5.1.09

IRAN AKAN SERANG ISRAEL?

Iran di bawah pimpinan gerakan Islam syiah telah dibentuk pada awal tahun 80-an. Inilah satu-satunya negara dunia yang dipimpin oleh ulama dan kelompok pejuang agama. Cumanya bermazhabkan syiah. Sehingga hari ini belum terdapat satu pun negara yang dikuasai sepenuhnya oleh gerakan Islam dan Ulama sunnah. Sudan hanya sekerat jalan. Arab Saudi dikuasai oleh keluarga raja. Pakistan bukan dipimpin gerakan Islam. Syiah mendahului dalam hal ini.


Masalah di Palestin wujud sejak 1948. Ia berpanjangan. Umat Islam sehingga hari ini gagal menewaskan sepenuhnya Israel di bumi Palestin. Serangan ketika ini yang dilancarkan oleh Israel ke bumi Palestin adalah paling buruk sejak 1967. Paling buruk sepanjang wujudnya negara Islam syiah Iran. Apakah kita akan melihat Iran menyerang Israel?


Sepatutnya, sebagai sebuah negara pimpinan ulama, Iran tidak perlu lagi menunggu untuk melanyak Israel. Atas apa alasan Iran masih mendiamkan diri? Takut kepada US yang akan menyerang Iran atau takut sekatan ekonomi oleh US dan Barat? Nampaknya, Iran tidak berbeza dengan negara Arab lain yang hanya pandai berkhutbah.


Dulu, ketika Taliban menguasai Afghanistan, pejuang mujahidin pernah meminta laluan daripada Iran untuk sampai ke Palestin, namun tidak dibenarkan oleh Iran. Ironinya, Iran menghalang, sedangkan ianya sebuah negara Islam syiah.


Mungkinkah kita perlu tunggu munculnya negara Islam sunnah pimpinan ulama sunnah baharulah sempat melihat ketakutan Israel? Mungkinkah juga Iran sedang menanti Imam Mahdinya yang sedang bersembunyi, tidak muncul-muncul lagi, untuk memampuskan Israel? Sampai hati Imam Mahdi mereka tidak bersimpati dengan umat Islam sunni yang sedang dilanyak di Palestin dan Iraq!


Marilah kita berdoa agar Iran berbeza dari negara umat Islam yang lain. Atau?


( Untuk berita, cerita, analisa terkini isu-isu Palestin-Gaza berbahasa Malaysia, sila klik di sini. )

3 comments:

Anonymous said...

Setuju dengan pendapat saudara, terasa aneh melihat tingkahlaku Iran yang seolah menikus dalam mendepani situasi mendesak di Palestin.

Tetapi manakala direnung kembali fahaman dan sejarah syiah, segala persoalan berkenaan sepinya suara Iran ketika ini akan terjawab.

Namun, suatu hari nanti islam pasti kembali menawan jerussalem!!

Elbaritii said...

Salam.
Terima kasih kerana membaca dan bersetuju. Jika dilihat daripada sudut mazhab, ketika ini, kelompok sunnah tiada negara untuk diharapkan, selain Hamas yang dikepung dari segala sudut untuk berhadapan israel.

Manakala syiah, Iran boleh diharapkan dapat melakukan sesuatu, maka kelompok syiah seluruh dunia harus menyeru nama presiden Iran untuk bertindak, bukan Saidina Husain ra yang telah diwafatkan oleh Allah Ta'ala.

DAKWAH YEOP said...

salam,,kita jgn tertipu bahawa iran akan membantu sunni,,,sejarah mencatatkan permusuhan mereka yang berterusan terhadap sunni. bukankah kita selayaknya sedar bahawa antara yahudi dan syiah terlalu banyak persamaan seperti disebut dalam kitab minhaj as-sunnah krgn ibnu taimiyyah..kita wajar juga sedar bahawa tiada permusuhan antara yahudi dan syiah!!bukankah dalam i'tikad syiah penderaan terhadap sunni adalah pahala? apa faedahnya mendoakan syiah berani? lebih baik kita berdoa agar sunni bangun dan bersatu menentang yahudi...wallahu a'lam