Showing posts with label Perak. Show all posts
Showing posts with label Perak. Show all posts

5.2.09

PANDANGAN BUAT TUANKU SULTAN PERAK

Assalamualaikum wbt


DYMM Sutan Perak, Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Ibni Al-Marhum Sultan Yusuf Izzuddin Ghafarallahu lahu Shah.

Jika patik diperkenan memberi pandangan dan firasat, berikut adalah pandangan patik untuk Tuanku dan pemerintahan Tuanku yang adil dan saksama.


  1. Memanggil pihak peguam negara dan penasihat undang-undang negeri untuk mendapatkan penjelasan kedudukan dua ADUN yang telah menandatangani surat peletakan jawatan tanpa tarikh secara rela dan sedar.

  1. Jika kerusi tersebut sewajarnya kosong, maka pilihanraya kecil perlu diadakan dalam tempoh 60 hari.

  1. Memanggil 4 wakil rakyat yang dikatakan berpindah keluar daripada Pakatan Rakyat untuk mendapatkan kepastian terhadap pendirian masing-masing.

  1. Jika mereka kekal bersama Pakatan Rakyat dan majoriti bersama PR maka kerajaan sedia ada terus berjalan stabil.

  1. Jika jelas mereka mahu berpindah secara rela, maka dengan sendiri Pakatan Rakyat menjadi kerajaan minoriti untuk tempoh beberapa bulan pentadbirannya.

  1. Tidak dicadangkan pembubaran DUN dilakukan segera demi menjaga kemaslahatan rakyat negeri Perak yang mengalami kesukaran hidup akibat krisis ekonomi global.

  1. Pilihanraya seluruh negeri dicadangkan pada pertengahan tahun ini, dan sepanjang tempoh tersebut, kerajaan minoriti yang mendapat sokongan majoriti rakyat perlu mentadbir negeri.

  1. Tuanku menasihati wakil rakyat agar tidak membelakangkan keputusan pengundi dalam setiap pilihanraya dan perpindahan parti selepas pilihanraya adalah suatu yang tidak bermoral.

Mohon mencadang Tuanku.


2.2.09

NAJIB DAN PAK LAH SAMA-SAMA MALU, TAJOL BOLEH JADI HERO

Kenyataan Datuk Seri Najib Tun Razak bahawa beliau tidak tahu berapa ramai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) daripada Pakatan Rakyat di Perak yang akan menyertai Barisan Nasional (BN) memang memalukan.

Beliau sepatutnya malu kerana Perdana Menteri lebih mengetahui hal tersebut apabila sebelum itu menegaskan lebih dua orang akan menyertai BN. Atau Pak Lah sendiri yang rasa malu kerana pandai-pandai membuat kenyataan sedangkan Pengerusi BN Perak pun tak tahu apa-apa. Tapi, eloklah kalau dua-dua malu apabila dua bekas exco PKR itu menegaskan kononnya mereka masih lagi wakil rakyat PKR, tidak BN dan bukan juga bebas, dan tiba-tiba dua-dua tadi yang serentaknya sakit, sihat mengejut. Pandai pula berurusan dengan BERNAMA?

Habis, bukankah berita semalam telah maklumkan yang mereka telah menjadi wakil rakyat bebas? Sila rujuk semula berita TV3.

Najib berkata, "saya tidak tahu, kita akan lihat," ketika diminta mengulas kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi hari ini bahawa beberapa ADUN daripada pakatan itu akan menyertai BN.

Sebelum itu, tentu sahaja Najib bengang kepada Pak Lah kerana cepat sangat membuat dakwaan kemasukan wakli rakyat PKR itu, sedangkan ketika itu Najib mungkin sedang mengatur strategi tertentu di rumahnya di Pekan. Bukankah itu membuktikan dua yang hilang itu memang 'diculik' oleh sesiapa? Pak Lah tahu dari mana sedangkan kerajaan Perak pun tak dapat menghubungi mereka?

Jangan-jangan Pak Lah ada 'game' untuk Najib kut, bagai dakwaan sesetengah peminat politik, Khairy bengang peranan Najib melalui SPRM yang kelihatan menyusahkan orang-orang Khairy di Pahang.

Beberapa hari lepas, saya ambil MC kerana demam, selesema dan bersin. Namun sempat juga saya maklumkan melalui sms kepada sahabat-sahabat di pejabat. Sudah tentu MC ada pada saya kerana saya pergi ke kelinik dari rumah, dan tidak pula ke pejabat selepas itu untuk tinggalkan MC itu di pejabat. Kalau orang kata kenapa tak hantar sendiri MC pada hari saya sakit, saya balas balik, baik pergi kerja kalau larat bawa motor ke pejabat untuk hantar MC.

Bagi dua bekas exco tadi, MC mereka ada di pejabat. Memang hebat.

Sekarang surat peletakan jawatan mereka telah diserah kepada Pengerusi SPR Perak. Pengerusi SPR Malaysia melalui berita tengahari ini berkata esok akan diadakan mesyuarat khas membincangkan kedudukan surat tersebut. Ia akan dikaji oleh pihak perundangan SPR sendiri sama ada ianya sah atau sebaliknya. Jika boleh diterima, bermakna akan ada pilihan raya kecil di Behrang dan Cangkat Jering.

Hal berkaitan persiapan dan kesan pilihan raya itu, kita boleh bincangkan kemudian di bawah tajuk lain, yang mana ianya sangat menarik selepas PR menang di dua pilihan raya kecil perlimen sebelum ini.

Apakah strategi Najib sebenarnya?

Najib tentu ingin merampas semula Perak selepas Tajol menyerah kalah. Najib tidak mahu menunggu lama sehingga PRU akan datang, kerana beliau terdesak untuk menunjukkan ke'beradaannya' dan kehebatannya dalam sebulan dua ini, selepas dua kali tewas di Pulau Pinang dan Terengganu.

Jika Pak Lah terpaksa menunggu pilihan raya umum untuk merampas semula Terengganu, Najib ingin dilihat lebih 'canggih' agaknya. Tajol hilang kelayakan bermain. Zahid dijadikan pembantunya. Maka bermulalah pelan merampas.

Dua bekas exco dijadikan sasaran. Namun semuanya serba tak menjadi. Surat peletakan jawatan wakil rakyat tanpa tarikh mereka menjadi penghalang utama. Ianya boleh juga disebut sebagai penyelamat kepada kerajaan PR Perak. Apakah dua orang itu tidak tahu atau ingat tentang surat itu? Mustahil tidak ingat.

Buat-buat tak tahu agar mereka beroleh sesuatu daripada BN? Apabila PR Perak mula bertindak, baharulah semuanya tersentak?

Saya tidak mahu mencela atau menghina mereka berdua, kerana saya faham ujian ke atas mereka berat. Kita maafkan apa-apa kesilapan mereka yang lalu, jika benar melakukannya. Ujian kini ialah, ke kiri ke penjara, ke kanan ke peti simpanan jutaan ringgit. Itulah andaian ramai orang. Benar atau tidak, itulah lojiknya kalau orang yang telah didakwa di mahkamah hilang secara tiba-tiba dan timbul pula desas-desus akan meninggalkan partinya sendiri.

