9.11.08

SEKADAR HIBURAN, CUKUP!

Seronok. Memang menyeronokkan apabila berita-berita hiburan Umno menjadi hidangan harian kita. Bukan setakat surat melayang, bahkan kerusi, meja, pensil dan genggam jari. Datang dari mereka, sampai ke wajah mereka. Kita, tersengih pun dah memadai.

Hiburan begini bermusim. Tidak sepanjang tahun. Bukan juga setiap tahun. Ada musimnya. Sekarang adalah musimnya.

Tapi, cukuplah jadikan semua berita itu sebagai hiburan ringan. Tidak lebih daripada itu. Jangan sampai kita pula seronok mengulas itu, mengomen ini, menaikkan itu, menaikkan ini, secara berlebihan. Sikit-sikit ok. Lebih-lebih pelik.

Apa tidaknya, Nabi telah menunjuk arah, "Antara tanda-tanda Islam seseorang itu sempurna, meninggalkan peduli apa yang tiada kaitannya."

Umno, kita boleh peduli dengan pemikiran PARTI ITU, hala tujunya, kebaikannya dan keburukannya, pada tahap memberi kesan kepada agama dan perjuangan kita. Juga memberi kesan kepada baik buruk manusia lain. Jika mana-mana yang melibatkan mereka, tidak melibatkan kita, apa perlu kita peduli?

Siapa lawan siapa, perlukah kita kaji jika semuanya sama, ke arah perkauman tegar dan sekularisme kotor? Isteri siapa bertudung, isteri siapa kaki boros, memberi kesankah kepada muslimat kita untuk kita riuh rendahkan? Siapa banyak pencalonan, siapa tidak layak, menghabiskan ruang dakwah kita, wajarkah berlaku begitu? Membuang masa meneka siapa menang siapa kalah, apakah perlu disinggung mendalam seperti menjadi agenda kerja kita pula?

Aduh, biarkanlah mereka. Naiknya Najib, turunnya Pak Lah, menangnya Muhyidin, kalahnya Ibnu Rustam, Umno tetap dengan perjuangan mereka.

Mari kita bincang masalah kita, hal kita anak-beranak dan tarbiah kita yang berliku jalannya.

8.11.08

LEPASKAN AZHAN ATAN

Saya melihat kepada beberapa sikap segelintir aktivis gerakan dakwah yang saya sendiri kurang bersetuju. Pertama, cuba mencari jalan pintas untuk kerja sendiri dan kedua mahu semua orang menjadi seperti mereka.

Sebaik sahaja Azhan Atan memenangi Akademi Nasyid anjuran TV9, beliau menegaskan mahu terus dibimbing oleh alim ulama dalam kerjaya/kerja barunya sebagai penasyid. Maknanya dia masih mahu bernasyid, bukan berhenti nasyid untuk jadi ahli politik sepenuh masa. Harapan dia, landasan nasyidnya nanti tidak terpesong daripada ruh perjuangan politiknya.

Oleh itu, tindakan sewajarnya yang harus kita lakukan ialah, membantunya dalam menetapkan identiti sebagai penasyid islami, membantunya menjayakan matlamat dakwah melalui nasyid secara lebih terbuka dan tidak terputus daripada gerakan yang dipilihnya sebelum bergelar juara.

Tetapi, apa yang saya perhatikan, ramai telah mengikatnya dengan program kepartian secara terbuka sehingga menyebabkan beberapa kerugian berlaku. Dengan tindakan segera orang parti atau orang dakwah ini, TV9 mungkin membatalkan apa-apa perancangan yang mereka telah aturkan, seperti jelajah tanah air dengan program sua rasanya, merekodkan satu dua lagu dan seumpamanya. Itu bermakna satu kerugian lain berlaku apabila beliau tidak sempat untuk popular di tengah masyarakat terbuka.

Bagaimana anda ingin penjadi pendakwah hebat menerusi lagu-lagu islami, jika tidak popular, tidak muncul di televisyen dan tiada album? Kenapa Azhan tidak mungkin popular? Jawapannya, syarikat mana mahu mengambil risiko kerugian dengan mengambil Azhan ( yang telah di'rampas' oleh orang politik pembangkang ) sebagai artis rakaman mereka?

Saya tidak mengatakan dia seperti terputus sayap untuk terbang berdakwah. Masih boleh. Cuma sudah koyak sana-sini. Maka sukarlah untuk 'burung' ini terbang tinggi. Dia tetap berdakwah. Tetapi seperti kita sahaja, berdakwah dengan ahli, penyokong tegar dan sedikit pemerhati berani. Masyarakat luar, mungkin kempunan mengenali siapakah Azhan!

