Alhamdulillah, keputusan telah diumumkan. Akar umbi membuktikan kehendak mereka atau kehendak orang yang berkempen kepada mereka. Moga keberkatan bercurahan buat parti tercinta.
Banyak kelebihan daripada keputusan ini. Insya Allah.
1. PAS akan terus kukuh bersama Pakatan Rakyat.
2. Tiada lagi suara sumbang lagi menjijikkan bloger penyokong PAS yang membuta tuli menghina dan memfitnah Presiden dengan UG, Perpaduan, Geng Terengganu dan seumpamanya.
3. Masa yang paling sesuai menilai sejauh mana momentum yang boleh dibuat oleh barisan pimpinan yang sekian lama menjadi barisan "Dream Team" kepada ahli-ahli dalam lingkungan tertentu dalam parti.
4. Masa untuk pimpinan ulama dalam parti melihat contoh-contoh baik yang bakal ditunjukkan oleh abang Mat Sabu dalam memperjuangkan suara rakyat dan mustadhafin. Seorang pemimpin yang rapat dengan rakyat dan sangat "down to earth".
5. Presiden didampingi oleh rakan pemimpin yang berlatar belakangkan bukan pengajian Islam secara rasmi. Cara berfikir dan memberi pandangan serta mengupas isu yang selalunya ada sedikit perbezaan. Rencam yang berbeza dapat memberikan sinergi terbaik, insya Allah.
6. Pengajaran kepada pimpinan ulama parti, perbezaan latar belakang pendidikan bukan suatu kelebihan yang total dalam mentadbir dan menguruskan parti. Juga tidak dalam mendapat sokongan majoriti ahli. Ilmu pengurusan, strategik, komunikasi media, fikir secara kritikal menjadi tuntutan penting sebagai politikus semasa.
7. Diharapkan akan tamatlah suara-suara sumbang dalam parti yang selalu memecah belahkan parti.
Bismillah...nasiru 'ala barakatillah.
No comments:
Post a Comment