Bagi saya, kalau ditawarkan selamat daripada penjara oleh pembesar zalim, walaupun tanpa imbuhan, itu sesuatu yang sukar ditolak. Benteng akhir saya untuk tidak meninggalkan perjuangan cuma kekuatan iman melalui latihan usrah dan tarbiah yang diadakan.

Katakan surat tersebut tidak laku. Apa permainan seterusnya? Drama ini mesti bermula dengan pengekalan jawatan exco dua orang tersebut. Mereka sihat. Mereka masih PKR.

Sebaliknya, Najib mesti tarik mereka, jika gagal Najib memang sangat lemah. Bolehkah mereka meninggalkan PKR dengan baik dan aman selepas beriya-iya menafikan peletakan jawatan itu? Mahukah BN orang semacam itu menyertai mereka?

Pilihan Najib yang bermoral ialah, sama ada menunggu wakil rakyat PR yang lain menyertai BN atau biarkan sahaja pilihan raya kecil berlangsung. Janganlah teruskan mengekori buntut Jamaluddin dan Mohd Othman kerana itu memalukan semua orang, termasuk Pak Lah.

Ingin menunggu wakil rakyat PR lain masuk BN, sampai bila? Terlibat dalam pilihan raya ketika sibuk pemilihan Umno adalah malapetaka bagi orang-orang Umno. Lebih ringan jika Najib malu sahaja, dan kerajaan Perak terus kekal diperintah oleh PR.

Bagi PR, jika pilihan raya tidak berlangsung, mereka tetap berhadapan risiko tinggi kerana kes rasuah dua bekas exco ini memang menyusahkan. Tiada pilihan selain meneruskan perbincangan dengan wakil rakyat BN yang lain.

Jika saya menjadi pengarah drama ini, saya suka ingin menghidupkan semula watak Tajol Rosli. Saya akan jadikan beliau pelakon pembantu yang berjaya menyatukan dua kumpulan bertelagah apabila dia bersama tiga empat orang pengikut setianya menyertai kerajaan memerintah.

Bayangkan perasaan orang kampung, orang Gerik, orang hulu, orang Parit, orang Melayu, waris orang Perak dan bermacam orang lagi apabila Tajol menjadikan PAS majoriti di Perak untuk mentadbir urusan dunia dengan agama Islam yang sama dianuti. Bayangkan pula betapa sukacitanya tuanku-tuanku di Darul Ridzuan dengan penyatuan itu oleh Tajol. Bayangkan sengehnya Tuan Mufti yang mulia dengan mesranya Tajol dan Nizar mengapit mesra Raja Nazrin Shah.

Itulah, kalau saya menjadi pengarah. Saya suka watak Tajol sebab dia orang baik-baik yang boleh jadi lebih baik.

Apa-apapun, setakat ini, paling malu Najib dan Pak Lah.

1.2.09

BOTAKU HANGAT PIJO

Saya belum lagi ada kesempatan untuk meraikan penghijrahan Adun Bota di ruang blog ini, kerana kesempitan masa untuk membicarakan hal itu. Apa yang tersempat. cuma mencadangkan bekas pemimpin nombor wahid BN Perak berhenti daripada dunia politik Umno.


Tiba-tiba malam ini saya menerima satu sms yang agak mengejutkan. Saya menerimanya sebelum melayari berita-berita internet malam ini. Maka saya percaya ia sekadar teori mainan BN.


Ia berbunyi " salam, dengarnya malam ni atau esok govt Perak tumbang, 2 PKR exco dah 4 hari hilang. Any inside info yg siqah boleh dita'kidkan? If yes, jawabnya kena bubar DUN, election..." Received 22:56:59


Tetapi, selepas membaca banyak sumber berita alternatif, nampaknya teori yang saya fikir tinggal teori, bertukar menjadi igauan ngeri buat diri saya. Cepat-cepat saya hubungi sahabat pemuda di Parit. Soalan saya ringkas, apa berita terpenting dari Bota?


Dia menjawab "2 exco PKR kemungkinan besar lompat" Received: 01:30:46


Mulalah saya mencari maklumat tambahan atau baru berkaitannya dan ramai yang menulis tentang kerisauan masing-masing, selain berdoa untuk kebaikan PR Perak. Siapalah yang tidak bimbang dengan situasi sebegini. Dilaporkan dua exco itu sudah hilang sejak 4 hari dan kini, pada malam ini sedang berada di rumah TPM bersama pegawai SPRM. Rumah Najib pula dikatakan sedang dikepung oleh pihak keselamatan.


Di mana mereka tidak penting bagi saya. Boleh sahaja mereka kini berada di Pulau Pangkor atau Langkawi, bukannya di Pekan atau Putrajaya. Tetapi, di manakah prinsip mereka? Mampukah mereka pertahankan prinsip dengan bersedia dipenjara? Kes mereka sendiri membuktikan bahawa tiada apa yang boleh diharapkan. Kita andaikanlah mereka mendakap BN.


Hasilnya 30 PR dan 29 BN. Siapa sasaran Najib seterusnya?


Benarkah Adun Bota? Atau sebenarnya mana-mana Adun DAP atau PKR yang lain? Peletakan jawatan Datuk Seri Tajol Rosli dilaporkan lewat daripada tarikh peletakan sebenarnya. Dia juga pernah menafikan peletakan itu beberapa hari lalu.


Apa bacaan anda?


Saya andaikan peletakan itu diarah Najib. Datuk Seri Tajol Rosli enggan pada asalnya. Tetapi atas arahan, akhirnya Tajol Rosli meletaknya. Kenyataannya juga kritikal.


Kurang lebih begini " Saya tidak mampu memenangkan semula BN pada pilihan raya akan datang. Kemasukan Adun Bota ke dalam PKR memalukan BN Perak. Saya percaya pengganti saya mampu merampas semula Perak. Jika tidak, maka tiada siapa yang mampu melakukannya"


Kenyataan di atas adalah susunan ayat saya, dengan cuba menepati intipati kenyataan sebenar beliau. Nampak yakin Tajol bahawa penggantinya lebih baik dan mampu. Siapakah penggantinya kini jika bukan Najib? Maka, dengan perancangan yang rapi, nampaknya Najib mencari jalan pintas untuk menutup dua kali tewas sebelum ini.


Saya tidaklah sehingga ingin menuduh kemasukan Adun Bota ke dalam PR adalah sebahagian pelan Najib. Tetapi, tanpa Tajol menjadi Ketua Perhubungan Umno Perak, Datuk Seri Hj Ahmad Zahid Hamidi kekal menteri pusat, siapakah yang akan dinobatkan Najib untuk bakal MB Perak mewakili BN dalam pelan itu?


Kita gembira dan memuji penghijrahan Adun Bota. Mereka gembira dan memuji penghijrahan 2 exco PKR. Seri.


