Ia adalah surah makkiyyah. Menyentuh sebahagian amalan dan cara kehidupan Rasulullah saw, seperti ibadah baginda, ketaatan, qiamullail dan tilawah al-Qurannya. Paksi surah ini adalah diri Rasulullah saw, maka kerana itulah dinamakan 'Surah Al-Muzzammil', iaitu yang berselimut.
Intipati Surah
- Surah ini dimulakan dengan panggilan yang sopan, kasih sayang Allah kepada hamba dan RasulNya. Diikuti dengan arahan qiamullail dan tilawah.
{ Wahai orang yang berselimut. Bangunlah di malam hari, kecuali sedikit. Seperduanya atau kurangilah dari seperdua itu sedikit. Atau lebih dari seperdua. Dan bacalah Al-Quran itu dengan perlahan-lahan. } 1-4
- Rasulullah saw ditaklifkan dengan bebanan wahyu, iaitu al-Quran yang bersifat berat, maka memerlukan persiapan yang kukuh dlm diri baginda, melalui solat dan tilawah.
{ Sesungguhnya Kami akan menurunkan kepadamu perkataan yang berat. } 5
- Allah mengarahkan kepada Rasulullah saw supaya bersabar dengan gangguan dan seksaan musyrikin Mekah. Biarkan mereka dan jangan balas gangguan mereka ( ini sebelum turunnya ayat qital. ) Tujuan kesabaran adalah untuk mendekatkan lagi para sahabat dengan Allah melalui qiamullail, tambahan pula mereka adalah sedikit.
{ Dan bersabarlah terhadap apa yang mereka ucapkan dan jauhilah mereka dengan cara yang baik. Dan biarlah Aku sahaja bertindak terhadap orang-orang yang mendustakan itu, orang-orang yang mempunyai kemewahan dan beri tangguhlah mrk barang sebentar. } 10-11
- Allah berjanji bahawa Dia akan membalas golongan musyrikin di hari akhirat nanti.
{ Kerana sesungguhnya pada sisi Kami ada belenggu-belenggu yang berat dan neraka yang menyala. } 12
- Allah meringankan hukum qiamullail yang pada asalnya wajib, bertukar menjadi sunat ke atas Rasulullah dan Umat Islam, sebagai satu rahmat drp Allah.
Sila rujuk ayat ke-20
Kesimpulan
Surah ini memuatkan petunjuk-petunjuk yang mesti dilakukan oleh para pendakwah untuk menguatkan rohani, iaitu iman dan taqwa, sebelum terjun ke medan dakwah. Namun bukan bermakna dakwah itu boleh ditinggalkan selagi rohani belum mantap. Ketika ini ia perlu seiring.
No comments:
Post a Comment