4.7.08
Semakin Pudar Minat Mengikuti Impian DSAI
Bismillah
Nampaknya, saya sudah semakin pudar minat mengikuti galur impian DSAI ke Putrajaya. Bukan kerana kes liwatnya, bukan kerana Bala menarik semula akuan sumpahnya, bukan kerana PKR dengan masalah dan lecehannya, tetapi kerana janji-janji Anwar yang selalu tertangguh, kenyataannya yang selalu berwajah kepentingan politik dan strategi individunya yang terlalu optimis tanpa asas.
Sejak April lalu, tiada apa yang berlaku. Pengumuman 4 orang BN ditangguhkan atas alasan suasana politik, termasuk kes liwat, sedangkan Azmin dilaporkan memberitahu malam ceramah di Malawati nama mereka akan diumumkan. Azmin memaklumkan perkara itu bukannya sebelum kes liwat dan bukannya sebelum Anwar ke Kedutaan Turki.
Saya sudah tidak berminat bukan juga kerana saya merasakan Anwar menipu, tetapi saya sudah malas mengikuti sesuatu yang belum pasti. Rakyat seperti terikat dengan sesuatu yang masih di awang-awangan. Semacam tertipu, walau tidak ditipu.
Daripada Presiden PAS dan Timbalannya serta AJK PAS Pusat terikut-ikut impian Anwar ke Putrajaya, lebih baik bertungkus-lumus membantu mengukuhkan Pakatan Rakyat di Kedah dan Perak yang diMenteri Besarkan oleh PAS. Bukanlah saya menuduh pimpinan utama PAS dengan pandangan negatif, sekadar mengutarakan cetusan hati.
Ya, maksud saya, biarlah Anwar dengan perancangannya, dan kita, mari tumpukan kepada perkara semasa yang lebih aula diselesaikan.
"Rangkullah apa yang ada di hadapan kita"
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
3 comments:
Saya amat bersetuju dengan Ustaz. Bosan dengan janji2 yang tak pasti. Saya ada terbaca kata2 Dr Aziz Bari, mengapa menunggu 16 September, jika ia pasti teruskan segera, jika boleh esok juga.
Kesederhanaan adun PAS amat saya selesa tanpa berpolemik dengan cita-cita untuk memerintah negara. Penat dengan cerita yang penuh dengan kesamaran.
Saya secara peribadi lebih bersetuju pemerintahan dapat melalui dengan pilihanraya, walaupun penuh dengan penipuan tetapi kemenangan 5 negeri menunjukan harapan masih ada dalam pilihanraya.
Bagaimana jika gagal bentuk pada 16 September? Saya fikir, amat memburukkan imej dan maruah DSAI.
ya, setuju. Jangan sampai yang dikendong berciciran, yang dikejar pun tak dapat. Lebih parah lagi kerana kita hanya jadi penonton kepada si pengejar. Bersorak-sorak tanpa tahu apa matlamat sebenar si pengejar.
Post a Comment