19.5.08

Tun Mahu Pilihan Raya Semula, Najib PM dan Mukhriz KP?

Perihal keluarnya Tun daripada Umno, Malaysiakini melaporkan:


"Ahli Majlis Tertinggi (MT) Umno, Datuk Shahrir Samad, yang juga Menteri Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna berkata, keputusan Dr Mahathir amat mengejutkan dan mungkin mendorong ramai lagi turut meletakkan jawatan dan sekaligus memaksa Abdullah mengadakan pilihanraya umum baru.

Keputusan Dr Mahathir itu, tambahnya, boleh mengakibatkan situasi di mana ramai ahli Parlimen Umno mungkin turut meletakkan jawatan. Jika itu berlaku, kata Shahrir yang juga ahli Parlimen Johor Bahru, kerajaan tidak mempunyai pilihan, kecuali menubuhkan sebuah kerajaan baru atau mengadakan pilihanraya umum baru. "


Saya yang kurang arif dengan politik Umno ini, sebenarnya tertanya-tanya juga apabila Shahrir mengulas dengan cepat hal ini dan terus mengingatkan rakyat ( baca: ahli Umno ) kepada pilihan raya umum yang baru. Saya seterusnya termenung memikirkan, apakah semua ini telah diatur dengan baik, demi kepentingan Umno? Saya pun membuat andaian mentah tanpa kajian:

  1. Mula-mula Tun keluar.
  2. Kemudian ramai yang akan ikut, kerana mustahil Tun akan keluar berseorangan
  3. Tun cuba gambarkan Umno akan musnah dengan kelemahan Pak Lah
  4. Pak Lah pula menegaskan Umno akan musnah jika tiada pilihan raya umum awal, setelah Umno dikhianati Tun
  5. Tun salahkan Pak Lah, Pak Lah salahkan Tun khianat dia dan Umno
  6. Sebenarnya, kedua-duanya takutkan Anwar jadi PM
  7. Pilihan raya umum diadakan, SPR telah sediakan pelan paling jahat untuk tumbangkan PR.
  8. Umno diharapkan menang besar, dan Pak Lah letak jawatan dalam aman dan cemerlang, Najib naik jadi PM, dengan syarat, Mukhriz jadi KP ( bakal PM ) dan keluarga Pak Lah bebas berniaga dan selamat.
  9. Tun menyerang awal Pak Lah dengan perancangan ini, supaya beliau tidak dimangsakan dengan isu video Lingam.
  10. Jika Tun dimangsakan, mungkin Pak Lah tidak sempat menjadi PM semula selepas pilihan raya baru nanti dan lebih berisiko kepada keluarganya, termasuk Khairy.


Malaysiakini terus melaporkan :

"Sementara itu, lamanweb akhbar the Star memetik ketua penerangan Umno, Tan Sri Muhammad Muhammad Taib sebagai berkata beliau terperanjat dengan keputusan Dr Mahathir keluar dari Umno. Bagaimanapun, katanya, setiap ahli mempunyai hak untuk menyertai atau meninggalkan parti. Ditanya sama ada Umno akan mengadakan mesyuarat tergempar berhubung perkara itu, Muhd Taib menjawab "kita akan tunggu dan lihat"."


Bagi saya, MM Taib tidak tahu perancangan ini, kerana beliau adalah orang lama yang dihidupkan semula oleh Pak Lah, maka beliau hanya taat kepada Pak Lah. Saya juga percaya, langkah Tun ini selepas ada persefahaman dan perjanjian tertutup dengan Najib Razak.

Begitulah saya mengandaikan peristiwa ini.


3 comments:

fadzli said...

Telahan menarik.Tapi sefaham saya,jia pilihanraya diadakan,ia hanya melibatkan parlimen dan bukan DUN,sbb DUN tak perlu ikut,just nak determine dan dapat mandat balik,cuma bubar Parlimen.

Insya allah negeri PR akan stay 4-5 tahun

babazahra' said...

boleh stand dalam election semula ke kalau dah resign? atau BN terpaksa bagi fresh meat. sure kena tolak. aku tak rasa pak lah sebodoh itu. Firaun itu akan mati kekeringan sendirian sebagai bukan ahli parti yang ditubuhkannya.

OMAR EL-BARITII said...

Pening sebenarnya fikir hal ini. Antara perancangan Tun atau kebodohan Tun akibat sumpahan/doa mangsa zalim beliau sepanjang pentadbirannya di Malaya ini.

Memang bodoh kalau Pak Lah resign. Tapi, jika semua orang desak untuk dia buat kerja bodoh itu, siapa yang akan mempertahannya selain Khairy dan Kamaluddin?

Memang tak nampak tanda-tanda insaf pada Tun...

Eh Tun ke Firaun yek? Mmm Tun Firaun boleh?