Mereka tarik semula Adun Bota? Tunggu sahaja esok pagi, eh, beberapa jam lagi.


29.1.09

LEMBARAN CINTA HAKIKI BUAT DATUK SERI TAJOL ROSLI GHAZALI

Ketika saya menulis lembaran ini, saya lihat Datuk Seri berada di Kampar bagi mengikuti Pelancaran Pelan Tindakan Desa oleh Perdana Menteri Malaysia. Syabas atas kesungguhan ini.


Datuk Seri, izinkan saya membahasakan Datuk Seri dengan panggilan Tuan Haji. Ia lebih mesra dan lebih dekat dengan saya.


Tuan Haji,


Mudah-mudahan Tuan Haji berada dalam keadaan yang baik dan dirahmati Allah. Lembaran saya ini membawa mesej cinta dan kasih sayang. Bukan benci, bukan duniawi dan bukan pecah-belah. Saya tidak ke situ.


Pada permulaan lembaran ini, saya berhajat membawa Tuan Haji menjejaki sepintas lalu kisah-kisah silam tentang cinta. Bermula dengan cinta Adam kepada Hawa bermula daripada Cinta Allah kepada Adam. Cinta Qabil yang terlarang menempah kemurkaan Ilahi. Cinta Nuh kepada umat melebihi isteri yang tergelincir. Cinta Ibrahim kepada Tuhannya memikul ujian besar sebuah pengorbanan. Cinta Muhammad saw kepada umatnya membawa kepada husnul khatimah. Terpancarlah di bibir baginda umatku dan umatku.


Ya Allah. Tuan Haji, memang kisah-kisah cinta ini membawa sejuta pengajaran kepada kita erti kasih sayang hakiki dan kasih sayang terlarang.


Maka, begitulah jua kita diuji dan dipuji. Diuji dengan cinta fatamorgana dan dipuji dengan cinta realiti. Sebagai manusia, kita diuji cinta dalam hidup, dalam kerjaya, dalam kuasa, dalam keluarga dan dalam duit. Kita dipuji Allah, dipuji seluruh anggota alam, dengan cinta yang suci lagi hakiki. Uji dan puji ini datang dengan seribu hikmah. Marilah kita menggalinya.


Tuan Haji,


Ingatkah lagi cinta hakiki bagai yang digarap Imam Hasan al-Banna? Bagai yang dicatat al-Syahid Syed Qutb? Bagai yang dipaparkan oleh al-Maududi? Itulah topik kita pada kali ini. Atau boleh sahaja merujuk cinta dalam Pimpinan ar-Rahman atau Mustika Hadis. Di mana Tuan Haji pada cinta ini?


Saya merujuk kepada berita hari ini. Tuan Haji telah meletakkan jawatan penting orang politik Perak atas rasa tanggung jawab Tuan Haji terhadap kumpulan dan pengikut Tuan Haji. Izinkan saya mencadangkan satu pertimbangan bahawa apalah ertinya rasa tanggung jawab itu jika tiada unsur kasih sayang di dalamnya. Siapakah yang Tuan Haji ingat ketika peletakan itu? Siapa yang Tuan Haji sayang?


Jika saya membuat satu keputusan besar begitu, orang yang paling saya ingat ialah keluarga. Lantas sayangnya saya pada keluarga, keputusan saya itu seharusnya mampu mengumpulkan saya dan kelurga dalam lindungan dan rahmat Ilahi. Itulah simbol kasih sayang hakiki tika membuat keputusan duniawi. Dunia sementara dikecapi dengan betul, bahagia ukhrawi tidak dikompromi dengan sesiapapun.


Tuan Haji,


Maksud saya, tukarkan keputusan besar itu daripada penilaian duniawi semata-mata kepada pertimbangan ukhrawi yang kekal abadi. Janganlah kerana malu, janganlah kerana kecewa, janganlah kerana menjaga maruah, yang semuanya tadi tidak sampai kepada penilaian Ilahi.


Beginilah, lebih baik Tuan Haji melihat daripada kaca mata ukhrawi dengan keputusan itu. Bagaimana sewajarnya niat itu ditelusi. Bagaimana peletakan itu mampu memberi kebahagian diri dan keluarga dengan lindungan Ilahi? Lihatlah wajah isteri di alam ukhrawi, wajah anak-anak, wajah menantu-menantu dan wajah cucu-cucu Tuan Haji.


Apa yang saya mahu, keputusan itu adalah langkah awal Tuan Haji berhijrah kepada matlamat hakiki yang Ilahi tentukan. Matlamat seorang manusia hakiki, matlamat ahli politik hakiki, matlamat bapa hakiki dan matlamat pemimpin hakiki. Semuanya memerlukan landasan hakiki, kefahaman hakiki yang semuanya dalan ketentuan hakiki Ilahi.


Tuan Haji faham maksud saya?


Saya menyeru, tinggalkan politik duniawi yang palsu. Tinggalkan kebahagiaan yang sementara. Hijrahlah kepada politik Islam yang hakiki.


Saya tahu ianya bukan mudah. Perlukan sokongan di kanan dan kiri. Maka, selepas peletakan ini, mulakan dengan mencari hijrah hakiki. Maju terus ke hadapan dan carilah bimbingan ulama hakiki. Bukan ulama mencari duniawi. Insya Allah, kita akan bertemu dihujung denai ini.


Itulah maksud saya dengan cinta. Kita mengejar cinta Ilahi dengan membawa cinta diri dan keluarga berpaksikan cinta para wali untuk kita kekal abadi dalam rahmat Ilahi. Kita mampu mengubahnya.


Saya mengundur diri. Wassalam.


Elbaritii

29/01/09


17.1.09

POLITIK MURAHAN ORANG UMNO PERAK DALAM ISU TANAH

Ketika saya membaca berita-berita berkenaan isu tanah di Perak, komen di hati saya ialah "jangan layan sangat suara-suara NGO ini". Jika benar ianya isu kritikal bagi orang Melayu di Perak, kenapakah Pak Lah masih mendiamkan diri? Kenapa Najib tidak turun ke Perak bagi menghalang pemberian itu, sebaliknya hanya berkampung di Terengganu, ketika ini?


Sekadar menggunakan MTN untuk membantah, itu hanya kenyataan politik emosi. Malah ramai para ahli akademik menyebelahi Perak dalam isu tersebut.


Umno adalah parti yang kononnya memperjuangkan Melayu, maka adalah mustahil pemimpin Umno seluruh negara tidak bertindak tegas menghalang apa yang berlaku di Perak, sebaliknya menggunakan NGO tertentu. Jelaslah, ia hanya mainan politik Umno untuk meraih sokongan Melayu Perak, dalam masa yang sama, tetap mahu menjaga hati orang-orang Cina di mana-mana.


Mari kita lihat sedikit fakta sejarah berkaitan Kampung Baru ini.


