30.11.08

DAKWAH DUNIA BLOG

Apa itu blog


Blog ( singkatan daripada istilah " Web log " adalah laman web yang biasanya dikemaskini oleh individu dengan memasukkan entri-entri berbentuk komentar, gambaran terhadap sesuatu peristiwa atau bahan-bahan lain seperti grafik atau video.


Kebiasaannya entri yang disiarkan adalah berbentuk 'reverse-chronological order'. Blog juga satu kalimah yang boleh digunakan sebagai kata kerja yang bermaksud mengemaskini atau menambah kandungan sesuatu blog.


Kebanyakan blog menyediakan komentar atau berita-berita berkaitan sesuatu subjek. Fungsi lainnya adalah sebagai diari peribadi berbentuk online. Ciri biasa blog adalah terdiri daripada tulisan, imej, pautan ke blog-blog lain, laman web dan media-media lain yang ada kaitan dengan topik. Sila rujuk wikipedia.


Pembaca juga dibenarkan meninggalkan komentar dalam format interaktif dan itu merupakan ciri penting kebanyakan blog.


Di dalam bahasa Melayu, ianya juga dipanggil blog.


Kepentingan


1. Mudah mengutarakan pandangan, idea dan pemikiran penulis tanpa dihalang oleh mana-mana individu yang tidak bersetuju.


2. Menjadi akses yang sangat mudah untuk pembaca atau pencari maklumat terhadap sesuatu isu atau topik apabila merujuk kepada blog tertentu yang telah dikenal pasti kategorinya.


3. Mampu menjadi wahana dakwah yang sangat berkesan, sekiranya sesuatu blog itu telah diterima oleh ramai pembaca


4. Membaca blog adalah menjimatkan, tidak perlu keluar rumah dan boleh berinteraksi dengan penulis blog.


5. Medan terbaik untuk melatih diri dalam penulisan, dan kepuasan akan dirasai jika tulisan itu dihargai pembaca.


Sudut negatif


Tidak tepat untuk menyatakan bahawa budaya menulis blog adalah positif secara mutlak mahupun negatif. Ia bergantung kepada sikap kepenggunaan di dalam diri penulis blog itu sendiri. Realitinya, ia sama sahaja seperti wahana dakwah yang lain, jika kita bercakap tentang medium dakwah. Sudah tentu baik buruk sesuatu medium itu bergnatung kepada pengamalnya.


Menyentuh persoalan dakwah dan gerakan Islam, blog menjadi negatif apabila bahan yang disiarkan penuh dengan andaian, syak wasangka dan tiada nilai ilmu atau lojik akal. Juga apabila blog itu menjadi medan mengkritik individu tertentu yang disebut secara zahir. Lebih malang jika seseorang anggota gerakan Islam itu menjadikan blognya sebagai tempat luahan perasaan tidak puas hati terhadap gerakannya.


Dalam dunia blog Malaysia, pelbagai karenah atau sikap boleh kita saksikan jika meneliti satu persatu blog yang dikenali ramai. Jika kita merenung ke dunia politik, ada blogger yang merupakan ahli sesebuah parti politik, tetapi suka mengkritik pimpinan dan mendedahkan kelemahan partinya sendiri secara terbuka.


Ada penulis yang merupakan anti kepada sesebuah parti politik dan banyak menimbulkan keraguan dan menyebarkan fitnah terhadap parti itu. Ada juga penulis yang mempertahankan partinya dengan hujah yang sangat mantap dan berkesan.


Pendek kata, dunia blog adalah dunia terbuka untuk sesiapa sahaja. Meninggalkan dunia ini atas alasan ianya penuh fitnah dan kekarutan, sehingga tiada pembela kepada parti anda adalah hanya merugikan.


Perang yang berlaku di dalam dunia blog ini juga perlukan kepada pembela Islam yang mampu menangkis serangan musuh, terutama pemfitnah kepada parti PAS hasil mainan 'cyber troopers' Umno, selain menyebarkan dasar perjuangan parti.


Blog pilihan


Bagi saya, banyak blog yang boleh menjadi pilihan, khususnya sebagai ahli PAS, untuk mengikutinya. Saya berikan beberapa contoh sahaja:


Blog Ustaz Nasruddin Tantawi di sini

Blog Ustaz Nik Abduh di sini

Blog Ustaz Adnan Fadhil di sini

Blog Roslan Shahir di sini

Blog Ustaz Yussaini di sini

Blog Ustaz Idris Ahmad di sini


Kesimpulan


Kesimpulan saya, bagi yang mempu menulis dan mempunyai masa menulis, khususnya di malam hari, mulakan menulis di blog masing-masing. Seseorang ulama atau pendakwah itu akan diingati selepas kematiannya dengan rakaman ceramah dan tulisannya. Kebiasaan, tulisan lebih kekal merentasi zaman berbanding rakaman suara.


Blog anda memberi kebebasan kepada anda untuk melontar idea dan pandangan. Jika anda mengkritik sesiapapun, nescaya tidak mudah menimbulkan perbalahan, berbeza dengan tulisan keras dan tegas di dalam mana-mana group, mudah menimbulkan konflik.


Tulisan bermutu anda juga akan menjadi 'sampah' atau bahan tertawa jika diletakkan di tempat yang salah. Sebaliknya, ia akan dihargai dan dijadikan panduan jika diletakkan di blog sendiri yang mempunyai pembaca tetap yang pandai menghargai anda.


Menulis blog adalah satu kerja dakwah. Luarbiasanya apabila ia boleh dicapai oleh sesiapa sahaja dan di mana sahaja. Ramai ulama atau pendakwah terkenal dengan hasil tulisan mereka dan mampu mengubah masyarakat dengan jihad pena ini.

3 comments:

Anonymous said...

nape semua blog yang disenarai penulis tu datang dari pendakwah jumud??????

terbukalah sikit, takkan nak dengar berita indah je. Hitler jatuh sebab sentiasa dilagukan kemenangan oleh para pengampunya, hakikatnya musuh telah menguasai seluruh jerman. Akhirnya Hitler ambil jalan singkat "BUNUH DIRI".

Elbaritii said...

Salam.

Jumud tu tentu berbeza natijahnya jika ditakrifkan dengan ciri yang berbeza.

Boleh saudara jelaskan kenapa mereka dikategorikan jumud? Mungkin saya boleh jelaskan, atau terima pandangan saudara.

Saudara pun tak bernama, macam jumud jugak yek, tak ada username, ke tak pandai nak main blog?

Anonymous said...

dah lama teringin nak buat blog, tapi masih belum kesampaian. terus dakwah anta .