandakan

17.1.09

PAS MENANG DI PRK P036

Alhamdulillah. Tahniah. Pelik.


Angka majoriti 2631 akan menjadi azimat kepada PAS Terengganu untuk merampas semula Terengganu daripada BN, dalam pilihanraya umum akan datang.


Alhamdulillah, kemenangan diberikan Allah ta'ala. Marilah kita bersyukur kepada Tuhan pemilik makhluk-makhluk ini.


Tahniah kepada calon PAS. Tahniah kepada Presiden PAS dan pimpinan yang istiqamah. Tahniah kepada pimpinan PR yang sanggup bekerja untuk kemenangan PAS. Tahniah kepada semua petugas dan pengundi. Tahniah dari saya kepada mereka yang mencadangkan nama YB Mohd Abdul Wahid Endut sebagai calon. Akhirnya, tahniah kepada semua cawangan PAS di KT.


Saya memberi tahniah kepada mereka yang mencadangkan nama calon PAS kepada Presiden kerana pemilihan itu sangat tepat. Memang beliau mempunyai kekuatan untuk menang. Sila rujuk kenyataan Presiden untuk kelebihan calon ini.


Boleh juga disentuhkan di sini, kuasa syura dan istikharah Tuan Guru berperanan. Seingat saya, jarang-jarang sangat calon PAS dipilih dan diputuskan oleh Tuan Guru Presiden melalui istikharah dan istisyarah seperti ini. Langkah pimpinan PAS menyerahkan kuasa memutuskan calon kepada Presiden menemui hasil. Bagi yang pernah merasakan pemilihan itu silap selepas diputuskan Presiden, belajarlah merendahkan diri.


Pelik apabila PAS menang dengan majoriti yang agak besar. Bukan pelik pada kuasa Pencipta. Tetapi pelik kepada kelemahan strategi Najib yang kononnya sanggup menanggung apa sahaja kos untuk menang, akhirnya kalah. Nampaknya Najib perlu meletakkan masa depan politiknya di tengah medan perdebatan.


Pelik juga apabila pengundi tidak kisah kepada ugutan menarik semula peruntukan pembangunan oleh pemimpin BN. Sekurang-kurangnya, majoriti pengundi telah berani menolak ugutan tersebut.


Akhirnya, tahniah kepada pimpinan Terengganu yang nampak memiliki strategi yang baik dalam PRK kali ini. Saya melihat cara Cikgu Pa dan Haji Wan Mutalib mengadakan sidang media adalah cemerlang. Mereka berjaya menguasai suasana, mencipta isu, mendahului kempen dan menarik minat media mengikuti perkembangan kempen Pakatan Rakyat. Terserlahlah, tua-tua berisi orang-orang Ganu.


Selepas ini saya cuba melihat cabaran yang perlu dihadapi oleh PAS pasca PRK P036.


2.1.09

TAAT BUKAN KERANA CALON - PRESIDEN

Berikut adalah beberapa nasihat / amanat Tuan Guru Presiden dalam mengulas isu pilihanraya kecil di Kuala Terengganu.


  1. Taat di waktu senang dan susah. Mentaati dalam semua keadaan. Setuju kita taat dan tidak setuju pun kita taat apa sahaja arahan yang diberi oleh pemimpin.

  1. Jika tahu calon dahulu baru hendak taat, itu bukan ajaran dari Allah SWT. Kita tidak menang jika ada golongan macam ini dalam PAS. Jika hendak dengar amanat kena taat dan patuh.

  1. Jika kita dapat menarik seseorang menyertai perjuangan Islam, sangat besar pahalanya. Balasannya lebih mahal dari harga sebuah kenderaan yang paling mahal di dunia ini.

  1. Jika kita berkempen dan orang dengar kempen kita, dapat pahala, kita kempen dan orang marah, kita dapat pahala. Semua dapat pahala.

Sila baca tulisan saya berkaitan isu calon di sini.




26.10.08

Presiden Dan Menteri Besar Perak Di Pakistan

Presiden PAS bersama S/U Perhubungan PAS Perak, merangkap Menteri Besar Perak mengikuti taklimat isu Kashmir. Sudah lama terdetik di hati, satu pasangan alternatif kepimpinan parti, suatu ketika nanti!

Telah sekian lama presiden berperanan di puncak gerakan Islam sedunia. Komitmennya sentiasa diikhtiraf dan penglibatannya memberi kedudukan tersendiri buat PAS di mata dunia.