Prof. Nik Anuar Nik Mahmud dari Jabatan Sejarah Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) telah berkata:


''Penempatan di kampung baru dengan kemudahan jalan, elektrik, air paip, sekolah dan kesihatan mampu mengelakkan orang Cina di pinggir hutan daripada bercampur dengan komunis.


''British membina kampung baru berkenaan hanya untuk memastikan kaum Cina ketika itu tidak dipengaruhi komunis.


''Ini kerana jika komunis berkuasa, negara ini akan menjadi sebuah negara komunis dan British akan kehilangan kepentingan mereka di Tanah Melayu ketika itu,'' katanya.


Bagi saya, tindakan ini mungkin dilihat tidak menyebelahi orang Melayu. British bersikap berat sebelah dalam memberi kebajikan kepada orang-orang Islam/Melayu. Namun di sana, ada sedikit kebaikan kepada semua pihak, iaitu menghalang daripada komunis menguasai dan memerintah Tanah Melayu ketika itu.


Kesilapan British itu cuba diselesaikan oleh kerajaan pimpinan BN yang mentadbir selepas merdeka. Menurut Prof Nik Anuar:


''Justeru, bagi memastikan hak orang Melayu terus dipelihara kita harus meneruskan langkah-langkah Allahyarham Tun Razak seperti membuka tanah rancangan dan mendaulatkan Bahasa Melayu,'' katanya.


Jelas bahawa langkah yang diambil oleh BN dalam penyelesaian masalah ini ialah menyediakan pelbagai perancangan untuk kaum Melayu di negara ini, termasuk membuka tanah rancangan sebagaimana yang dimulakan oleh Tun Razak. Program mendaulatkan bahasa kebangsaan juga telah berlaku, dengan turut disokong penuh oleh parti politik pembangkang dan NGO Melayu serta tokoh intelektual mereka.


Dalam hal tanah, BN sejak sekian lama tidak berhasrat atau sekurang-kurangnya tidak "berlabun besar" ingin mengambil semula tanah Kampung Baru daripada orang-orang Cina. Itu pilihan yang mungkin bersikap perkauman, anti manusiawi, tidak sepakat dan seumpamanya.


Namun apabila Pakatan Rakyat di Perak mahu sempurnakan kepercayaan BN bahawa tanah itu tidak perlu diambil semula, dengan memberi geran kepada penghuni Kampung Baru, NGO Melayu Perak mula bangkit dan bising, seperti Presiden Gagasan Melayu Perak (GMP), Datuk Seri Hilmi Ismail?


Kenapa selama ini mendiamkan diri. Kenapakah tidak berbangkit hak Melayu selama ini. Kenapa rumah-rumah setinggan Melayu di bandar-bandar yang menjadi mangsa. Benarkah semangat Melayu mereka?


Lebih 50 tahun BN boleh ambil semula tanah itu, tetapi tiada seorangpun yang melakukannya. Tetapi kini mereka muncul wirawan seperti komik kung fu Cina, mahu MB Perak bersikap "ganas" sedemikian rupa dengan 'kuasa tujuh petala langit hasil pertapaan lama di bukit batu kapur Ipoh'?


Inilah politik cetek pemikiran oleh orang-orang Umno Perak. Malu teman.

14.11.08

ANTARA YANG MENARIK BELANJAWAN PERAK 2009

"BAJET KE ARAH NEGERI BERKEBAJIKAN"

  • Sebanyak 4,428 rakyat berpendapatan kurang RM700 menerima bekalan air percuma RM10 sebulan
  • Seribu hektar tanah kepada SAR dan SRJK Cina untuk diusahakan secara komersial
  • RM6 juta untuk dermasiswa rakyat RM1,000 seorang ke IPTA
  • RM 4.9 juta untuk pendidikan Islam - elaun guru/Penyelia KAFA, Tadika Islam dan bantuan per kapita SAR
  • RM1 Juta untuk Takaful Kifalah kepada kematian warga emas berusia 65 tahun ke atas
  • RM4.88 juta untuk kenaikan elaun bulanan Ketua Kampung dari RM 200 ke RM 400, dan SU JKKK RM200
  • 7. RM2 juta untuk Tabung Khas Kebajikan Rakyat - membantu dan memelihara kebajikan rakyat yang susah
  • RM1 juta untuk Tabung Pinjaman Peniaga Kecil tanpa faedah bagi membantu ibu tunggal/peniaga kecil
  • RM2 Juta untuk Urusetia Hal Ehwal Bukan Islam bagi aktiviti kebudayaan, keagamaan dan pendidikan
  • Peruntukan EXCO dinaikkan dari RM100 ribu ke RM150 ribu setahun
  • Peruntukan ADUN dinaikkan dari RM150 ribu ke RM200 ribu setahun
  • Tabung Pusingan Bantuan Bencana Alam di setiap daerah dinaikkan dari RM30 ribu ke RM50 ribu
  • Meluluskan 138 RPT untuk setinggan seluas 4,299 ekar yang boleh menempatkan 34,392 lot rumah
  • RM60 juta untuk JKR melaksanakan pelbagai projek baru
  • RM8.9 juta untuk JPS bagi rancangan tebatan banjir

Sumber: Perakdaily.com


7.11.08

MB: Perak SEDC CEO Ordered To Submit Report On RM100m Losses – The Edgedaily.com

IPOH: The Perak state government has ordered State Development Corporation (SEDC) chief executive officer Datuk Shamsudin Hashim to submit a detailed report on the more than RM100 million losses suffered by several subsidiaries.

Menteri Besar Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin said the losses suffered were actually a cumulative figure by several subsidiary companies and not by one company as reported last Friday. The report is inaccurate as not one company with a RM50,000 paid-up capital incurring more than RM100 million losses.

“It’s a cumulative figure involving several companies,” he told reporters after a meeting with Perak Penghulus’ Assocation here yesterday.

Asked whether the losses were incurred from foreign investments, Mohammad Nizar said they were mainly from investments besides various other ventures.

“Investments made in and outside the country ended up in losses. Besides that, several housing projects cannot be sold. Hence, several companies accumulated the losses over a long period,” he said.

Mohammad Nizar said the state government would make public the reasons for the huge losses after perusing the report.

Asked whether there was any truth in earlier claims that the losses also stemmed from failed foreign investments by one subsidiary company, Cherry Blossom Sdn Bhd, he said: “It is one of them and I will confirm it later.” — Bernama

27.10.08

Perak Merancang Pembangunan "Islamic City"

Saya teruja apabila membaca berita di bawah. Ianya dipetik daripada Harakahdaily.net. Keterujaan saya bukan hanya terhadap kejayaan Perak memungkinkan kemasukan pelaburan asing bernilai RM22 billion, tetapi kesungguhan kerajaan negeri melihat peluang besar dalam memperkenalkan Perak ke dunia luar melalui sektor pelancongan, pendidikan dan kesihatan. Ketiga-tiga sektor ini adalah kesimpulan saya terhadap perancangan Perak membangunkan sebuah 'Kota Raya Islam' atau di dalam bahasa asingnya "Islamic City", sebagaimana yang dilaporkan.

