Bukankah suatu yang tidak masuk akal apabila urusan pembelian beras luar ke Malaysia hanya dikuasai ( jika tidak dimonopoli ) oleh sebuah syarikat sahaja, dan syarikat itu pula disenaraikan di bursa saham yang membuka risiko pemilikan orang asing. Pertama, bijakkah Bernas sahaja menguasai pembelian beras luar? Kedua wajarkah pemilikian dan penguasaan syarikat yang menguruskan makan minum rakyat ini, didedahkan kepada sesiapa sahaja?
Apakah kerajaan langsung tidak dapat berfikir dengan teliti, dan berfikir dalam jarak jangkauan lebih jauh sedikit dalam hal seperti ini?
Lihat sahaja hujah Pak Lah apabila membatal atau menangguhkan pembinaan jambatan kedua Pulau Pinang. Alasan lemahnya, harga barang naik menyebabkan kosnya meningkat dan reka bentuk tidak sesuai. Terfikirkah kita, projek besar sebegini ditamatkan dengan hujah tersebut?
Lihat lagi apa laporan Malaysiakini:
"Gagasan Badan Ekonomi Melayu (Gabem) mendakwa 30 peratus saham Padiberas Nasional Bhd (Bernas) dikuasai oleh sebuah negara luar.
Bernas merupakan sebuah syarikat yang tersenarai di
"Saham Bernas telah dibeli secara konsisten oleh pihak tertentu sehingga mereka kini menguasai 30 peratus sahamnya," kata pengerusi Gabem, Tan Sri Abdul Rahim Tamby Chik.
Ekoran itu, Bernama memetik beliau sebagai meminta kerajaan menyediakan dana untuk membeli semula semua saham yang dimiliki oleh syarikat luar itu dan Bernas kembali dikuasai sepenuhnya oleh kerajaan.
"Ini juga untuk mengurangkan permasalahan beras selain lesen pengagihan beras diberikan secara saksama kepada bumiputera," katanya kepada pemberita di Melaka malam semalam.
Rahim berkata, kerajaan diminta menguasai kembali 100 peratus saham Bernas
atau memastikan ia dijadikan syarikat berkaitan Kerajaan (GLC) demi menjaga kepentingan nasional ketika krisis makanan kini."
Setahu saya, hanya
Menurut menteri berkaitan, bekalan beras negara masih lagi mencukupi, belum ditambah dengan stok penimbal yang disimpan oleh Bernas.
Masalah yang rakyat deritai hari ini bukanlah stok ada atau tiada. Tetapi apa yang sedang ditanggung ialah harga beras telah meningkat terlampau tinggi. Sekampit beras yang biasa saya beli pada harga kurang lebih RM21 telah meningkat kepada RM29. Bukankah itu melambung namanya?
Entah lah, bijakkah menteri-menteri kita menguruskan kepentingan umum yang sangat berkaitan dengan warga marhaen dan miskin Malaysia ini, ketika mereka sedikitpun tidak menderita atas apa yang berlaku.
2 comments:
Tulisan yang menarik sehingga ada orang menghantar kepada saya... dan minta komen..
Saya komen dalam blog saya ibnuhasyim.blogspot.com
Assalamualaikum wrt wbt.
Selamat datang tuan. Terharu saya bila orang macam tuan sudi menjenguk blog saya ini, kemudian meninggalkan komen dan pesanan.
Nanti saya akan meninggalkan komen di blog tuan. Tadi saya dah tulis, cuma ada masalah, tak keluar pulak.
Saya sedang belajar menulis sebenarnya. kalau ada bimbingan drp tuan, alhamdulillah. Sejak daripada zaman remaja saya, saya sudah ada cita2 menulis buku politik, mcam tuan lakukan.
Doakan...
Terima kasih. Wassalam. Silalah jenguk lagi dan berikan komen mengajar.
Post a Comment