Sungguhlah bertuah sebuah perjuangan ini, dipimpin tokoh yang sukar dicari ganti. Malang, jika tiada pengganti ketika mahu menggantikannya ketika dia masih memberi sumbangan.

S Asia peace sans Kashmir solution impossible: Qazi

Source: OUR STAFF REPORTER submitted 7 hours 40 minutes ago LAHORE -

Jamaat-e-Islami ameer Qazi Hussain Ahmad has said that peace in South Asia cannot be maintained without giving Kashmiris their right to self-determination guaranteed by the UN resolutions. He asked India to end double standards with Muslim and fulfil all promises made to Kashmiris.

He expressed these views while addressing a special briefing session at the JI congregation Saturday held for the leaders of Muslim movements and visiting delegates from Muslim countries to apprise them about the Kashmir issue.

The briefing session was also addressed by ameer Jamaat-e-Islami Azad Kashmir Abdul Rasheed Turabi, head of the Shoora of Sudan’s ruling party Sheikh Abdul Raheem Ali and director JI foreign affairs Abdul Ghaffar Aziz. Qazi said that India was attempting to impose Hindu and secular culture upon Muslims and also patronizing Hindu fanatic’ movements to force Muslim minority to give up Islamic culture and adopt Hindu customs.

He said India had been displaying extreme stubbornness in allowing Kashmiri Muslims the right to self-determination and had kept calling Occupied Kashmir its integral part despite that UN resolutions called for a solution to the disputed Kashmir territory. Qazi stressed that it is the responsibility of Muslim countries to treat Kashmir as the issue of Muslim Ummah in the same way Palestinian issue is being treated and considered.

Sudanese leader Sheikh Abdul Raheem said Kashmir is sure an issue of Muslim Ummah and Ummah should feel the pain if Muslims were victimised anywhere in the world.

Abdul Rasheed Turabi said Kashmiri Muslims have been waging a struggle for 62 years to regain their freedom from Indian occupation in which over one hundred thousand people sacrificed their lives while two hundred thousand were wounded while countless people have been missing and held in Indian Army detention and interrogation centres.

Those who attended the briefing session included former Al-Aqsa Mosque Imam Sheikh Mohammad Siam, JI Lebanon secretary general Sheikh Faisal Al-Maulavi, Akhwanul Muslimoon Jordan president Dr Hammam Saeed, Muslim movement Tunis president Sheikh Rashed Al Ghannoshi, president Party of Islam Malaysia,
Abdul Hadi Awang, Chief Minister province of Perak, Malaysia, Mohammad Nezar bin Jamaluddin, JI Bangladesh ameer Maulana Abul Kalam Mohammad Yousuf, and naib ameer of JI Pakistan Prof Khurshid Ahmad, Liaqat Baloch, Aslam Salimi, secretary general Dr Farid Paracha and others.

24.10.08

Biarkan Anwar. PAS Perlu Ke Dunia Nyata

Cuba kita pejamkan mata. Lupakan ABIM yang dipimpinnya dahulu. Lupakan jawatan menterinya dahulu. Lupakan reformasi. Lupakan penjara Sungai Buloh. Lupakan Pakatan Rakyat hasil daripada kemenangan pilihanraya lalu. Lupakan kadang-kadang dia banyak di luar, dan "kita" yang berkorban berjumpa orang bandar dan kampung. Lupakan.

Buka mata dan lihatlah wajah Ketua Pembangkang di Parlimen bermain kata-kata, tanpa semua tadi.

Lihatlah kenyataannya. Bermula tarikh keramat dalam bulan April, kemudian 16 September, seterusnya bila-bila masa sahaja, akhirnya sebelum hari raya Aidil Adha. Pernah juga dikatakan, tidak lebih daripada dua bulan. Kini, nanti dahulu. Jangan gopoh. Ekonomi tenat. Mari kita bantu kerajaan sekarang demi ekonomi. Aduh!

Lojik apa Ketua Pembangkang lontarkan apabila cuba menyelamatkan ekonomi negara dengan membantu kerajaan korup sekarang? Bukankah menyelamatkan negara daripada pemimpin yang merompak wang rakyat di KWSP, membeli Eurocopter dengan harga "orang bodoh" adalah satu cara terbaik dan perlu disegerakan?

Apa pandangan pemikir PAS? Jika kita berhujah, jika tidak sekarang akan sampai masanya sehingga pilihanraya akan datang, maka apa bezanya kita dengan orang yang pandang ringan teori "rampasan kuasa" Anwar Ibrahim. Apa yang pemikir PAS fikirkan untuk penyatuan fikrah pimpinan parti? Masih tegar dengan impian Anwar atau turun ke bumi nyata, jayakan agenda sebenar rakyat di negeri Pakatan Rakyat?

Biarlah Anwar dengan perancangannya. Siapa boleh maklumkan walau satu nama sekalipun, orang yang telah bersumpah akan menyeberang ke perahu PR?

Maka, kenapa kita pula yang bersengketa? Sekali lagi, marilah kita ke dunia nyata. Agenda kita masih banyak.

18.8.08

Presiden PAS : Kita Utamakan Pelaksanaan Islam Yang Universal

Saya petik satu artikel daripada Siasahdaily yang melaporkan kenyataan Presiden PAS di Ipoh, ketika memberi kenyataan kepada media ketika berehat daripada Muktamar PAS pada hari Jumaat, berkaitan pelaksanaan Islam di negeri yang PAS tidak dominan.


Bagi pandangan saya, di sinilah peranannya ilmu siasah syar'iyyah, ketika mana pemimpin dituntut bijak dalam melaksanakan Islam dengan mengambil kira segala kemungkinan, kekuatan, halangan, Fiqh Awlawiyyat ( ilmu urutan keutamaan ) dan Fiqh Muwazanat ( ilmu pertimbangan ).


Jika membaca tulisan Dr Yusuf al-Qaradhawi dalam hal ini, kita boleh temui contoh yang beliau bawa antaranya memegang jawatan Gabenor Bank Negara yang tidak islamik oleh seorang muslim di negara umat Islam, demi maslahah ammah, walaupun sistemnya adalah ribawi.


Contoh di atas sekadar memperjelaskan dua fiqh yang saya sebutkan.

Wallahu a'lam.

++++++

Berhubung dengan cadangan agar negeri-negeri Pakatan Rakyat menurut jejak langkah Kelantan mengharamkan judi dan mengawal penjualan arak, beliau tidak bersetuju dengan cadangan itu.


"Ketika kita hendak melaksanakan pengharaman judi di Terengganu dan Kelantan dahulu, kita tanya orang bukan Islam dahulu. Bila mereka kata judi juga dilarang oleh agama mereka, kita haramkan judi itupun dengan perlahan-lahan sehingga mereka ada pekerjaan lain.


"Arak pula dibenarkan oleh agama mereka, jadi kita benarkan untuk mereka.


"Tentang negeri-negeri Pakatan yang lain seperti Perak sekarang, kita kena memahami realiti kita berada dalam kerajaan campuran dan tidak mempunyai kuasa mutlak. Jadi dalam kerajaan sebegini kita utamakan pelaksanaan Islam yang universal yang tonjolkan keadilan seperti banteras rasuah dan sebagainya," kata Abdul Hadi.

2.8.08

Aduh, Sehingga Karpal Mengajar Pimpinan PAS

Harakahdaily
Sat | Aug 02, 08 | 10:55:27 am MYT

KUALA LUMPUR, 2 Ogos (Hrkh) - Pengerusi DAP, Karpal Singh menyambut baik kenyataan Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang bahawa PAS menolak sebarang kerjasama dengan Umno dan Barisan Nasional berhubung penubuhan kerajaan, sama ada di peringkat pusat mahupun negeri.


Bernama melaporkan, Karpal dalam satu kenyataan semalam berkata kenyataan Ustaz Hadi itu amat menggalakkan dan menampakkan perkembangan yang baik buat masa depan Pakatan Rakyat.


Karpal bagaimanapun berkata demi kebaikan komponen parti dalam Pakatan Rakyat, adalah lebih baik bagi PAS menyuarakan pandangannya berhubung isu-isu yang berkaitan dengan Pakatan Rakyat menerusi Ustaz Hadi, dan bukannya menerusi lain-lain personaliti dalam parti itu, yang ada kalanya bercanggah dengan kenyataan Presiden. - mks._


31.7.08

Kenyataan Media Presiden PAS Pada 31 Julai 08


"PAS menolak sebarang bentuk kerjasama dengan Umno dan Barisan Nasional (BN) untuk mewujudkan kerajaan samada diperingkat Pusat ataupun negeri-negeri. Oleh itu sebarang tawaran daripada Umno untuk mewujudkan kerajaan bersama disemua peringkat tersebut tidak lagi berbangkit.

PAS akan terus terbuka untuk mengadakan perbincangan dengan semua pihak termasuk parti-parti politik , NGO, institusi-institusi dan mana-mana individu demi kepentingan negara dan ummah.

