5.2.09

MOHON BUBAR DUN DI LAMAN WEB SULTAN PERAK

Ribuan rakyat yang melawat laman web rasmi DYMM Sultan Perak hari ini menukilkan hasrat dan merayu perkenan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN).

[Untuk sampaikan hasrat anda, sila tinggalkan pesanan di
guestbook laman web Sultan Perak DI SINI] - sumber saya ambil dari sini : http://arifabdull.wordpress.com/

12 comments:

Jarod said...

Saya pun dah komen dekat DYMM Sultan Perak web. Hari ini adalah hari yang teruk di perak.

Anonymous said...

saye rase aper yg trjadi ptg td di istana iskandariah amatlah memalukan orang melayu... kita sepatutnya akur dan terima segala keputusan... Yg saya peliknya hanya org melayu sahaja yang beria-ia mengadakan demostrasi... tetapi kita lihat kerusi yg terdapat di pakatan rakyat hanya dikuasai oleh DAP iaitu rata2nya pengundi cina manakala pas pula mendapat undi yg sedikit... tetapi saya lihat org cina tidak pula membuat demostrasi seperti org melayu... saya rasa malula dengan sikap org melayu ini yang 'taksub' dng politik....

Abu Ihsan Elbaritii said...

Apa maksud taksub politik? Cuba jelaskan? Kalau mempertahankan hak dikira taksub?

ayumie said...
This comment has been removed by the author.
Zulaikha said...

taksub politik tu adalah orang yang gila jawatan...muka tak malu...yang rakyat biasa ni pulak bodoh sangat...buat apa nak buat demonstrasi jalanan macam la dapat duit daripada wakil rakyat pr...pastu dah la kena tahan ngan polis masuk jail....sapa yang susah...keluarga sendiri jugak yang susah...akhirnya bini juga yang ak kena sara anak2 sekolah...sebab apa laki dah masuk jail...sebab taksub ngan kuasa PR...tapi bila time solat 5 waktu tak taksub pulak dengan ALLAH..ingat ALLAH Maha Besar dan Maha Berkuasa bukannya Nizar dan exco2 yang berkaum kafir.Balik umah sembahyang sunat taubat dan minta petunjuk supaya semua kembali ke jalan yang benar.politik hanya mainan di dunia tetapi ilmu ugama boelh di bawa ke akhirat.

Anonymous said...

Cik Zulaikha...klu anak awak diculik di depan mata awak ble ke awak duduk diam..saya rasa awak ni bukan seorang pejuang...jd awak biarkanlah anak awak tu diculik sbbnya buat pe la nak susah2 kejar...klu la Malaysia ni dirampas oleh kafir laknatullah awak je la sorang yg patut saya bunuh dulu...sbb rugi je simpan org mcm awak...senang2 duduk kat rumah tgk TV..

azaufi87 said...

HORMATI TITAH SULTAN!!!!!!!!

azaufi87 said...

Sebagai seorang rakyat malaysia yang berjiwa merdeka dan berpendidikan, wajar untuk kita menilai sesuatu berlandaskan kebaikan dan sejarah lampau serta kesannya kepada semua pihak. Ini termasuklah beberapa peristiwa yang menjadi titik tolak kepada wujudnya beberapa undang-undang negara.

Sebagai seorang melayu pula kita tidak harus membelakangkan sistem beraja melayu yang menjadi tulang belakang kepada kedaulatan negara Malaysia. Walau apa pun yang berlaku dan walau apa pun keputusan yang dibuat tidak harus kita pertikaikan. kita sebagai rakyat bawahan tidak perlu terlalu taksub dengan pemilihanparti politik (kecuali orang yg dah tak der keje lain,keje nyer protes orang je atau kutuk orang je atau perhatikan dan perkatakan keburukan orang je).

pada pandangan saya, jika masyarakat kita faham akan peristiwa-peristiwa lampau yang menjadi sejarah kepada setiap kejadian (seperti peristiwa berdarah 13 mei), maka masyarakat tidak akan melakukan perkara-perkara 'BODOH' yg sememangya hanya membazir tenaga dan masa sahaja selain menjadikan negara berpecah-belah.

sekian.

