19.6.08

Isu Konsert Ella Dan Mas Idayu

Ketika ini banyak pihak mengulas dan melontarkan pandangan terhadap bantahan yang dikemukakan oleh Pemuda PAS Selangor terhadap konsert bersempena Piala Sultan Selangor, pada 6 Julai akan datang.

Saya menyokong penuh bantahan tersebut. Diharapkan pihak kerajaan negeri mengambil perhatian yang serius dalam hal ini. Alhamdulillah, Sultan Selangor telah perkenan menerima menghadap delegasi Pemuda PAS Selangor untuk membincangkan isu ini. Itulah cara sebaik-baiknya.

Jika persetujuan gagal dicapai, apakah langkah seterusnya? Menurut kenyataan asal Pemuda PAS Selangor, mereka mungkin akan turun berdemo.

Saya lontarkan dua idea;

1. Apakah berdemo boleh menyelesaikan masalah sebenar, iaitu sikap rakyat terhadap konsert hiburan sebegini. Bagi saya konsert yang melibatkan Ella dan Mas Idayu adalah isu zahir sahaja.
2. Jika berdemo tetap diadakan selepas Pemuda PAS menghadap Sultan Selangor, wahh ini akan menjadi bola tanggung kepada BN.

Saya memetik respon Ainon Mohd dalam ruangan komen terhadap tulisan MSO di blognya dan bersetuju persoalan yang diutarakannya.

{ Apakah tidak nanti, strategi dan teknik yang digunapakai bagi menegur penganjur konsert itu menyebabkan kita mungkin "menang pada bertarung tetapi akhirnya kita kalah pada berperang".

Kita mungkin berjaya membuat konsert itu dibatalkan tetapi orang-orang yang kita ajak supaya bersikap lembut dan mahu menerima Islam menjadi takut pada tingkahlaku kita lalu menolak apa-apa yang dikaitkan dengan Islam.Maka berlakulah fenomena "teknik bantahan kita memang tetapi Islam kalah".}

3 comments:

Anonymous said...

Bersetuju dengan pandangan elbaritii. Rasanya ramai yang tahu bahawa berdakwah perlu berhikmah. Berguna gak peribahasa ibarat menarik rambut dalam tepung.
Bimbang saya dengan tindakan agak keras dari pihak pemuda PAS. (sesetengah maybe).. Jangan sampai org berfikir semula, hmmm PAS ni nak ikut pihak Taliban yang keras tuh ke??? Kita mungkin perlu anggap penerimaan rakyat terhadap PAS ibarat penerimaan Non Muslim terhadap Islam (Mu'alaf). Jangan terus2 kata You takleh dah makan Khinzir, mesti Potong, Mesti Berenti Minum Arak.. Rakyat yang menerima PAS or PR pun perlu kita layan begitu. Man man loo, and yang penting secara Hikmah. Wallahua'lam

Anonymous said...

Sepatutnya Pemuda PAS tidak lupa yang PAS adalah sebahagian daripada kerajaan negeri Selangor. Kalau nak bantah, pakailah channel Dr. Hasan Ali contohnya.

Apa-apa hal pun, jika konsert itu diteruskan, saya mencadangkan supaya Pemuda PAS datang ke konsert tersebut untuk mengumpul bukti terutama 'pelbagai aktiviti' yang sering berlaku semasa konsert sebagai bahan bukti untuk bantahan pada masa akan datang.

Elbaritii said...

Salam.
Terima kasih kepada puchongite dan serious shepherd kerana memberi pandangan di sini.

Cadangan supaya gambar diambil jika konsert itu berlaku, adalah sangat menarik dan sesuai.

Terim kasih