Saya pernah mencadangkan perkara di bawah ini dalam entri saya bertajuk: Idea saya Untuk Sektor Pelancongan Perak, pada tarikh 26 Julai lalu.

" Saya juga mencadangkan pembangunan di sekitar Lumut, Pantai Remis dan Pulau Pangkor di pergiatkan lagi untuk industri pelancongan dan perumahan kos mewah. Kerjasama dengan pelabur dari Timur Tengah perlu dicari segera. Mungkin boleh mencari pelabur Arab untuk membina hotel kelas dunia di Pulau Pangkor atau pulau sekitarnya sebagai tempat rehat kelas pertama bagi pelancong Arab dan Eropah. Boleh juga membangunkan kawasan penempatan kelas dunia melalui pembinaan pangsapuri mewah, rumah banglo, atau service apartment untuk menyokong dasar kerajaan persekutuan, Program Malaysia Rumah Kedua Saya. Bagi projek ini, saya mencadangkan Perak menerokainya bersama dengan Kuwait Finance House (M) Bhd, yang berpengalaman membangunkan Pavilion yang turut menyediakan pangsapuri mewah untuk pembeli Timur Tengah dan mempunyai rangkaian luas di Timur Tengah.

Lebih menarik perhatian pelancong Arab untuk menetap, jika Perak dapat memenuhi citarasa mereka, sebagai contoh menyediakan pusat membeli-belah kelas dunia dengan pemisahan lelaki dan wanita di sekitar Lumut. Saya percaya, dengan adanya perancangan seperti itu, beserta dengan perancangan kemudahan ibadat dan mungkin sebuah kolej bertaraf antarabangsa, Lumut dan Pangkor akan menjadi pilihan utama untuk peniaga Arab melabur dan keluarga Arab menjadikan Perak negeri kedua mereka.
"


Apa yang saya utarakan di atas, itulah yang saya faham daripada pembangunan sebuah "Islamic City". Saya yakin, kerajaan Perak mampu dengan infrastruktur yang sedia wujud di daerah Manjung ini.

Saya tidak tahu perancangan sebenar Perak. Apakah bertepatan dengan apa yang saya lakarkan atau sebaliknya. Namun, marilah kita sama-sama berdoa untuk kejayaan itu.


Perak Terima Pelaburan RM22 Billion

Oleh: Ekmal Yusof
Mon | Oct 27, 08 | 11:59:01 am MYT

KUALA KANGSAR, 27 Okt (Hrkh) - Walaupun dunia kini dihimpit krisis ekonomi global tetapi Kerajaan Pakatan Rakyat Perak berjaya mendapatkan pelaburan asing bernilai sebanyak RM22 billion.

Exco Agama, Pendidikan Islam, Wanita Dan Kebajikan Negeri Perak, Haji Mohd Zainuddin Mohd. Yusof berkata, kerajaan Perak akan menerima kedatangan pelabur asing bernilai RM22 billion ketika berucap di Jamuan Hari Raya Aidilfitri, Kg. Masjid Laneh, Padang Rengas dekat sini baru-baru ini.

Tegasnya, dari jumlah itu terdapat sebanyak RM16 billion datangnya dari pelabur-pelabur di Teluk Telaga Minyak Timur Tengah

"Segala usaha tersebut adalah bertujuan untuk menjaga kepentingan rakyat dan juga perkembangan kemajuan serta pembangunan negeri Perak ini sebagaimana yang telah dijanjikan kepada rakyat dalam manifesto pilihan raya dulu," katanya.

Adun Lubok Merbau itu juga memberitahu, kerajaan mungkin akan membangunkan sebuah bandar baru Islam di negeri Perak iaitu "Islamic City" untuk kemudahan bukan orang Perak, rakyat Malaysia sahaja malah bagi Umat Islam seluruh dunia. - mns

26.7.08

Idea Saya Untuk Sektor Pelancongan Perak

Entri sebelum ini adalah idea yang saya ambil untuk ditujukan kepada negeri saya Perak. Berikut pula adalah apa yang saya sempat menungkan, idea pembangunan dan pelaburan bagi negeri Perak, walaupun saya tahu semua ini ada pihak tertentu yang memikirkannya.

Sebagai warga yang dilahirkan dan membesar di Perak, pendokong kuat kerajaan negeri walaupun dari luar Perak, saya berasa ada peranan yang boleh dimainkan, baik kecil mahupun besar. Mungkin ianya idea mentah, namun saya gembira kerana saya telah meluangkan masa berfikir untuk Perak dan dikongsikan bersama pembaca.