(Dalam pada itu) PAS mengulangi pendiriannya kekal bersama Pakatan Rakyat dengan memainkan peranan yang aktif dan positif selaras dengan perjuangan bersama."


31 Julai, 2008


DATO' SERI TUAN GURU HJ ABD. HADI AWANG

Presiden

Parti Islam Se Malaysia (PAS)


17.7.08

PAS Akan Terus Bersama Pakatan Rakyat Perjuangkan KEADILAN

Wan Nordin Wan Yaacob
Thu | Jul 17, 08 | 1:31:43 pm MYT

KUALA LUMPUR, 17 Julai (Hrkh) - Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang menegaskan bahawa PAS akan terus berjuang bersama Pakatan Rakyat bagi mewujudkan sebuah kerajaan yang amanah, bersih dan adil.

Demikian kenyataan beliau yang dibacakan Timbalannya, Ustaz Nasharudin Mat Isa dalam sidang media di bangunan parlimen sebentar tadi.

Turut serta ialah, Setiausaha Agung PAS, Dato' Kamarudin Jaffar; Bendahari PAS, Dr Hatta Ramli, AJK PAS Pusat antaranya, Dr Syed Azman Syed Ahmad; serta Ahli Parlimen Shah Alam, Ir Khalid Samad.

Menurut beliau, PAS menegaskan dalam suasana politik negara yang penuh dengan fitnah dan kegawatan sosial dan ekonomi, PAS akan terus bersama Pakatan Rakyat.

"Amat perlu dijelaskan di sini, bahawa isu ini jangan sesekali diseret bagi digunakan Umno demi menutup dan mengalih perhatian rakyat tentang pergolakan yang sedang parah berlaku dalam parti tersebut," kata beliau.

PAS juga berpendirian bahawa isu-isu rakyat gagal ditangani dan dipikul oleh Umno/BN seperti isu kenaikan kos sara hidup yang mendadak dan ketidakstabilan ekonomi serta masalah jenayah yang meruncing.

"Kepada seluruh penyokong PAS saya menyeru agar kita terus mempertahankan dasar perjuangan PAS yang suci dan mulia serta memanjatkan doa bermunajat kepada Allah s.w.t agar keadilan dapat ditegakkan di bumi Malaysia," ujarnya.

Sementara itu PAS juga melahirkan rasa kesalnya terhadap penahanan Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (KeADILan), Dato' Seri Anwar Ibrahim secara tergesa-gesa semalam.

PAS turut mengalu-alukan pembebasan Anwar yang telah dibenarkan diikat jamin pagi tadi, kata beliau./wann _

++++++

Abu Ihsan: Merujuk kepada kenyataan yang dilaporkan oleh Harakahdaily, berikut adalah tiga isu penting yang saya temui:

  1. PAS akan terus berjuang bersama Pakatan Rakyat bagi mewujudkan sebuah kerajaan yang amanah, bersih dan adil.
  1. PAS menegaskan dalam suasana politik negara yang penuh dengan fitnah dan kegawatan sosial dan ekonomi, PAS akan terus bersama Pakatan Rakyat.
  1. "Kepada seluruh penyokong PAS saya menyeru agar kita terus mempertahankan dasar perjuangan PAS yang suci dan mulia serta memanjatkan doa bermunajat kepada Allah s.w.t agar keadilan dapat ditegakkan di bumi Malaysia," ujarnya.
Di atas saya temui matlamat dan sandaran penyertaan PAS dalam Pakatan Rakyat. Bagi dasar PAS, Presiden tuntut ianya terus dipertahankan, serentak dengan objektif Pakatan Rakyat.

13.7.08

Ketegasan Presiden Untuk Kuatkan Pakatan

Saya membaca kenyataan Presiden PAS dengan meyakini objektifnya bukan untuk menimbulkan tanda tanya kepada kewajaran PAS menyertai Pakatan Rakyat. Bukan juga ingin menimbulkan keraguan dalam menyertai kerajaan campuran yang telah dibentuk. Tetapi kenyataan itu ke arah menguatkan Pakatan Rakyat itu sendiri, apabila PAS tidak dipandang sebelah mata oleh rakan-rakan.

