13.7.08

Ketegasan Presiden Untuk Kuatkan Pakatan

Saya membaca kenyataan Presiden PAS dengan meyakini objektifnya bukan untuk menimbulkan tanda tanya kepada kewajaran PAS menyertai Pakatan Rakyat. Bukan juga ingin menimbulkan keraguan dalam menyertai kerajaan campuran yang telah dibentuk. Tetapi kenyataan itu ke arah menguatkan Pakatan Rakyat itu sendiri, apabila PAS tidak dipandang sebelah mata oleh rakan-rakan.

Secara peribadi, saya amat membantah jika ada ahli-ahli PAS yang suka menyebut2 kemungkinan kita berseorangan demi dasar PAS, sama ada berkait dengan kenyataan Presiden atau pasca konsert Protes. Itu adalah kenyataan orang kalah sebelum habis bertempur. Bukankah indah dan manis, jika kita dapat memenuhi penggal kemenangan ini dengan kaedah perjuangan yang belum pernah kita lalui dan rasai, iaitu memerintah di beberapa negeri yang dilihat mustahil menang sebelum ini, sambil menyebarkan mesej Islam di meja-meja perbincangan PR.

Bahasa kasar yang saya boleh lakarkan di sini, bodohlah PAS jika mahu berseorangan. Kelak semua perancangan yang diatur berkubur begitu sahaja. Rakyat marhaen mengutuk PAS semahunya lantaran menguburkan PR yang jauh lebih baik daripada BN. Ahhh memang bodoh...kecualilah jika termaktub Islam lebih buruk dengan penyertaan itu. Setakat DAP dan PKR menolak Islam syumul, apakah kita sudah alah berdakwah dan menyatakan Islam tergugat? Atau kita putus asa?

Paling tidak menyeronokkan, jika usikan sebegitu dibuat oleh rakan-rakan dari negeri kalah. Daripada mahu bersendirian, buatlah kerja untuk menang di negeri kalian dulu. Kami di sini ( Selangor ) bersusah payah untuk mencari sebanyak mana peluang untuk sampaikan mesej Islam kepada rakyat, antum mahu PAS bersendirian? Srategi apa ini?

Dan jika Islam syumul tidak diterima oleh rakan PR PAS, apa peliknya? Bagi saya, apa yang pelik ialah, apabila orang PAS mahu dakwahnya diterima sebegitu mudah, dengan hanya seruan, hormatilah dasar PAS!

Jangan keliru antara kemenangan berpolitik dan kemenangan dakwah Islam. Jangan kerana dakwah tersekat, kita terus selesa sebagai pembangkang yang tidak dipalit imej non-islamic! Di mana untungnya Islam?

No comments: