Tahniah kepada yang dipilih Allah menjadi pemimpin, jika antum ikhlas dan tidak mengejar kedudukan itu.
Insya Allah, Maha Suci Allah, Tuhan yang akan bersama dengan perjuangan suci ini. Kami pengikut tetap setia bersama pejuang. Itulah azam dan doa.
Siapa sahaja pemimpin, baik yang baik mahupun yang bermasalah, kewajipan berjihad bersama pemimpin mengikat kesetiaan dan pengorbanan, bak ibarat junjungan tercinta.
Mata-mata dan hati-hati sentiasa memerhatikan tindak dan kata pemimpin yang baru terpilih. Berhati-hatilah ketika berkata-kata. Jangan menunjukkan lemah sendiri dan mengguris hati ahli di satu sudut lain. Usah dibangkit isu yang jika diulas tidak menguntungkan dan didiamkan lebih baik pula. Kenapa dibangkitkan kelemahan ulama dan ustaz (dewan?) ketika diri menewaskan ulama? Untuk mencari justifikasi? Tak perlu. Ini bukan masanya. Lagipun, jangan rasa bersalah. Itukan keharusan oleh perlembagaan. Jangan dibisingkan. Ia memburukkan keadaan.
Peringatan kedua, henti-hentilah mengungkapkan nama-nama tokoh yang boleh menarik minat sang penguasa Umno memasang perangkap. Takkan mahu ahli kecil cawangan menuduh pemimpin besar tak bijak, tiada strategi bercakap. Dalam kalut Umno menangkap orang ber'zikir' dan ber'solawat', ditambah pula penguasaan ustaz-ustaz muda Umno dalam kerajaan, tak pasal-pasal masuk sekali lagi.
Tak kuat PAS dengan meratip nama itu dan tak rugi PAS jika tidak memujinya. Memang benarlah kalau kita nak berhujah, apa salahnya. Bukan salah apa pun. Depa terbukti membangkitkan perjuangan menentang kuffar zionis laknatullah.
Betul2. tapi main dengan Umno, jangan harap hujah begitu laku. Kena bijaksana. Jangan syok sendiri dengan bijak sendiri-sendiri.
Peringatan ketiga, berhati-hati dan jangan banyak makan budi. Dua tahun bukanlah lama. Yang mendekatipun bukan calang-calang orangnya. Jangan hanya jadi bahan untuk nafsu orang lain, kalau yang menyokong membuntuti nafsu. Jadilah pembantu setia dan terhebat buat Presiden tercinta.
Peringatan keempat, jom tingkatkan taqwa kita kepada Allah. Kewajipan berakhlak dalam berceramah, bekerja dan bermesyuarat adalah untuk semua, ulama agama mahupun juhala' agama. Ustaz mahupun jurutera. Kerani mahupun pengurus. YDP mahupun pemeriksa kira-kira.
Kelima dan terakhir, jangan layan bloger yang mengutuk. Layan yang menasihati.
Layakkah saya menasihati seorang pemimpin hebat macam abang Mat. Rasa tak layak, tapi itu suruhan Nabi saw. Kita amalkan sahaja. Wallahu a'lam.
2 comments:
Bagi ana, ada baiknya tajuk artikel ini "nasihat" atau "pandangan" berbanding dengan "peringatan".
Memang betul - tazkirah. Tetapi dalam bahasa kita, berlembut dalam ketegasan.
hehehe...betul jugak tu...
Post a Comment