Secara peribadi, saya amat membantah jika ada ahli-ahli PAS yang suka menyebut2 kemungkinan kita berseorangan demi dasar PAS, sama ada berkait dengan kenyataan Presiden atau pasca konsert Protes. Itu adalah kenyataan orang kalah sebelum habis bertempur. Bukankah indah dan manis, jika kita dapat memenuhi penggal kemenangan ini dengan kaedah perjuangan yang belum pernah kita lalui dan rasai, iaitu memerintah di beberapa negeri yang dilihat mustahil menang sebelum ini, sambil menyebarkan mesej Islam di meja-meja perbincangan PR.

Bahasa kasar yang saya boleh lakarkan di sini, bodohlah PAS jika mahu berseorangan. Kelak semua perancangan yang diatur berkubur begitu sahaja. Rakyat marhaen mengutuk PAS semahunya lantaran menguburkan PR yang jauh lebih baik daripada BN. Ahhh memang bodoh...kecualilah jika termaktub Islam lebih buruk dengan penyertaan itu. Setakat DAP dan PKR menolak Islam syumul, apakah kita sudah alah berdakwah dan menyatakan Islam tergugat? Atau kita putus asa?

Paling tidak menyeronokkan, jika usikan sebegitu dibuat oleh rakan-rakan dari negeri kalah. Daripada mahu bersendirian, buatlah kerja untuk menang di negeri kalian dulu. Kami di sini ( Selangor ) bersusah payah untuk mencari sebanyak mana peluang untuk sampaikan mesej Islam kepada rakyat, antum mahu PAS bersendirian? Srategi apa ini?

Dan jika Islam syumul tidak diterima oleh rakan PR PAS, apa peliknya? Bagi saya, apa yang pelik ialah, apabila orang PAS mahu dakwahnya diterima sebegitu mudah, dengan hanya seruan, hormatilah dasar PAS!

Jangan keliru antara kemenangan berpolitik dan kemenangan dakwah Islam. Jangan kerana dakwah tersekat, kita terus selesa sebagai pembangkang yang tidak dipalit imej non-islamic! Di mana untungnya Islam?

10.7.08

Jangan kesampingkan peranan PAS - Ustaz Hadi

Azamin Amin Thu Jul 10, 08 5:08:29 pm MYT

KUALA LUMPUR, 10 Julai (Hrkh) - PAS tidak sekadar menyampaikan mesej Islam kepada ahli parti semata-mata malah secara menyeluruh kepada semua pihak termasuk Umno. Presiden PAS, Tuan Guru Dato' Seri Abdul Hadi Awang berkata PAS adalah parti yang menegakkan Islam dengan makna yang menyeluruh malah sasaran Islam ialah kepada seluruh manusia dan bukan sahaja tertumpu kepada ahli PAS sahaja.

"Kita harus sampaikan mesej kepada pihak yang lain, sebagaimana yang diajar Nabi Muhammad. PAS juga wajib meneruskan mesej itu dalam konteks negara kita.

"Kita jumpa dengan raja-raja dan tidak salah juga kita berjumpa dengan Umno untuk menyampaikan mesej kita. Kalau tidak jumpa dengan Umno macam mana nak sampaikan mesej kita?," katanya sewaktu ditemubual oleh Harakah di pejabat pembangkang di Parlimen baru-baru ini.

Beliau dengan jelas menyatakan bahawa pertemuan antara individu PAS dengan individu Umno adalah bertujuan untuk menyampaikan mesej Islam di samping memberi penekanan kepada kepentingan Islam supaya Umno berubah.

"Iaitu merujuk kembali kepada kesilapan yang mereka lakukan yang merugikan umat dan agama Islam itu sendiri.

"Sebagai contoh, dalam masalah pilihan raya. Yang dikira oleh Umno hanya untuk menangkan parti dia, bukan untuk memenangkan Islam," katanya ketika ditanya wartawan berhubung wujudnya pertemuan PAS dan Umno berkaitan politik negara mutakhir ini.

Rumusan daripada pertemuan itu, kata Ustaz Hadi ialah kepentingan perpaduan nasional di kalangan parti politik yang perlu dibincangkan lebih serius dan bukan separuh jalan malah sehingga kini PAS masih menunggu respons daripada Umno dan rakyat.

"Perpaduan ini tidak semestinya kita paksa semua parti masuk BN atau gabung satu parti. Ini termasuklah wujudkan demokrasi tulen sebagaimana negara yang sihat demokrasinya,"katanya.
Beliau memberi contoh, demokrasi sihat yang dimaksudkan antaranya ialah bukan sahaja pembangkang boleh membangkang tetapi yang mewakili kerajaan juga boleh melakukan tindakan yang sama namun malangnya wakil rakyat kerajaan di negara ini yang bertindak membangkang akan dikenakan tindakan disiplin.

Berkaitan rundingan yang berlaku antara Dato' Seri Anwar Ibrahim dengan kelompok yang hendak menyertai Pakatan Rakyat, Ustaz Hadi menyatakan bahawa PAS juga mempunyai hak yang sama untuk membuat rundingan.

"Bukan dia (Anwar) sahaja, kita pun berhak untuk mengadakan perundingan. Sama juga DAP. Mereka ada hak buat perundingan.

"Kalau KeADILan sahaja boleh jumpa Umno, PAS tidak boleh jumpa dengan Umno macam mana? Ini yang tidak betulnya," katanya membidas pihak yang mengkritik PAS.

Tambahnya,atas dasar Islam PAS boleh berunding dengan mana-mana pihak malah sehingga kini tidak ada sesiapa yang menjadi Ketua Pakatan Rakyat.

"Pimpinan secara kolektif dan kita setuju masing-masing pemimpin parti mencari pengaruh mengajak rakan dalam BN supaya bersama dengan kita,"jelasnya lagi.

Dalam pada itu Ustaz Hadi menjelaskan peranan ahli-ahli PAS pada pilihan raya umum ke-12 yang bersedia bekerja bagi pihak parti lain,yang mana membantu kemenangan Pakatan Rakyat.

"Jadi, selepas capai kemenangan perlu diambil kira peranan orang-orang PAS ini. Sebab orang PAS bukan bodoh! Jangan ketepikan peranan mereka selepas kita menang pilihan raya,"katanya lagi.


Di samping itu, beliau juga menasihatkan kepada rakan-rakan Pakatan Rakyat supaya jentera PAS jangan digunakan untuk menjayakan pilihan raya ke-12 sahaja, sebaliknya selepas pilihan raya itu seolah-olah mereka tidak ada peranan lagi. - mks.

(Ikuti kupasan lanjut dan pandangan tajam Ustaz Hadi berhubung politik negara di dalam keluaran Harakah terbaru 10 Julai yang berada di pasaran kini) _

5.7.08

"Kembali Kepada Islam Sebenar" - Presiden PAS ( Klpos.com )


BERHUBUNG dengan pelbagai fitnah yang tersebar dengan meluas dalam negara kita kebelakangan ini, bagi pihak PAS saya suka menyeru agar semua kita kembali berpaut kepada ajaran Islam yang sebenar.

Kita menegaskan bahawa fitnah adalah lebih merbahaya dari membunuh oleh kerana itu kita tidak boleh menyibarkan sebarang fitnah sewenang-wenangnya. Sesungguhnya Islam meletakkan garispanduan dalam semua perkara tapi malangnya kita sendiri memilih untuk menjauhkan diri daripada ajaran Islam.

Islam dengan jelas mengajar dan menetapkan hukuman yang berkait dengan memfitnah termasuk fitnah zina dan liwat. Seseorang tidak boleh menuduh seseorang yang lain dengan dosa itu melainkan mengemukakan empat orang saksi.

Sekiranya tidak ada empat orang saksi maka orang yang menuduh hendaklah dijatuhkan hukuman hudud dan menjadi fasik, dan beliau tidak boleh menjadi saksi lagi.

Di dalam Islam seorang yang dituduh tidak boleh dianggap bersalah sehingga dibuktikan kesalahnnya ataupun orang itu mengaku sendiri dengan rela diri tanpa paksaan yang ia telah melakukan kesalahan tersebut.

Kita mengharapkan masyarakat Islam supaya memelihara akhlak yang diajar oleh Islam ini dan menunjukkan contoh yang terbaik kepada semua pihak. Apa yang mendukacitakan gejala ini berlaku dikalangan pemimpin-pemimpin Melayu yang mengaku beragama Islam.

Oleh itu saya menyeru supaya sesiapa sahaja yang melakukan kesalahan sedemikian rupa hendaklah bertaubat kepada Allah swt kerana dosa itu termasuk di dalam kategori dosa besar yang diberi amaran keras oleh Allah swt di dalam al Quran dan oleh Nabi kita Muhammad saw dan diperingatkan oleh para ulamak disepanjang zaman.

Saya menyeru ahli-ahli PAS supaya kembali kepada pegangan kita yang termaktub di dalam Perlembagaan PAS dan menunjukkan contoh yang terbaik kepada semua pihak disaat yang serba mencabar dan meruncing ini.

Penulis merupakan Presiden PAS - Pengarang