  1. Adakan segera apa sahaja program yang boleh menemukan pelabur Timur Tengah dengan Institusi Perbankan Islam dan syarikat pemaju di Malaysia untuk projek pembangunan di negeri Perak. Sekarang adalah musim melancong keluar oleh warga negara Arab yang berkemampuan dan Malaysia adalah antara destinasi terkemuka mereka, selain Eropah. Maka ambillah kesempatan ini untuk pertemuan dua pihak bagi menerokai potensi kerjasama perniagaan dan pembiayaan yang amat menguntungkan Perak. Sudah pasti amat menguntungkan para pelabur apabila lawatan ke Malaysia mempunyai dua matlamat penting, berehat dan mengembangkan perniagaan.
  1. Pilihan kedua, hantar segera wakil kerajaan negeri ke Timur Tengah, antaranya Dubai, Abu Dhabi, Doha, Bahrain, Jeddah dan Kaherah untuk menarik pelabur-pelabur ke Perak. Rombongan tersebut perlu diikuti bersama wakil daripada bank-bank Islam di Malaysia dengan insentif menarik yang diberikan oleh kerajaan negeri, bersyarat setiap pelaburan mesti berlaku di Perak. Ketika ini, banyak bank di Malaysia sedang menerokai pasaran pelaburan dan kerjasama pelbagai jenis dengan pelabur dan institusi perbankan Timur Tengah, khususnya Dubai. Malah ramai juga rakyat Malaysia yang sedang bekerja dengan bank-bank Islam di Dubai dan beberapa bandar lain.
  1. Saya memilih Timur Tengah sebagai fokus kerana faktor bidang pelancongan yang boleh dikembang-luaskan di Perak dan pelancongan adalah daya tarikan utama warga sebelah sana ke Malaysia. Buat masa ini, tiga negeri menjadi tumpuan mereka, Melaka, KL (Genting Highland) dan Pulau Pinang / Langkawi. Di Melaka tumpuan mereka ialah A Famosa Resort, Genting kerana tanah tinggi dan konsep kota keriangannya dan Pulau Pinang / Langkawi kerana pantai dan pulaunya. Mereka sanggup menaiki van pelancongan untuk pergi-balik ke Melaka dan Genting. Manakala ke Pulau Pinang / Langkawi untuk bermalam, sama ada dengan menaiki van atau pesawat. Ramai juga yang menaiki van ke utara.
  1. Jika dibandingkan dengan Perak, banyak kelebihan yang Perak ada-tanah tinggi ( Cameron Highland melalui Tapah ), air terjun, pantai dan pulau. Oleh itu saya mencadangkan kawasan sekitar Tapah dibangunkan sama seperti A Famosa Resort di Melaka. Malah Tapah beruntung kerana ada air terjun yang boleh dieksploitasi dan berdekatannya Sungkai, ada Hot Spring. Di situ Perak dapat gabungkan dua unsur tarikan, satu di Genting dan satu di Melaka. Lebih menjimatkan bagi pelancong. Jika mahu ke kawasan pantai dan pulau, tidak perlu mereka ke Pulau Pinang atau Langkawi yang jauh, kerana Perak sudah ada Lumut dan Pulau Pangkor yang bertaraf dunia (Pangkor Laut Resort ). Kini, Perak tidak menjadi pilihan mungkin kerana pelancongan di Perak hanya tertumpu kepada Pulau Pangkor semata-mata yang dilihat tidak berkembang dan pusat pelancongan lain gagal menarik pelancong.
  1. Dengan pembangunan menarik di Tapah dan Lumut / Pangkor, saya percaya syarikat pelancongan mampu menyediakan pakej menarik bermula dari KL ( tidak perlu ke Genting dan Melaka ) ke Perak dan seterusnya ke utara, jika perlu. Jika tidak terus sahaja berpusat di Perak dengan konsep A Famosa di Tapah, Kota Keriangan di Cameron ( kerjasama dengan Pahang ) dan rehat santai di Lumut dan Pulau Pangkor.
  1. Saya juga mencadangkan pembangunan di sekitar Lumut, Pantai Remis dan Pulau Pangkor di pergiatkan lagi untuk industri pelancongan dan perumahan kos mewah. Kerjasama dengan pelabur dari Timur Tengah perlu dicari segera. Mungkin boleh mencari pelabur Arab untuk membina hotel kelas dunia di Pulau Pangkor atau pulau sekitarnya sebagai tempat rehat kelas pertama bagi pelancong Arab dan Eropah. Boleh juga membangunkan kawasan penempatan kelas dunia melalui pembinaan pangsapuri mewah, rumah banglo, atau service apartment untuk menyokong dasar kerajaan persekutuan, Program Malaysia Rumah Kedua Saya. Bagi projek ini, saya mencadangkan Perak menerokainya bersama dengan Kuwait Finance House (M) Bhd, yang berpengalaman membangunkan Pavilion yang turut menyediakan pangsapuri mewah untuk pembeli Timur Tengah dan mempunyai rangkaian luas di Timur Tengah.
  1. Lebih menarik perhatian pelancong Arab untuk menetap, jika Perak dapat memenuhi citarasa mereka, sebagai contoh menyediakan pusat membeli-belah kelas dunia dengan pemisahan lelaki dan wanita di sekitar Lumut. Saya percaya, dengan adanya perancangan seperti itu, beserta dengan perancangan kemudahan ibadat dan mungkin sebuah kolej bertaraf antarabangsa, Lumut dan Pangkor akan menjadi pilihan utama untuk peniaga Arab melabur dan keluarga Arab menjadikan Perak negeri kedua mereka.

Begitulah idea separa masak saya. Semoga Perak terus maju dan membangun di bawah pentadbiran YAB Ir Mohammad Nizar bin Jamaluddin bersama barisan exconya.

Blog Orang Terpelajar, Idea Membangunkan Negeri (Perak)

Saya terjumpa blog Prof. Dr. Hj. Hamirdin B. Ithnin dan sempat membaca beberapa tulisannya, pagi ini. Saya kagum apabila golongan bijak pandai kampus / ex-kampus sanggup meluangkan masa dan tenaga memberi idea dan pandangan sebegini, iaitu di laman blog, yang percuma, tidak berbayar.

Saya mearasakan, mungkin ada pemisahan, kecil atau besar antara rakyat marhaen dengan orang terpelajar kampus, antara pemimpin politik dengan orang terpelajar kampus, antara aktivis politik dengan orang terpelajar kampus dan antara pelaksana dasar kerajaan dengan orang terpelajar kampus – di Malaysia.

Pemisahan itu bukanlah sukar dielak, namun komitmen, masa, kesibukan dan kepentingan yang seringkali bertentangan, menyebabkan ianya terus terbiar.

Jadi, mana-mana orang terpelajar yang menulis blog dan menyumbang idea kepada manusia luar kampus, amatlah dihargai dan sememangnya akan memberi banyak manfaat. Untuk mengambil idea, sekadar melayari laman mereka, dan free pula. Saya yakin ramai lagi yang memilih cara begini untuk memberi idea dan sumbangan kepada orang-orang luar kampus. Syabas.

Dibawah ini saya perturunkan tulisan menarik Dr Hamirdin, mengupas idea membangunkan Kelantan. Saya juga percaya, kesejahteraan itu bukan dengan membangunkan kerohanian semata-mata, tetapi peluang pekerjaan langsung tidak diperkirakan. Saya ingin tujukan idea beliau di bawah untuk negeri saya, Perak.

++++++

Mengenai Business Acumen

Assalamualaikum,

Saya kira dalam tahun 1996, saya telah menghadhiri satu sesi brainstorming di rumah Kelantan bersama Tuan Guru Nik Aziz TGNA. Saya dijemput oleh Utz. Dr. Shafie Ibrahim yang pada masa itu dilantik sebagai ketua unit strategic study untuk Kelantan (Dr. Shafie Ibrahim ialah bekas calon PAS DUN Kajang dalam pru 1995). Antara yang hadhir setakat yang saya ingat ialah Utz Nasharaudin Md Isa, pada masa tu masih lagi pensyarah UIA, Utz Zulkifli, Utz Kamaruzzan Yusof dan ramai lagi.

Dalam pertemuan itu saya kemukakan pendapat saya bagaimana untuk memajukan Kelantan. Tetapi dari apa yang dapat saya amati ialah, idea yang saya kemukakan itu kelihatan terlalu janggal dan sukar diterima oleh mereka yang menjalankan polisi di Kelantan pada masa itu.

Saya tidak tahu samada idea yang saya kemukakan itu terlalu kokak dan hampeh sehingga sukar diterima atau terlalu kehadapan sehingga sukar difahami. Walau apa pun, idea tinggal idea, dan sesi brainstorming tu menjadi seperti biasa, iaitu menghabiskan masa dan menghabiskan boreh, namun hasilnya tidak ada yang dapat dilihat. Cuma baiknya ialah kita dapat kenal mengenal antara satu aktivis dengan aktivis yang lain, yang sukar ditemui dalam rutin kehidupan harian kita.

