11.6.09

MAJLIS SYURA ULAMA vs PANEL PENASIHAT SYARIAH

1. Saya bekerja di sebuah bank Islam antarabangsa. Ia adalah bank peruncitan Islam terbesar dunia. Struktur organisasinya antara yang terbaik, walaupun ada kekurangan di sana sini. Apa yang paling menarik ialah, kuasa yang dimiliki Panel Penasihat Syariahnya adalah cukup besar. Itulah rahsia utama kejayaan bank ini. Ia juga merupakan badan bebas yang berkuasa penuh.

2. Antara kuasanya ialah:-

a. Mengesahkan sendiri perlantikan pegawai di Jabatan Syariahnya, HR hanya merasmikannya.

b. Mengawal perjalanan bank, bermula dari produk, imej ( sedang usaha diperketatkan lagi ), program bank dan seumpamanya, sehinggalah kepada perkara kecil seperti pengiklanan dan promosi.

c. Memantau kerja audit perjalanan bank termasuk untung rugi dan mana-mana untung yang dianggap haram kerana kesilapan pegawai atau berunsur syubhah akan diarahkan untuk di hantar ke pihak kebajikan.

d. Mengeluarkan surat tunjuk sebab kepada pegawai-pegawai bank yang melanggari peraturan syariah di bank, termasuk CEO, jika berlaku.

e. Semua manual, kertas konsep, dokumen perjanjian, surat tawaran, borang-borang dan apa sahaja yang merupakan kertas rasmi bank, perlu mendapat pengesahan Panel Penasihat Syariah bank. Dan banyak lagi.

3. Kuasa itu jelas, tetapi kesempurnaan pelaksanaannya tentulah masih perlu diperbaiki lagi.

4. Ketika ini, siapapun CEOnya, sama ada tahu agama atau tidak lengkap rukun Islamnya, bank ini dijamin tidak tergelincir jauh dari landasan perbankan Islam sebenar. Jika tergelincir jauh, kuasa yang ada mampu merawatnya segera.

5. Begitulah yang seharusnya di mana-mana, jika kuasa pemantau dan penasihat sudah sempurna lakukan apa sahaja wahai CEO atau Tuan Presiden...kelak ada yang mendekati!

No comments: