31.5.08

Bagaimana Islam Hadhari Perak?

Setelah Islam Hadhari diharamkan di Selangor dan Pulau Pinang, Perak pula menjadi tumpuan pemerhati untuk mengikuti pendirian kerajaan negeri itu. Selangor sudah bertegas, dan sudah juga diulas oleh pelbagai pihak, termasuk Mufti Negeri Perlis dan Pengarah JAKIM. Saya sendiri belum dengar atau baca ulasan Mufti Negeri Selangor.


Perak ( setakat yang saya tahu ketika artikel pendek ini ditaip ) belum lagi mengharamkannya. Tapi Mufti Perak sudahpun menyatakan pendiriannya berkaitan Islam Hadhari. Ringkasnya beliau bersetuju dengan pendekatan Islam Hadhari bagi memajukan agama Islam.


Jika saya - elbaritii - diberi kuasa untuk mengulas dan memberikan pendirian terhadap kedudukan Islam Hadhari di Perak, kenyataan saya mungkin begini:

" Perak tidak akan menggunakan istilah Islam Hadhari kerana ia membawa pelbagai interpretasi berbeza dan boleh mengelirukan rakyat. Ada yang melihatnya seperti suatu konsep baru dan tidak kurang juga yang meyakininya sebagai satu pendekatan sahaja. Bagaimana kita ingin mencapai objektif jika kedudukannya masih tidak jelas. Maka Perak akan membuang kalimah hadhari tersebut dan kekal dengan Islam sahaja.


Manakala semua program berkaitan Islam Hadhari sebelum ini, akan diteruskan jika tidak bercanggah dengan kefahaman Islam sebenar dan ia akan dikenali sebagai program Islam sahaja. Apa yang kami mahukan ialah, rakyat benar2 memahami Islam hakiki dan menghayatinya."


Saya tidak akan menggunakan cara Selangor - walaupun ianya tidak salah pada saya - kerana beberapa sebab. Pertama, Mufti Perak sudah mendahului kerajaan Negeri membuat kenyataan menyokong. Kedua, bimbang sensitiviti melibatkan pihak Istana terusik jika cara Selangor diguna pakai dan tidak mahu menambahkan kontroversi tidak perlu di Perak.


Bagi saya, pemerintah tidak perlu sangat menzahirkan ketegasan dalam kenyataan dan ucapan, jika tidak perlu, apa yang penting kuasa di tangan boleh digunakan untuk dasar yang lebih tepat dan diyakini.



2 comments:

Hasbullah Pit said...

Tapi apa kita nak buat dengan kawan-kawan kita yang sering melabelkan tindak tanduk buruk pemimpin BN seperti raba bahu perempuan sebagai "Islam Hadhari".

Dimana secara tidak langsung memburukkan Islam kerana adanya perkataan islam dalam "Islam Hadhari" pada gambar-gambar sebegitu.

lihat nombor 3 dalam catatan ini

Elbaritii said...

Terima kasih kerana tuan sudi membaca dan meniggalkan komen.

Bagi saya, dua-dua pandangan ada point masing2.

1. Gambar tersebut boleh merosakkan imej Islam apabila istilah Islam Hadhari disebut ulang bersamanya.

2. Betul juga kalimah itu disebut, sebagai merujuk kepada ciptaan baru Islam Hadhari milik Pak Lah.

Terima kasih