Saya masih berpendapat, dan terus berpegang dengan idea ini: Sesebuah pemerintahan Islam mestilah melakukan 3 perkara besar bagi melaksanakan tanggung jawabnya:

1. Dakwah

2.Mempertahankan Islam dan seluruh warga

3.Kesejahteraan warga


Perinciannya adalah seperti berikut:

1. Dakwah. Ini adalah kesinambungan daripada tugas yang telah diwariskan oleh Rasulullah s.a.w. kepada umatnya. Tugas yang paling besar di sini ialah a. MengIslamkan orang yang belum Islam. b. Menambah baik mutu kefahaman dan ibadat orang Islam

2. Mempertahankan Islam dan seluruh warga. Tugas ini sebenarnya adalah bidang kuasa kerajaan pusat, tetapi dalam hal-hal yang dibenarkan oleh perlembagaan, sebuah kerajaan negeri boleh melakukan banyak usaha dalam bidang ini.

3. Kesejahteraan warga. Dalam hal ini, perkara yang paling pokok sekali ialah apa yang dinamakan sebagai creation of wealth. Ini bermakna, tugas yang paling utama yang tertanggung pada pemerintah ialah mencipta peluang pekerjaan. Dan untuk mencipta peluang pekerjaan inilah memerlukan kreativiti yang tinggi.

Saya beri satu contoh kreativiti ini. Tahun lepas saya ke Singapura untuk tujuan conference, sambil itu saya ambil kesempatan melancung. Ada satu aktiviti berbayar yang saya dan keluarga ikuti, iaitu menyusuri sungai Singapura dengan menaiki kenderaan amphibious yang telah tidak digunakan lagi oleh tentera dan dijadikan kenderaan sight seeing. Aktiviti ini mencipta peluang pekerjaan dan menambah pendapatan. Sedangkan modalnya ialah alam sekitar , kenderaan buruk dan kreativiti.

Saya lihat pengangguran di Kelantan itu tinggi, dan apabila ada suara suara pihak lawan yang mengatakan ramai orang Kelantan berhijrah ke tempat lain untuk mencari pekerjaan, sering saya lawan hujah tersebut dengan mengatakan bukan orang Kelantan sahaj yang berhijrah mencari pekerjaan di tempat lain, tetapi orang dari semua negeri-negeri di Malaysia ini sama berhijrah, terutamanya orang Negeri Sembilan, sehingga banyak rumah-rumah buruk tinggal reput di Rembau dan di Kuala Pilah. Begitu juga orang Melaka, ramai yang berhijrah ke Selangor dana Kuala Lumpur, begitu juga orang Perak, dan orang Kedah dan, dan, dan seterusnya.

Tetapi kalau bukan untuk tujuan berhujah, memang ramai warga Kelantan yang tidak mempunyai pekerjaan, ramai yang tidak mempunyai pekerjaan tetap, dan ramai yang tercari cari peluang pekerjaan di tempat lain. Maka di sinilah kreativiti pemerintahan diperlukan untuk mencipta peluang pekerjaan.

Saya berpendapat, di Malaysia ini, orang atau kumpulan yang mempunyai business acumen ialah orang Cina. Ini memang kita sama sama akui. mengapa tidak diambil ketrampilan dalam bidang bisness orang Cina ini dan digunakan dalam perancangan creation of wealth di Kelantan?

Panggil Chinese Chamber of Commerce Kelantan, dan berdailog dengan mereka untuk mendapatkan idea bagaimana cara untuk mencipta kekayaan bagi kesejahteraan rakyat. Lantik mereka dalam jawatan kuasa yang berkenaan yang boleh merancang dan memacu ekonomi Kelantan supaya ia betul-betul maju setanding dengan jumlah tahun yang telah dianugerahkan memerintah kelantan. menafaatkan semua sumber, samada sumber asli, sumber alam sekitar, sumber manusia dan sumber idea untuk dijana kegiatan ekonomi sehingga ia mampu menghasilkan mahsul yang tinggi.

Saya lihat, Singapura tak punya apa, cuma yang ada pada mereka ialah business acumen. Saya lihat Pulau Pinang sama sumbernya dengan Kelantan, tetapi kerana mereka ada business acumen, mereka menapak jauh terkehadapan.

Kelantan punyai segalanya. Ia juga punya business acumen, cuma yang berkarat.

Hamirdin b Ithnin

21.7.08

Konvensyen PAS Perak Pada 26 - 27 Julai

Johari Jaafar
Mon | Jul 21, 08 | 3:39:44 pm MYT

IPOH,21 Julai (Hrkh) - Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dijangka akan merasmikan Konvensyen PAS Perak yang akan berlangsung pada 26 hingga 27 Julai ini di Dewan Serbaguna Rapat Setia.

Menurut Setiausaha Kerja PAS Negeri Perak, Khalilul Rahman Abdul Samad, para perwakilan akan mendengar amanat Pesuruhjaya PAS Negeri, Ustaz Ahmad Awang dalam ucaptama yang bertajuk 'Mengisi Kemenangan, Memantapkan Perjuangan'.

Pada hari pertama konvensyen tersebut, dua kertas kerja akan dibentangkan, pertama oleh Timbalan Presiden PAS, Ustaz Nasarudin Mat Isa yang bertajuk 'Sistem Pentarbiyahan Selepas Kemenangan'.

Kertas kerja kedua akan dibentangkan oleh Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Syed Azman Syed Nawawi, bertajuk '1999 Terengganu, 2004 Kelantan, 2008 Perak. Antara Pengalaman dan Pengajaran'.

Pada sebelah malamnya Presiden PAS, Dato' Abdul Hadi Awang akan bersama Naib Presiden PAS, Ustaz Ahmad Awang dijangka akan menghadiri program ceramah perdana yang akan dijalankan di kawasan bandaraya Ipoh.

Pada hari kedua, dua lagi kertas kerja akan dibentangkan. Kertas kerja ketiga adalah, 'Marketing Politik dan Merakyatkan Kerajaan' yang akan dibentangkan oleh Presiden Teras Pengupayaan Melayu (TERAS), Mohd Azmi Abdul Hamid.

Manakala kertas kerja yang terakhir bertajuk 'Sokongan Multiracial Mengekalkan Kemenangan', yang akan dibentangkan oleh Ann Wan Seng.

Majlis konvensyen akan diakhiri dengan ucapan penggulungan dan resolusi.

Cerita Pembentukan Kerajaan Perak Dan Isu Semasa Oleh YAB Ir Nizar.

Satu pendedahan yang mengejutkan saya dan sangat menarik, berkaitan pembentukan kerajaan negeri Perak oleh Ir Nizar di laman ceramah www.terengganukini. net

Mengejutkan saya kerana banyak maklumat yang saya dengar adalah baru bagi saya dan jarang sangat saya membeli vcd ceramah ketika ini.

