6.1.11

Saya takut tulisan dianggap najis

Bagi yang sekali sekala menjenguk blog ini, pasti menyedari kepasifan saya mengemaskini laman ini. Kekangannya macam2lah, seperti masa, sibuk kerja dan 'kemalasan' mengikuti cacamarba politik.

Bila jarang ikuti cacamarba ini, jaranglah melayari blog2 'panas' yang wujud di ruang siber. Bila semuanya jarang, maka terkesan langsung pada keinginan menulis.

Memang teruk. Perkongsian kebaikan tidak seharusnya terkait dengan semua itu.

Ya, dalam saya berusaha memanaskan semula minda untuk agenda 'aktifkan blog ini' saya sentiasa memanaskan niat saya dengan apa yang disebut 'kritik untuk bina', 'ajar untuk faham' dan 'kongsi untuk kebaikan'.

Semasa kecil dahulu, kita seringkali dengar mak abah memesan "jangan pekak, buta dan kudung sudah". Saya pernah dengar semacam itulah maksudnya, walau ayatnya mungkin berbeza. Yang baru2 ni, mungkin tidak.

Itulah pesanan orang2 dulu. Dalam buku2 teks semasa darjah rendah dulu, saya belajar benda ini. Cikgu sivik atau sejarah ada mengulas panjang.

Orang tua nakkan anak itu menjadi dan buatlah apa sahaja, ajar, didik, marah dan hukum. Asal jangan sampai jadi tiga benda itu.


Kenapa nasihat begini tidak diamalkan oleh jurublog "pejuang kebenaran" masa kini? Saya tak kisah jika tak beradab, kononnya ikut pesan tadi, walaupun pesan itu oleh ayah tentang anak sedangkan mereka pula ahli biasa melanggar pimpinan dengan tulisan tiada adab. Biarlah, ikut kehendak mereka. Terbaliklah...(pulang).

Tetapi apa yang berlaku, dah jadi melampau. Pemimpin mereka sendiri telah dipekakkan, dibutakan dan ada yang terkudung tangan dan kaki. Malah ada yang terlanjang bolin. Apa semua ini?

Atas nama kebenaran, membunuh pemimpin sendiri? Ini bukan lagi ajar untuk ubah atau kritik untuk bina. Ini memampuskan imej pejuang.

Saya takut jadi begini.

Saya lebih rela pasif menulis daripada kemaskini yang sangat comot. Apa yang saya harap, kalaupun tulisan saya tak sehebat mana pun, tapi jangan di'kencing' pembaca masa depan. Jangan hingga tulisan saya jadi ibarat najis tak berguna.

Pesan saya kepada sahabat saya yang satu itu, belajarlah mengkritik tulisan sendiri, jika masih tidak mahu mengkritik hati dan minda sendiri.

No comments: