Assalamualaikum wbt
DYMM Sutan Perak, Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Ibni Al-Marhum Sultan Yusuf Izzuddin Ghafarallahu lahu Shah.
Jika patik diperkenan memberi pandangan dan firasat, berikut adalah pandangan patik untuk Tuanku dan pemerintahan Tuanku yang adil dan saksama.
- Memanggil pihak peguam negara dan penasihat undang-undang negeri untuk mendapatkan penjelasan kedudukan dua ADUN yang telah menandatangani surat peletakan jawatan tanpa tarikh secara rela dan sedar.
- Jika kerusi tersebut sewajarnya kosong, maka pilihanraya kecil perlu diadakan dalam tempoh 60 hari.
- Memanggil 4 wakil rakyat yang dikatakan berpindah keluar daripada Pakatan Rakyat untuk mendapatkan kepastian terhadap pendirian masing-masing.
- Jika mereka kekal bersama Pakatan Rakyat dan majoriti bersama PR maka kerajaan sedia ada terus berjalan stabil.
- Jika jelas mereka mahu berpindah secara rela, maka dengan sendiri Pakatan Rakyat menjadi kerajaan minoriti untuk tempoh beberapa bulan pentadbirannya.
- Tidak dicadangkan pembubaran DUN dilakukan segera demi menjaga kemaslahatan rakyat negeri Perak yang mengalami kesukaran hidup akibat krisis ekonomi global.
- Pilihanraya seluruh negeri dicadangkan pada pertengahan tahun ini, dan sepanjang tempoh tersebut, kerajaan minoriti yang mendapat sokongan majoriti rakyat perlu mentadbir negeri.
- Tuanku menasihati wakil rakyat agar tidak membelakangkan keputusan pengundi dalam setiap pilihanraya dan perpindahan parti selepas pilihanraya adalah suatu yang tidak bermoral.
Mohon mencadang Tuanku.
1 comment:
Ampun Tuanku, sembah patik harap diampun. patik ingin menyatkan pandangan kepada apa yang berlaku ketika ini di Perak dan mohon keduli tuanku mempertimbangkan. Patik menghormati dan menyanjungi ketokohan dan kewibawaan tuanku selama ini. Namun begitu dengan apa yang berlaku pada hari Jumaat yang lalu amat mengguris hati rakyat jelata di negeri tuanku yang ketika ini telah genap 25 tahun diperintah oleh tuanku. Perkara berikut harap tuanku fikir dan renungkan:
1) Adakah rakyat akan menjadi semakin taat dn patuh berdasarkan keputusan dan tindakan yang dibuat oleh tuanku? tidak kira rakyat berfahaman BN atau PR?
2)Adakah tuanku telah mengambil kira dan mempertimbangkan pandangan rakyat, MB, Pemimpin Parti politik dan sememangnya tidak menyebelahi mana-mana parti politik?
3)Adakah tuanku mengamati dan menyemak peruntukan yang ada dalam Kaedah Tubuh Negeri Perak tentang bagaimana MB dilantik @ dilucutkn jawatannya? patik percaya tuanku lebih arif dengan undang2 sebagaimana tuanku pernah menjadi hakim negara sebelum ini.
4)Adakah tuanku pernah terfikir kerajaan yang dibentuk baru-baru ini benar-benar kukuh? Adalah tidak mustahil jika 3 ADUN boleh melompat, adun lain juga boleh berbuat demikian. Jangan-jangan dalam setahun kemungkinan boleh jadi 3 atau empat kali tuanku terpaksa menjadi saksi angkat sumpah menteri besar yang baru.
5)Adakah pernah tuanku menyiasat kes ADUN dilarikan sehingga isteri ADUN tersebut membuat laporan polis di atas kehilangan tersebut? apakah puncanya?
6)Adakah tuanku terfikir akan berlakunya kebingungan dikalangan rakyat tentang siapakah MB yang patut diberi kepercayaan? kerana ada yang mengatakan sah dan ada yang mengatakan tidak sah diantara keduanya..jangan ada pula nanti sebuah kapal mempunyai 2 nakhoda. tentunya negeri perak akan menjadi goyah dan sukar untuk membangun kerana tidak dapat membuat keputusan.
7)Adakah tuanku pernah memikirkan keputusan yang dibuat haruslah Win-Win situation diantara kedua-dua belah pihak sama ada BN atau PR?
Dengan 7 persolan ini patik dengan rendah diri mohon ke bawah duli untuk diberi perhatian dan dipertimbangkan. Semoga tuanku tidak tergolong di dalam golongan mereka yang pertama diazab diakhirat nanti iaitu disebabkan pemimpin yang tidak berlaku adil(nauzubillah)harapan patik semoga negeri Perak ini dilindungi dan bertambah makmur sejahtera hendaknya amin
(Pemuda perak yang perihatin)
Post a Comment