Tidak rugikah apabila Azhan yang mungkin menjadi salah satu penasyid popular yang memiliki ruh gerakan Islam, terdampar di pentas program politik kepartian yang tidak memberi impak besar yang sewajarnya, sebagai juara akademi nasyid kebangsaan?

Puncanya, mereka mahu senang dalam kerja menarik orang, hanya uar-uarkan namanya yang masih kecil itu dan mahukan Azhan seperti mereka, aktif dan hadir dalam program parti, walaupun sebenarnya dia berpeluang berdakwah di medan lain.

7.11.08

MB: Perak SEDC CEO Ordered To Submit Report On RM100m Losses – The Edgedaily.com

IPOH: The Perak state government has ordered State Development Corporation (SEDC) chief executive officer Datuk Shamsudin Hashim to submit a detailed report on the more than RM100 million losses suffered by several subsidiaries.

Menteri Besar Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin said the losses suffered were actually a cumulative figure by several subsidiary companies and not by one company as reported last Friday. The report is inaccurate as not one company with a RM50,000 paid-up capital incurring more than RM100 million losses.

“It’s a cumulative figure involving several companies,” he told reporters after a meeting with Perak Penghulus’ Assocation here yesterday.

Asked whether the losses were incurred from foreign investments, Mohammad Nizar said they were mainly from investments besides various other ventures.

“Investments made in and outside the country ended up in losses. Besides that, several housing projects cannot be sold. Hence, several companies accumulated the losses over a long period,” he said.

Mohammad Nizar said the state government would make public the reasons for the huge losses after perusing the report.

Asked whether there was any truth in earlier claims that the losses also stemmed from failed foreign investments by one subsidiary company, Cherry Blossom Sdn Bhd, he said: “It is one of them and I will confirm it later.” — Bernama

6.11.08

RFC Sungai Petani Diberi Amaran Oleh KFC Amerika Syarikat

Herba Penawar Al-Wahida, HPA telah melangkah jauh ke hadapan untuk membentuk pasaran baru kepenggunaan di negara kita Malaysia. HPA, sebuah syarikat yang memiliki profil hebat, telah bertindak sebagai pengeluar, pemborong dan penjual manakala pengguna barangannya, rata-rata adalah umat Islam.

Jika ditanya kenapakah HPA yang memiliki barangan berkualiti enggan untuk meletakkan produknya di gedung beli-belah yang masyhur, sebaliknya menggunakan sistem MLM, maka jawapannya adalah untuk membina rangkaian pasaran baru umat Islam. Malah, bukanlah suatu yang mudah untuk memecah monopoli barangan non-muslim dan produk antarabangsa di gedung-gedung ini, selain sikap sesetengah pihak yang terbukti iri hati terhadap barangan umat Islam.

Oleh itulah sistem MLM diperkenalkan sejak tahun 1997. Dan kini, antara yang paling popular ialah kopi radiz, radix cola, cereal radix, barangan kosmetik ( dengan kerjasama sirim ), ubatan herba dan yang terbaru Radix Fried Chicken.

Tulisan ini tidak bermaksud untuk menceritakan secara detil perkara yang saya lontarkan di atas. Cuma ingin mendedahkan bagaimana cabaran sedang dihadapi oleh HPA apabila syarikat ini mula menjadi pesaing utama kepada produk-produk antarabangsa di pasaran.

Cabaran pertama, KFC di Amerika Syarikat melalui lawyernya telah menghantar surat amaran supaya HPA menukar warna merah pada RFC di Sungai Petani itu. Sedangkan warna merah itu tidak sama langsung.

Bayangkan kekuatan HPA apabila satu-satunya outlet RFC milik HPA buat masa ini yang terletak di Sungai Petani berjaya memperolehi jualan harian sekitar RM20k manakala KFC di tempat yang sama hanya RM7k. Ini sudah dilihat sebagai ancaman kepada mereka. RFC hanya ada satu outlet di Malaysia manakala KFC kurang lebih 400 premis.

Cabaran kedua, Nestle juga telah menghantar surat amaran kepada HPA kerana mendakwa gambar cawan di bungkusan cereal radix adalah 'trademark' milik Nestle. Aduh, kartun bunyinya.

Sama ada bantahan mereka berasas atau tidak, jika silap tindakan diambil HPA, maka sebarang siasatan yang bakal berlaku memungkinkan operasi HPA terganggu. Itu yang mereka mahu. Jalan selamat bagi HPA ialah, melakukan perubahan.

Sejauh mana kejayaan HPA mengeluarkan makanan dan minuman halal dan suci, pimpinan HPA selalu mengingatkan bahawa asas utama bagi perniagaan HPA adalah ubatan berasaskan herba yang memiliki unsur alamiah dan ilahiah. Bagi ahli HPA pula, matlamat syarikat untuk mereka yang aktif adalah menjadikan mereka herbalis yang berjaya.