Sila masuki laman web di atas, turun ke bahagian ceramah dan pilih dua ceramah :

  1. Sepetang bersama MB Perak
  2. Ceramah isu 19 Julai oleh Nizar.
Antara penjelasan beliau :

1. Keadaan genting pembentukan kerajaan Perak dan cara pemilihan MB Perak
2. Isu-isu semasa
3. Sokongan Raja Muda
4. Gangguan pemimpin Umno Perak dan menteri-menteri pusat
5. Rasuah berpuluh juta yang ditawarkan oleh Umno dan isu boneka DAP
6. Pemecahan oleh Umno terhadap akar umbi rakyat Perak
7. Penipuan oleh seorang Mufti kononnya Presiden PAS, Mursyidul Am PAS dan Dr Haron
Din bersetuju gabungan PAS+Umno mentadbir Perak
8.
Pemilihan Ahli Majlis Kerajaan Tempatan
9. Cubaan pengaruhi Mahkamah Tinggi untuk jatuhkan kerajaan PR pada 31 Ogos nanti.
10. Kerjasama drp PKR dan DAP dalam pentadbiran dan beberapa isu kecil Islam.
11. Isu tanah di Perak, antaranya pemberian tanah oleh Kerajaan Perak lalu kepada parti
Umno, MCA dan Gerakan.

Selamat mendengar.

18.6.08

Q&A: Nizar Skirts Questions On Religion


Andrew Ong | Jun 18, 08 2:09pm

Perak Menteri Besar Mohamad Nizar brushed aside many thorny topics, particularly on religion, yesterday.

Among the subjects he skirted:

• The PAS Youth proposal to enforce the Islamic lifestyle in all Pakatan Rakyat states
• The state government decision ‘not to promote’ Islam Hadhari in Penang and Selangor
• Whether Perak will enact laws that affect the lifestyle of the people

The questions were posed at a press conference ahead of the Pakatan Rakyat state government’s first 100 days in power, to be marked on July 7.

However, Nizar made it clear that the administration of the state comes before the ideology of his party, the hardline Islamist PAS.

He elaborated on this and related issues in a subsequent interview with Malaysiakini, which will publish the report tomorrow.

Edited excerpts follow from the press conference.


What are the projects to be undertaken under the Northern Corridor Economic Region?

There are two phases. The first phase is from now until 2015. It involves four states - Northern Perak, Kedah, Penang and Perlis. We will implement seven main themes: tourism, education, manufacturing, agriculture and human resources.

Those are (among) the main items that we are (involved in) with the federal (government). The double-tracking (rail) system will be part of this and also some high-tech parks.


What strategies are being used to spur economic growth?

One strategy to speed up economic growth is to expedite approvals for local and foreign investors...(in) various industries such as tourism, manufacturing and petroleum. One such project has already been agreed upon. The ground breaking session will be held soon.

We are also identifying arrears (accumulated over) the last four to five years, amounting to RM170 million in local authorities and district offices.

I’m heading a committee on increasing state revenue. We would like to appeal to all residents who owe the government money for (land) premiums and quit rent to complement (our efforts) and help the government. We need their assistance.


The federal government is channeling funds to the state through the federal development agency (JPP). Does this infringe on your rights as the state government?

They (federal government) does not respect the democracy that is freshly (minted) in Perak. We will not tolerate the concept of a mini-government within a government. I think that is not right.
Pakatan Rakyat state governments will be discussing the matter.

We will voice (our disagreement) on several platforms for example, at the Conference of Rulers. Prior to that, there is always the conference of chief ministers and menteris besar. That is one platform where we will (ask why the JPP has been abolished in Sabah, but not in Pakatan states).

This is double standards and I think the people are capable of assessing the situation... it has an impact on us. But we have to do business as well.


What cost-cutting measures have you introduced?

At federal level, they are on an austerity drive here and there. The Pakatan Rakyat government made this claim on the first day itself.

(For example) we don’t drive new cars (although the previous government had budgeted for this). They were supposed to replace all the V6 cars because these are not in good condition. But we didn’t take the opportunity to replace the boneshakers. (Sungkai assemblyperson and exco member) A Sivanesan (left) has problems with the gearbox (of the car).

We didn’t take advantage of the allocation to replace the cars. Why? Because we feel bad that the people are faced with rising inflation. It would be very unkind of us (to spend). So we drive the boneshakers. Even if (the cars are) slow, we (still) reach our destination.


Will members of your government declare their assets?

Yes. We will declare our assets once it is done at Parliament level. The forms will be distributed once parliamentarians make their declarations to the Anti-Corruption Agency.


Are you happy with the performance of your government?

We have yet to achieve a level that we are proud of. Now, for example, we are giving land titles. There are still teething problems.

Therefore, I don’t feel satisfied. When we decided to write off compound fines in a one-off move, there were rumours that people were still being issued with notices. These (issues) are ongoing. We have to resolve them because (this is among) our promises.


What about election pledges on water tariffs?

That will be announced later. We have to announce in stages. We cannot announce all 10 (election pledges) at the same time, otherwise we can’t manage.


Have any state government officers left the state administration?

Surprisingly, none. We have told them that if they don’t want to be with us, if they don’t want to listen to us, then the door is wide open. Surprisingly, none of them (left).


Isn't boycotting Utusan Malaysia a form of discrimination?

If we allow the people of Perak (to read the Malay daily), they become even more racist. So it’s the obligation of the government to stop any racist sentiments. It spreads racism. The government cannot tolerate that...(and) if any (other) newspapers do that to the Perak government, I would not hesitate to tell my exco members that (the particular) newspaper must not come to our office.

It would be wrong of the Perak Pakatan Rakyat government to allow racist elements to be spread to readers. (When the newspaper proves it is) not racist, then we will reconsider (the boycott).


PAS Youth has proposed that the Islamic lifestyle be implemented in all Pakatan Rakyat-held states. What is your response?

You have to ask the PAS Youth leadership because I am the menteri besar of Perak. You should call Azman Shapawi (PAS Youth deputy chief). He will answer. He did not make the statement in Perak.

Will there be any changes to laws governing society?

Do you feel any changes in your social life? Are we biting you? It is a non-issue. Your children have been going to school, you have been working, you get your pay. Is there any disturbance?


Your views on Islam Hadhari?

The Federal Constitution is very clear. Article 3 states that the official religion of the federation is Islam and other religions are allowed to be practised. Period.


What about ketuanan Melayu?

Go back to Article 153. We’ll stick to that.


Will Perak ban Islam Hadhari like in Selangor and Penang?

You had better correct your statement. Did they say that? Does the word ‘ban’ translate from Bahasa Malaysia? You had better check that. It would be unfair to our brother governments if they didn’t utter that word.

(Selangor has decided “not to promote” and “to disallow” the spread of Islam Hadhari. Penang has since followed suit.)


Is there a possibility that state assemblypersons will defect to Barisan Nasional?

As you can see, thank god, (the unity among) all 31 of us (is) still intact. When we elected our speaker and deputy speaker, we were strong and had the confidence of our grouping.


How would you describe the relationship between the three Pakatan political parties in Perak?

Our relationship has been superb and we move like a rocket. The 11 of us have been great. We have nasi bungkus together. We (took a) bus together (to Parliament).

When have you heard of a menteri besar getting on a bus to go to Kuala Lumpur? It has never happened in the history of Malaysia where the three (opposition) parties (have gotten together like this).