12.5.09

IR NIZAR AKAN JATUH BANGUN BERSAMA RAKYAT PERAK

Bismillah

1. Tahniah kepada seluruh jentera Pakatan Rakyat, bermula dari pemimpin luar jangka Ir. Nizar, dan seluruh para Exco termasuk Siva D' Seret hinggalah kepada pemimpin PAS semua peringkat dan parti-parti rakan kongsi.

2. Jika pembubaran DUN berlaku, itulah bukti keadilan yang diperjuangkan Nizar, biar menang biar kalah, rakyat akan berpuas hati. Pembubaran ini tidak menjaminkan kelebihan kepada mana-mana pihak, kerana sepanjang 3 bulan derita ini, boleh sahaja pengundi-pengundi Perak beralih angin selepas melihat segala kerosakan nilai yang berlaku.

3. Ir. Nizar, tuan cukup hebat dan disayangi oleh rakyat Perak. Teruslah membina dan membangunkan rakyat walaupun apa keputusannya selepas ini, dengan mengambil kira pembubaran, rayuan BN dan apa sahaja yang berlaku. Kami dan rakyat sentiasa bersama.

4. Bagi saya, boleh sahaja Nizar bertanding untuk jawatan Naib Presiden PAS, tetapi cukupkah masa untuk terus bersama-sama dengan jatuh naik rakyat Perak selepas ini? Jangkaan rakyat terhadap Nizar cukup tinggi. Cabaran juga bukan kecil. Fokus amat dituntut. Jangan tersepit dalam kancah dalaman yang semakin rumit. Kerana, jawatan itu menuntut satu amanah baru pula untuk diberikan fokus.

Wallahu a'lam.

2 comments:

Anonymous said...

Sebagai seorang yang sangat-sangat GENTLEMEN dan berkeperibadian yang tersangat TINGGI, Nizar seharusnya sedar bahawa “KERAJAAN CAMPURAN” PAS, DAP dan PKR mempunyai jumlah Adun yang kurang dari Kerajaan campuran BN dan Bebas dan dia tidak mempunyai kuasa majoriti untuk memerintah selepas bulan februari 2009 yang lalu. Mungkin beliau terlepas pandang bahawa dalam sistem demokrasi majoriti yang menentukan kuasa dan seharusnya beliau akur dan tak perlu dipanjangkan lagi. Bagaimana pun sebagai seorang yang "SANGAT BAIK" Nizar mesti dan tidak jadi tidak hendaklah dengan apa cara sekalipun menjadi MB Perak, kerana jika tidak orang perak akan kerugian besar kerana "KELEBIHAN dan MUKJIZAT" yang ada pada nizar tidak ada pada mana-mana manusia didunia ini. Tahniah Nizar.

Anonymous said...

Salam Buat Ir,

Ir Kau lah Jebat dan Kaulah Tuah,

KeTa'atan Tuah Ber'TiTi'kan Panduan Ilahi,

KeTegasan Jebat Kau salurkan dengan Kebijaksanaan,

Langkah Mu indah Tutur Mu Berhikmah,

Mengangkat Jelata sebagai Penentu,

Selagi Hak RabbMu Boleh diJuangkan...

Tahniah Ir