HPA percaya bahawa faktor kesembuhan penyakit pada manusia terdiri daripada 4 perkara. Spiritual, mental, emosi dan fizikal. Sementara punca penyakit paling utama ada tiga, iaitu kewujudan toksid, ketidak seimbangan suhu badan dan ketidak seimbangan angin dalam badan. Insya Allah perbincangan bersambung pada entri akan datang.

3.11.08

Najib (baca: Mohd Najib) Hasil Carian Damai Abadi

RTM sudah lama melupakan 'kehebatan' Pak Lah. Seingat saya sejak pilihanraya lalu. Status cucu ulamanya juga sudah tidak kedengaran lagi. Mr Clean pula tidak berkumandang di corong-corong televisyen dan radio sejak pelbagai skandal dikaitkan dengan keluarganya. Kehebatannya menumbangkan pembangkang pada tahun 2004, seolah-olah sejarah lama 20 tahun lalu.


Pagi ini Najib ( baca: Mohd Najib ) mula dipuja RTM. Sudah bermula ulasan berita membongkar kehebatan beliau. Sudah kedengaran pujian terhadap kebijaksanaannya dan diiktiraf pula oleh ahli akar umbi parti 'antah berantah' itu. Najib kini pemimpin masa depan, pemimpin cemerlang, pemimpin terbilang. Najib adalah hasil penyelongkaran Pak Lah dalam pencarian damai abadinya. Dikira berjaya atau tidak Pak Lah mencari, itulah hasilnya.


Siapakah Dato' Seri Najib Tun Razak? ( baca: Dato' Seri Mohd Najib Tun Razak ) Orang Kaya Inderapura ini memang seorang ahli politik yang penuh dengan pengalaman. Menjadi ahli parlimen seawal usia 23 tahun. Memasuki pejabat Menteri Besar Pahang pula ketika 29, pada tahun 1982 hingga 1986. Pelbagai kementerian pernah dipimpinnya. Malah dalam kepimpinan parti 'antah berantah'nya, pernah juga memangku jawatan Ketua Pemuda 'antah berantah' Malaysia. Kemudian Naib Presiden sebelum ke Timbalan Presiden. Kini bakal menjadi peneraju 'antah berantah'.


Apakah beliau menepati ciri-ciri damai abadi Pak Lah dengan latar belakang politiknya itu? Sudah tentu tidak kerana Pak Lah telah menetapkan kriteria yang sangat tinggi. Namun, itulah hasil carian Pak Lah. Jika dicari di luar 'antah berantah', mungkin akan terjumpa beratus tokoh lebih baik daripada Najib.


Benarkah Najib tidak baik? Itu persoalan yang subjektif jawapannya. Jika dilihat kepada ikrar Najib semalam, di dalam blognya, beliau mempunyai keazaman yang baik.


"Saya berazam menggalas amanah dan tanggungjawab ini sebaik mungkin bagi menangani segala cabaran yang sedang dihadapi Umno dan Barisan Nasional (BN). Saya harap proses pemilihan yang sedang berlaku sekarang ini dapat terus berjalan dengan bersih dan teratur".

"Marilah kita bermuafakat dan bekerjasama untuk membawa obor perjuangan murni agama, bangsa dan negara."


Satu ikrar yang baik. Tetapi, ikrar sebegitu, bukan sahaja diungkapkan oleh Najib seorang, malah semua pemimpin 'antah berantah'. Biarpun mereka pemimpin rasuah, pemimpin skandal, pemimpin sombong, semuanya memiliki kemampuan luar biasa untuk bercakap seperti apa yang Najib tulis. Tiada erti.


Apa yang Najib akan sumbangkan demi agama Islam? Apa wawasannya untuk agama Islam? Apa pula pencarian beliau? Persoalan-persoalan ini tentu sedang dirangka jawapannya oleh tink tank beliau, sama ada di Tingkat 4 ataupun di dalam Eurocopter nya nanti. Kita nantikan sajaknya pula pada penghujung Mac depan. Setelah genap setahun 'antah berantah' tersungkur.


Pendakian Najib ini mungkin menarik perhatian rakyat Pahang sahaja. Baik buruknya akhlak seseorang pemimpin itu, dia tetap membawa pembangunan. Pembangunan ini sedang dinanti pelannya oleh penduduk Pekan dan umumnya rakyat Pahang. Warga Iskandar Johor mungkin sedang kaget.


Bagaimana pula penduduk Lambor di Perak yang menjadi salah satu tempat asal keturunan bapa Najib? Ingatkah Najib? Orang 'antah berantah' Lambor mungkin boleh menghantar memo pembangunan mereka.