23.3.08

Simpang Bota Kiri


Terus ke hadapan menuju ke Layang-Layang Kiri. Ke kanan mengarah ke Bota Kanan, terus ke Ipoh. Ke kiri mencari Titi Gantong dan Sitiawan. Jika berpatah balik akan sampai ke Teluk Sena.


Itulah arah yang ada bagi pemandu yang berada pada kedudukan gambar di atas diambil. Jika hanya itu pilihan yang mesti dipilih oleh penduduk Bota Kiri, tidaklah memeningkan kepala.
Tiada masalah untuk ke mana sahaja, mengikut tujuan dan kehendak diri.


Mahu Pekan Rabu, bermakna ke kanan.
Mahu klinik terus sahaja ke hadapan. Kalau mencari sate murah dan sedap, belok ke kiri. Jika ingin ke masjid terdekat, patah ke belakang. Memang mudah. Pilih mana yang sesuai mengikut cadangan hati.


Namun tidaklah semudah itu untuk warga Bota kini, juga warga negeri Perak yang lain, yang masih lagi belum membuat keputusan pasti dalam mengambil sikap terhadap iklim politik terbaru. Masih mahu terus sahaja ke hadapan dengan apa yang biasa dibuat. Atau cuba untuk belok ke kanan mencari yang terbaik daripada pentadbiran kerajaan baru. Atau menolak terus sebarang pengharapan, lantas bersikap kiri. Pilihan terakhir, diam di persimpangan untuk melihat pergerakan orang lain. Payah sangat, patah ke belakang dan duduk diam di rumah!


Saya yakin, ketidak-tentuan sikap dan percaturan ini berlaku di kalangan ahli BN, pengundi atas pagar dan warga yang tidak berpolitik.


Nasihat saya, berilah peluang kepada pemerintah baru membuktikan sesuatu. Belajarlah memberi ruang untuk kebaikan dilakukan oleh pihak lain. Jika tidak mahu menyokong, janganlah menentang membuta-tuli.


Tidak salah langsung, jika tidak mengkhianati kemenangan pihak lain. Jangan bangkitkan isu luar kotak di dalam kotak politik Perak. Sama-samalah kita mendoakan Perak yang terbaik, insya Allah.

3 comments:

Anonymous said...

salam -
dalam mengembara selepas solat asar ini, ana mengelunsuri beberapa blog sehingga terjumpa blog anta. Sesungguhnya simpang bota kiri itu sgt sinonim buat ana ketika dipersekolahan dahulu.,setiap hari melalui demi mencari ilmu di bota kanan.
Dan nostalgia itu kembali semula setelah 18 tahun meninggalkan BOTA, khususnya ana dahulu tinggal di titi gantung, bota.Tempatnya orang-orang banjar sehingga skrg.

Oleh demikian betapa ana begitu gembira bila bertemu rakan blogger yg asalnya dari Parit ini maka ana mohon izin agar blog anta dapat ana pautkan/link-an ke blog ana.
mohon izin.

Sampai jumpa lagi.
Salam Perjuangan untuk Islam.

AL-BANJARI
www.politikbanjar.blogspot.com

Elbaritii said...

Waalaikumussalam.

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen di blog ana. Memanglah, kalau jumpa 'geng' sekampung di siber ni, tentu seronok.

Moga2 orang Perak ( Parit ) lebih ramai menyumbang idea dan pandangan di blog masing2.

Ana juga alu-alukan usaha saudara untuk linkkan blog ana ini pada blog enta.

Terima kasih, wassalam.

Anonymous said...

mike pun org bote jgak.rumah mike dekat je kt simpang tu.mike skrg duk johor.lg satu,klau nak beger sedap,patah balik ke blkg.xjauh.dlm 100m je.