Kalau semasa saya kecil2 dulu, ada sesetengah budak-budak yang suka menipu. Tak serik-serik. Entah le apa ke hai nya.
Di tempat saya, kami guna kalimah "ngecek". Maknanya menipu.
"Kamu jangan ngecek le. Oghang kampung semua dah tahu".
Kita diajar masa kecil-kecil dulu, kalau nipu, kena potong lidah. Jangan menipu. Kalau buat juga, mesti mintak maaf. Jangan menipu dalam surau (Tempat saya, kami panggil menesah. Kalau kat Kelantan, balaisah. Dekat nak sama), dan lain2.
Tapi namapun budak kecil. Buat juga. Bukan tahu apa sangat. Tak macam budak besar, tak macam kita yang berada aktif dalam dunia siber ini.
Orang tua memfitnah
Ini adalah penyakit yang saya langsung tak faham, kalau berlaku dalam dunia siber perjuangan Islam. Nak ulas pun tak faham dan tak ada mud. Mud hilang dengan serabut perut memikirkan telatah manusia berjuang. Berjuang?
Perjuangan siapa yang menyebarkan fitnah begini? Pemikir hizbun apa? Wali yang mana? Aduh, serabut2.
Bolehkah mengetest sokongan dan popular dengan memburukkan sesiapa!
Bolehkah memburuk sangka orang berjuang yang lain? Lebih dahsyat ketua segala orang2 pejuang.
Bolehkah politik Islam menjadi medan kerjaya? Ya, politik Islam sudah menjadi kerjaya. Kerana itulah, fitnah dan sangka tak baik menjadi alas memanjat tangga martabat politikus.
Punah segala asas didikan salaf dan soleh.
Lebih punah, orang soleh yang cuba mengikut salaf terperangkap dalam fitnah kotor orang toleh.
Ya Rabb
No comments:
Post a Comment