16.6.08

Siasah Syariyyah Di Negeri PR-Respon Terhadap Komen

Anonymous said...

Kan Karpal sudah kata..PAS memang akan tunjuk belangnya....kalau nak buat macam yang PAS nak berdiri di atas kaki sendirilah. Jangan masuk PR. Macam perlakuan orang Israel jugak perangai PAS!
Pooda...

15 June, 2008 21:57

Elbaritii: Sebelum berbangkit isu PAS tunjuk belang ( tanpa ambil kira benar atau tidaknya ) apakah kenyataan Lim Guan Eng sebaik sahaja mentadbir Pulau Pinang sebagai tindakan menghormati Pakatan Rakyat? Apakah Melayu PAS tidak tersinggung dengan penolakan totalnya terhadap DEB? Pakatan Rakyat tiada dasar penyatu yang jelas. Kerjasama hanya atas dasar bersama menjatuhkan kezaliman BN dan bekerja untuk kebajikan rakyat. Selain itu, memang setiap parti berdiri atas dasar sendiri. Beranikah anda menegaskan DAP telah menolak Malaysian Malaysia kerana menghormati PR dan PAS?

Anonymous Anonymous said...

I and many others, including liberal Malays and women are counting on PKR and DAP not to betray us to the PAS Taliban/Al-Qaeda wolfs (in sheep clothing though)! There're more urgent things for the good of all rakyat, rather than just to focus on women and girls' clothing (the veil is not compulsory in Islam anyway!)and other so-called laws! They keep on wanting to primitively and barbarically implement religion by the "sword"! And these Mullahs should know that Malays and Muslims are diverse, besides Malaysia is not an Islamic nation-state! And we should be thankful that we have such dynamic multiculturalism and diversity! But one thing we should not have is, and to stand up firmly against, is to be dominated by Taliban/Al-Qaeda homogenous way of thinking and life, which seemed to be increasingly influencing unhealthily these pathetic PAS youths!

Noor Aza Othman;
Women for Justice Support group Project.

15 June, 2008 22:47

Elbaritii: Kalau PAS mahu melaksanakan dasar dan kongkongan seperti tindakan Taliban di Afghanistan, PAS tidak akan buat kerja bodoh dengan menghabiskan masa, tenaga, wang ringgit untuk perjuangkan demokrasi, yang akhirnya segala hasil yang diperolehi diikuti dengan perlakuan seperti apa yang anda panggil ala Taliban. Bukankah lebih baik "kami" rampas Malaysia secara Taliban jika kami mempunyai matlamat pentadbiran dan pemikiran ala Taliban? Kenapa kami mencari jalan jauh untuk mentalibankan anda semua? Idea di bawah kasut penjajah!

Anonymous said...

salam wbt

Noor Aza Othman, i just want to share my humble thoughts here and hopefully we can engange in a meaningful discussion, if you are willing to inshaALlah

we need to understand that Islam is not merely a religion where we pray, fast, pay zakat etc. its more than that. in the Qur'an ALlah clearly says that Islam is A WAY OF LIFE.. a way on how to lead your life to be successful both in this world and in the Next. and this is not beyond logic. we agree that we need laws, regulations to lead our lives right? [imagine, if theres no laws, people can do anything they want, including killing other people as they like!] and this is what Islam provide us with - a 'manual', a guidance to lead a peaceful life. in other words, Islam is more of a system, like sosialism is for example. Islam is not to be practiced in certain part of your life only, because in truth Islam is your life, when you decide to be a Muslim..

i can go on and on writing about this, but the bottom line is, me and PAS members believe that Islam is the solution to all the misery in this world right now.. and im referring to the true teachings of Islam based on the Qur'an and the Sunnah. OUR God, ALlah is our Creator, and He Knows Best.. we only need to implement what He Says. as human, our knowledge is far from perfect..

wallahua'alam. may He Guide us All

16 June, 2008 05:40

Elbaritii: Thanks and much appreciated.

Anonymous said...

owh and by the way, i think if you believe that the Qur'an is the Message from God, you would agree then that its compulsary for Muslims women to cover up:-) and another thing, we are not against multiculturism and diversity here. in fact, theres a verse in the Qur'an which encourage us to 'know one another' of different tribes and cultures. the issue is not about multiculturism. Islam is universal - it belongs to Malays, Chinese, Indians, Arabs etc if you profess the shahadah:-)

16 June, 2008 05:48

Elbaritii: Again, thanks and may Allah bless us.


Abu Ihsan Elbaritii said

Salam dan selamat sejahtera.
Terima kerana meninggalkan komen. Nanti saya akan menjawab apa yang boleh dan patut dijawab.

Terima kasih

16 June, 2008 07:54

Irfan said...

Apa yang kami ingin lihat agar perlaksanaan hukum Islam yang akan dilakukan oleh PAS itu lebih baik dari apa yang telah sedia ada sekarang ini.

Saya tidak pasti yang DAP atau PKR akan menerima baik perlaksaan Islam dinegeri mereka.

DAP menaikkan gaji KAFA adalah untuk mempastikan keadilan sosial, Jadi janganlah PAS terlebih perasan bahwa ia dilakukan kerana menghormati parti PAS.

16 June, 2008 11:10

Elbaritii: Sudah tentu PAS akan cuba melakukan yang lebih baik. Tetapi, apakah Pemuda PAS boleh melaksanakan segala idea mereka begitu sahaja? Ohhh apakah kita sudah tidak rasional berfikir? Apa benar Pemuda PAS mahu laksanakannya atau hanya kemukakan pelan pelaksanaan kepada pemerintah? Lojikkah anda bertanya apakah DAP boleh menerima baik pelaksanaan Siasah Syariyyah di Pulau Pinang?

Seterusnya, tiada siapa yang menyatakan kenaikan elaun itu kerana penghormatan DAP terhadap PAS. Sudah keringkah idea DAP sehingga begitu caranya mereka menghormati PAS. Itu hanya serkap anda dan kemudian meletakkannya di bahu PAS?

Serious Shepherd said...

Pada pendapat saya, orang bukan Islam fobia dgn perkataan undang2 syariah atau yg hampir atau seangkatan dengannya kerana takut 'ditindas' seperti di Afghanistan, Iran dan Arab Saudi, sebagaimana kita fobia jika Perdana Menteri Malaysia dari bukan Islam kerana takut jadi seperti umat Islam di Selatan Thailand, Selatan Filipina dan Bosnia-Herzegovina. Jadi jangan terkejut kalau mereka mudah ditakutkan dengan berita macam ni. Kalau mereka takut, kita pun takut jugak.

16 June, 2008 16:22

Elbaritii: Pertama, saya setuju fobia itu wujud.

Kedua, sila sebutkan apakah penindasan yang dilakukan terhadap non-Muslim di Afghanistan, Iran dan Arab Saudi? Apakah pembunuhan Taliban terhadap tentera dan perisik asing di Afghanistan dianggap penindasan? Apakah penangkapan terhadap non-muslim di negeri perang yang segalanya berkemungkinan ( dalam situasi perang ) dianggap penindasan? Apakah Afghanistan bukan mangsa penindasan non-muslim yang zalim?

Apa penindasan terhadap non-muslim di Arab Saudi? Kerana mereka dimestikan memakai pakaian serba gelap dan serba-serbi ditutup? Tahukah anda warga negara USA di Arab Saudi ditatang oleh negara itu?

Mereka yang takut ini hanya takut kepada bayang2 semata2, khususnya bagi yang beragama Islam. Bagi non-muslim, apakah kita pelik dengan penolakan mereka? Sudah tentu tidak. Saya hanya pelik apabila wanita bernama Noor Aza Othman lantas dan pantas menuduh Siasah Syariyyah itu ibarat perlakuan Taliban. Tahukah dia apakah Siasah Syariyyah?


" Salahkah jika kita ingin menghadkan premis penjualan arak?
Pertanyaan yang sama, ibaratnya, salahkah kerajaan Britain menghalang penjualan arak di dalam universiti negara itu kerana ingin menghadkan penjualan dan memahami buruknya minuman tersebut. Apakah mereka menerima tindakan di Britain itu ( dan negara2 lain ) kerana bukan atas nama agama?

Contoh kedua, ibarat Britain menghalang pelajar perempuannya memakai seluar dalam ke sekolah ( semua negara tak boleh saya rasa ), salahkah Kedah menghalang pekerja wanita di negeri itu memakai seluar dalam semata-mata ke pejabat? Tentu tak salahkan! Jika kita semua bersetuju, salahkah kita bersetuju kerajaan Kedah menghalang pemakaian skirt singkat, baju dedah dada dan seluar menjerut pinggul wanita ke pejabat?

Barat menolak seluar dalam semata2 dan mungkin membenarkan yang selainnya. Kita pula menolak semua di atas kerana agama dan ketimuran. Apa masalahnya? Juga, apakah salahnya jika Kedah contohnya, menghalang pemakaian menjolok biji mata ke tempat peranginan seperti air terjun dan pantai di Pulau Langkawi?

Siapakah sebenarnya yang berkecamuk dan terkeliru? Siapakah yang sebenarnya mendiskriminasi?

Tentang pemakaian tudung, apakah Pemuda PAS mencadangkan ianya diwajibkan atau tidak ke pejabat, itu saya belum tahu. Tunggu saja pelan cadangan mereka."


Elbaritii: 5 perenggan terakhir di antara dua tanda " dan " telah diedit oleh saya daripada tulisan asal yang tidak jelas dan agak mengelirukan. Maaf!

2 comments:

Anonymous said...

Rileks la brader, saya tak kata ditindas tetapi 'ditindas' iaitu ditindas dari perspektif orang bukan Islam yang mendengar berita dari sebelah pihak sahaja iaitu Barat. Contohnya kuil Hindu dimusnahkan di Afghanistan tetapi tidak tahu pula yang tindakan tersebut adalah serangan balas terhadap pemusnahan Masjid Babri.

Kalau setakat tatang askar US, kita lagi dahsyat. USS Kitty Hawk boleh berlabuh di Pelabuhan Kelang 3 hari sebelum kita menyambut ulangtahun kemerdekaan yang ke-50. Ataupun RAMD berkawal di Istana Buckingham.

Elbaritii said...

Ok sorry, silap faham.