Zulaikha said...

to Anonymous...u ni tak faham bahasa melayu ke atau u tak faham ape yang saya tulis...ape kene mengena anak diculik dengan perkara yang dibincangkan....kalau anak saya diculik sudah tentu la saya tak akan duduk diam tapi takkan la saya nak meraung dijalan seperti demonstrasi yang dibuat...itu bodoh la namanya...saya mengaku memang saya bukan seorang pejuang...tetapi saya tidak cakap yang saya menyokong PR...awak faham tak setakat nie...saya suka pada kepimpinan yang sebelum ini yang dipimpin oleh orang yang amat saya kagumi iaitu Dr. Mahathir.Beliau memang seorang pejuang melayu.Sebab sekarang nie orang melayu ramai sangat yang kurang pandai...yang buat demonstrasi tu semuanye berkopiah...tapi adakah mereka itu semua mempunyai iman...kalau mereka mempunyai iman mereka takkan buat demonstrasi dan sanggup menghalang Sultan dan tidur diatas jalan...sape yang tidur diatas jalan adakah kaum kafir ataupun kaum melayu kita sendiri.cuba bukak mata luas2...kita di dunia ini hanya sementara...dipinjamkan oleh Allah untuk menjalankan suruhannya...jangan la kita terlampau taksub dengan jawatan yang kita pegang sehingga kaum melayu jadi porak peranda.bila kaum melayu dah jadi porak peranda...orang kafir hanya bertepuk tangan dan senyum tanda lega.kalau pas betul hendak perjuang nasib oarng melayu dan orang islam mereka semua takkan bergabung dengan parti dari PKR dan DAP.Kalau kita lihat majoriti exco dibawah pimpinan Dr. Seri Nizar...seramai-ramainya kaum bukan islam...macam mana kita nak pertahan dan memartabatkan kaum sendiri kalau diri pemimpin kita dikelilingi oleh kaum bukan melayu dan kaum itulah yang majoritinya bersuara.Fikirlah sendiri.Yang Baik itu Datangnya dari Allah dan segala kelemahan itu adalah diri saya sendiri.Akhir kata saya menyokong kata2 Azaufi87.itulah maksud saya yang sebenarnya.

azaufi87 said...

Sultan tentukan siapa MB

Oleh KAMILIA IBRAHIM

Undang-Undang Tubuh Negeri Perak memberi kuasa mutlak Sultan sebagai penentu kuasa pemerintahan mutakhir kerajaan negeri.

Perak ditadbir di bawah sistem Raja Berperlembagaan dan Demokrasi Berparlimen. Mengikut Perlembagaan Negeri Perak, Sultan mempunyai kuasa memerintah tertakluk di bawah peruntukan Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Perak. Mengikut Perkara 7 undang-undang tersebut, Sultan memerintah mengikut undang-undang dan dikehendaki berlaku adil terhadap semua rakyat.

Perkara 10 pula menyatakan, baginda mempunyai kuasa eksekutif tertakluk kepada peruntukan undang-undang tersebut dan juga Perlembagaan Persekutuan. Perkara 11 pula menyebut, semua tindakan eksekutif yang diambil oleh kerajaan negeri Perak hendaklah disebut di atas nama Sultan.

Dalam melaksanakan pemerintahan, Sultan hendaklah melantik seorang Menteri Besar seperti yang diperuntukkan dalam Perkara 12. Baginda mempunyai kuasa mutlak menentukan siapa yang akan menerajui pucuk kepimpinan pemerintahan negerinya. Ia bermaksud, pelantikan Menteri Besar Perak akan ditentukan oleh Sultan. Ketetapan itu diperuntukkan dalam Perkara 16 (2) (a) dan perkara 18 (2) (a).

Dalam melaksanakan kuasa pelantikan di bawah Perkara 16 (2), Sultan hendaklah melantik seorang Menteri Besar daripada kalangan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang pada pendapatnya akan mendapat kepercayaan sebilangan besar ADUN lain.

Beliau sudah pasti telah mendapat kepercayaan rakyat kerana menang pada pilihan raya menerusi proses demokrasi. Majoriti ADUN juga perlu menyokong dan memberi kepercayaan. Sultan juga melantiknya kerana yakin beliau akan mendapat kepercayaan tersebut.

Dalam keadaan di Perak pada 4 Februari lalu, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin telah tidak mendapat kepercayaan sebilangan besar ADUN apabila dua ADUN-nya diminta mengosongkan kerusi. Dengan sendirinya kepercayaan terhadap beliau terhakis kerana Nizar menjadi Menteri Besar pada Mac 2008 berdasarkan kepercayaan 31 ADUN. Jumlah itu tinggal 29 dan kemudiannya merosot kepada 28.

Apabila keadaan itu berlaku, beliau mengumumkan pembubaran DUN dan kemudian memohon menghadap Sultan untuk mendapatkan persetujuan bagi membubarkan Dewan Undangan Negeri Perak itu.

Mengikut Perkara 18 (2) (b), Sultan boleh bertindak menurut budi bicaranya untuk tidak mempersetujui permintaan bagi membubarkan DUN tersebut. Seperti yang termaktub dalam Perkara 7, Undang-Undang Tubuh Negeri Perak, Sultan akan bertindak adil terhadap rakyatnya berdasarkan undang-undang.

Sultan perlu mempertimbangkan sedalam-dalamnya dan mengambil kira permohonan itu sebagai permintaan adil bukan sahaja kepada DUN tetapi juga rakyat.

Seorang Menteri Besar hanya akan memohon pembubaran DUN apabila tidak lagi mendapat kepercayaan sebilangan besar ADUN. Apabila seseorang Menteri Besar tidak lagi mendapat kepercayaan, maka ia bermakna beliau tidak lagi boleh menjadi Menteri Besar.

Secara automatik kerajaan dan jemaah exconya tidak lagi berfungsi melainkan diberi mandat baru oleh rakyat pada pilihan raya baru.

Baginda Sultan mempunyai kuasa untuk tidak mempersetujui pembubaran DUN. Apabila baginda tidak memperkenankan pembubaran itu, maka secara automatik, jawatan Menteri Besar dan jemaah exco akan digugurkan. Peraturan ini bertepatan dengan Perkara 16 (6).

Mengikut Undang-Undang Tubuh Negeri Perak, jelas Sultan mempunyai kuasa bertindak untuk melantik Menteri Besar baru dan sekali gus penubuhan kerajaan negeri yang baru. Jelas juga bahawa kuasa Menteri Besar dan Exco lama akan gugur dengan sendirinya.

Setelah Menteri Besar tidak lagi boleh berfungsi maka Sultan boleh melantik Menteri Besar baru. Dalam situasi di Perak, jumlah ADUN BN ialah 28 dan tiga lagi ADUN mengisytiharkan keluar dari barisan pembangkang berdiri atas tiket Bebas serta menyokong BN.

Apabila Sultan mendapati seorang ADUN BN boleh mendapat kepercayaan sebilangan besar ADUN lain maka baginda membuat pelantikan baru. Pelantikan Menteri Besar baru adalah sah di sisi undang-undang Perlembagaan dan juga aspek prosedur.

Maka tidak timbul persoalan Perlembagaan dan undang-undang tidak dipatuhi. Apa yang berlaku pada Mac 2008 ialah Nizar menghadap dan memberitahu Sultan bahawa beliau mendapat kepercayaan 31 ADUN. Sultan telah melantik beliau sebagai Menteri Besar dan jawatan itu dipegangnya sehingga beliau hilang kepercayaan tersebut.

Apabila BN pula mendapat kepercayaan 31 ADUN, maka Datuk Dr. Zambry Abdul Kadir telah dilantik sebagai Menteri Besar mengikut kaedah dan peraturan yang sama bagi memenuhi peruntukan Undang-Undang Tubuh Negeri Perak. Malah Sultan telah berjumpa dan menemu bual semua ADUN Bebas yang secara peribadi memberi pengakuan menyokong BN untuk menerajui kerajaan Perak.

Tambahan pula Sultan telah mengambil kira keadaan politik semasa yang mana pilihan raya umum baru diadakan dan telah yakin tentang perlunya penubuhan segera kerajaan baru. Ia bertujuan untuk tidak menangguh dan melewatkan jentera kerajaan berjalan demi kestabilan dan kesejahteraan rakyat. Ini kerana Sultan berkuasa dan bertanggungjawab memastikan negeri Perak dalam aman dan sejahtera.

