4.6.08

Ayuh Ke Putrajaya

Saya selalu bisikkan di dalam hati, kekalahan pimpinan PAS tertentu dalam pilihan raya lalu ada hikmahnya. Saya selalu katakan, antara hikmahnya ialah mereka mempunyai banyak masa untuk menumpu kepada parti dan kerja jamaah secara spesifik.


Kali ini, malam ini, saya menambah, mereka boleh membuat kerja-kerja parti yang berisiko tinggi berbanding pimpinan yang memenuhi dewan parlimen. Malam ini, apabila kita masing-masing bergegas ke stesen petrol untuk menjimatkan 40 peratus daripada harga minyak esok hari, saya percaya mereka yang saya sebutkan tadi boleh bersiap-siap untuk ke Putrajaya.


Kali ini, bukan kerana agenda perundangan kita ke Putrajaya, bukan kerana ada perbicaraan kes murtad kita beramai-ramai, bukan untuk memerintah pusat, belum lagi, bukan untuk melihat api percikan jutaan ringgit, tetapi untuk membawa warga marhaen membantah kenaikan harga petrol.


Saya sudah nampak, Abang Mat, Abang Shamsul Iskandar, Ustaz Idris, Chegu Bard beserta Roslan SMS ( saya setuju tulisan Roslan supaya berhati-hati ) dan ramai lagi yang kalah akan mengetuai bantahan di Putrajaya. Saya harapkan pada hari Jumaat ini ianya diadakan kerana saya cuti, atau pada hari Ahad, sehari selepas kenduri saya.


Saya tidak kisah jika pimpinan yang menang tidak turun, kerana risikonya amat tinggi. Jangan kerana naik minyak, semua terlucut kelayakan di parlimen!


Saya tidak kisah jika ada yang berkata, tidak perlu, tidak mengubah apa-apa, tidak bertamadun dan macam-macam tidak. Saya harapkan parti jangan lupa derita warga marhaen. Apalah erti rebat yang diuar-uarkan jika semuanya naik selepas minyak naik?


Bayangkan kelompok miskin yang tiada kereta dan motorsikal. Tiada rebat yang mereka perolehi, tiada kenaikan minyak yang dirasai, tetapi apakah mereka terselamat daripada kenaikan harga barang. Bodohlah jika ada pemimpin yang sangat yakin dan mengatakan barang akan dikawal dan dipantau oleh kerajaan demi kebaikan rakyat...Tak guna jika hanya mencampakkan gula-gula tawar.


Jangan lupa perasaan warga marhaen. Ayuh ke Putrajaya!

No comments: