17.6.08

Syariah: 'Jangan Gagalkan Pakatan' - DAP dan PKR

Di bawah ini adalah laporan oleh Malaysiakini.

Satu sahaja persoalan saya di sini, selain persoalan-persoalan dalam entri di bawah. Apakah Pakatan Rakyat akan gagal dengan setiap parti mahu memperjuangkan dasar masing-masing atau setiap parti sibuk untuk membantah dasar parti rakan?

++++++++++++++++++++++


Abdul Rahim Sabri | Jun 16, 08 4:35pm

Pemuda DAP dan PKR menggesa rakan sepergerakannya dalam PAS agar menfokuskan agenda membentuk kerajaan Pakatan Rakyat yang bersih dan adil, bukannya melaksanakan pentadbiran Islam.

Pergerakan Pemuda dua parti itu juga menggesa Pemuda PAS agar memikir kembali saranannya untuk menegakkan peraturan Islam seperti pengharaman tempat perjudian, menghadkan premis penjualan arak dan etika pakaian di pejabat.

Setiausaha Pemuda DAP, Anthony Loke Siew Fook dan naib ketua Angkatan Muda (AMK) PKR, Amiruddin Shari diminta mengulas kenyataan naib ketua Pemuda PAS, Sabtu lalu.

Azman Shapawi Abdul Rani dilaporkan berkata Pemuda PAS kini dalam proses merangka agenda untuk melaksanakan undang-undang Islam di lima negeri Pakatan.

Loke (foto, baju putih) berharap PAS menghormati gabungan Pakatan Rakyat yang terdiri daripada tiga parti, termasuk DAP dan PKR.

"(DAP) tidak bersetuju dengan mana-mana undang-undang yang dilaksanakan dari sudut agama, terutama pelaksanaan undang-undang Islam dalam masyarakat majmuk di Malaysia," katanya kepada Malaysiakini.

"Jangan gagalkan agenda Pakatan Rakyat.

"Fokus kepada perkara pokok iaitu, menjaga kebajikan (rakyat) tanpa mengira kaum dan agama, membanteras rasuah dan memastikan pentadbiran (negeri) telus dan bersih dalam kerajaan Pakatan Rakyat," tambahnya, yang juga ahli parlimen Rasah.

"Tidak ada satu parti yang boleh mengemukakan dan melaksanakan agenda sendiri tanpa rujukan dan persetujuan kepemimpinan Pakatan Rakyat."

Amiruddin (foto kanan) pula berkata saranan PAS itu menjadi "hak parti tersebut" tetapi ia memerlukan perbincangan lanjut dan parti Islam tidak harus terburu-buru melaksanakannya.

"Yang penting, kita perlu tubuhkan kerajaan yang adil, bersih, telus dan tidak korup," katanya.

"Membanteras rasuah adalah perkara yang dipersetujui bersama pada peringkat awal pembentukan pakatan rakyat."

Lagipun, tambah wakil rakyat Batu Caves, PAS tidak meletakkan idea negara Islam atau undang-undang Islam dalam manifesto parti itu ketika pilihanraya Mac lalu.

Pakatan Rakyat harus bergerak dengan asas-asas yang dipersetujui bersama pada peringkat awal pembentukan gabungan tersebut, kata Amiruddin.

"Keutamaan AMK, ialah menunaikan janji yang terdapat dalam manifesto pilihanraya 2008," jelas Amiruddin.

No comments: