17.6.08

Pertanyaan Kepada Pemuda PKR Dan DAP

Saya ingin bertanya kepada Pemuda PKR dan DAP, ketika satu kenyataan tanpa mesyuarat dan perbincangan dilontarkan oleh seorang exco kerajaan negeri Selangor beragama Kristian berkaitan pembinaan rumah ibadat non-muslim di Selangor, yang jelas menyinggung umat Islam, apakah anda semua mendengar kami bertempik membantah? Apakah ini membantu Pakatan Rakyat kukuh dan teguh?

Ketika Selangor mengutamakan projek babi yang langsung tidak termasuk dalam manifesto PKR dan DAP, apakah Pemuda PAS membantah secara terbuka atau cuba mempertahankannya?

Jika anda semua sentiasa fobia dengan nama syariah disatukan dengan kalimah perundangan, jangan pula sentiasa merasakan setiap tindakan dan kenyataan anda menyenangkan semua pihak. Belajarlah menghormati dasar parti rakan anda.

Pertanyaan seterusnya kepada Pemuda DAP dan PKR, apakah anda tahu apa itu siasah syariyyah? Untuk panduan anda, contoh siasah syariyyah yang dilakukan oleh sahabat Nabi saw ialah membina penjara, perpustakaan, baitul mal. Apakah semua ini dibenci oleh DAP dan PKR?

Jangan bercakap perkara yang anda tidak tahu...Mungkin Lim Guan Eng boleh mengajar anda selepas beliau habis mengkaji sejarah Umar Bin Abdul Aziz.


2 comments:

Anonymous said...

bagi pendapat saya jika dap dan pkr tak boleh terima apa yang dicadang oleh pemuda pas lebih baik pas tarik diri dari pakatan rakyat dap ingat parti dia kuat sangat kita mesti yakin jika kita mencegah kejahatan kerana allah pasti suatu hari tanpa dap dan pkr kita parti pas akan berjaya

ABU IHSAN ELBARITII said...

Saya fikir berbising-bising dalam Pakatan Rakyat lebih baik drp PAS keluar darinya. Keluarnya PAS atau sesiapapun akan menaikkan semula BN yang zalim itu.