Dalam keadaan itu, Sultan tidak perlu membubarkan DUN walaupun Nizar mengemukakan permintaan itu. Sultan boleh menolak mengikut undang-undang Perak. Ia adalah hak dan kuasa mutlak Sultan.

Tidak perlu undi tidak percaya di DUN sebelum pelantikan Menteri Besar baru kerana Nizar sendiri telah menghadap Sultan menyatakan sudah tidak ada kepercayaan untuk dirinya terus menjadi Menteri Besar apabila beliau sendiri memohon membubarkan DUN.

Nizar tidak perlu meletak jawatan kerana perbuatan memohon pembubaran DUN itu sendiri dianggap satu peletakan jawatan kerana beliau dengan sendirinya sudah tidak ada mandat untuk berfungsi sekali gus turut menggugurkan jawatan kesemua exconya.

Namun Nizar berdegil menyatakan beliau masih Menteri Besar Perak. Sebenarnya daripada sudut undang-undang beliau tidak lagi menjadi Menteri Besar. Zambry kini sah menjadi Menteri Besar Perak. Perintah mahkamah boleh diambil terhadap Nizar kerana melanggar perintah Sultan.

Adalah malang apabila kuasa Sultan dicabar. Mengikut undang-undang Perak, Sultan mempunyai enam prerogative dalam Perkara 10 Bahagian ll yang jelas menunjukkan kuasa Sultan dalam isu penghormatan, keadilan, keampunan, agama, adat Melayu dan tanah. Kuasa Sultan jelas dan nyata serta sedia tertulis.

Satu perlembagaan bertulis adalah undang-undang yang sangat jelas dan mudah dilaksanakan berbanding perlembagaan di England yang tidak bertulis dan perlu mengikut konvensyen. Justeru, kita amat mudah untuk melaksanakan semua tindakan dan perintah Sultan.

Sebagai anak negeri Perak saya amat kesal dengan tindak-tanduk Nizar dan segelintir orang Melayu yang tidak menghormati Sultan. Ia dijelaskan dengan insiden di depan Istana Iskandariah, Jumaat lalu.

Oleh itu saya rasakan kita perlu mewujudkan satu sekretariat untuk memastikan institusi kesultanan Melayu terus dipelihara dan dipertahankan agar tidak digugat oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

Sekretariat ini juga akan memastikan kedaulatan serta martabat kesultanan Melayu tidak tercemar dan dipersenda. Selain itu kewibawaan institusi tersebut sebagai pemutus kata dalam hal penubuhan kerajaan serta pelantikan ketua kerajaan berasaskan demokrasi berperlembagaan terus kekal, tidak boleh disangkal dan dipersoalkan.

Penubuhan sekretariat itu juga penting untuk mempertahankan institusi kesultanan Melayu sebagai pelindung hak orang Melayu dan kepentingan semua kaum, menegakkan kesultanan Melayu sebagai penaung dan pelindung agama Islam sebagai agama rasmi negeri dan Persekutuan yang kini dipertikai serta diragui. Ia juga akan berfungsi untuk mengembalikan kepercayaan kepada institusi Sultan sebagai institusi tertinggi negara.

Apa yang nyata rakyat Perak perlu faham tentang kedudukan Sultan yang tinggi dan perintah Sultan perlu dipatuhi tanpa dipersoal atau diragui. Kita tidak boleh membawa isu institusi kesultanan ke jalanan.

DATUK KAMILIA IBRAHIM ialah PengerusiBiro Undang-Undang, Wanita UMNO Malaysia.

Sumber: utusan malaysia 11 feb 2009

baca betul-betul tau..
fahami maksudnya secara mendalam..
jgn lepas ni protes plak..
kate tu lah, kate ni lah..
sori klu menyinggung perasaan sesiapa...

Anonymous said...

Cik Zulaikha, Al-quran / ALLAH tak ajar hina kaum lain. ilmu ugama tak ajar hina orang lain. Exco kaum lain tidak patut dihina. Malaysia perlu pemimpin yang betul-betul berkhidmat untuk rakyat Malaysia, bukan utuk satu kaum atau utuk persendirian.

Anonymous said...

UMNO perompak bangsa dan negara....