8.11.08

LEPASKAN AZHAN ATAN

Saya melihat kepada beberapa sikap segelintir aktivis gerakan dakwah yang saya sendiri kurang bersetuju. Pertama, cuba mencari jalan pintas untuk kerja sendiri dan kedua mahu semua orang menjadi seperti mereka.

Sebaik sahaja Azhan Atan memenangi Akademi Nasyid anjuran TV9, beliau menegaskan mahu terus dibimbing oleh alim ulama dalam kerjaya/kerja barunya sebagai penasyid. Maknanya dia masih mahu bernasyid, bukan berhenti nasyid untuk jadi ahli politik sepenuh masa. Harapan dia, landasan nasyidnya nanti tidak terpesong daripada ruh perjuangan politiknya.

Oleh itu, tindakan sewajarnya yang harus kita lakukan ialah, membantunya dalam menetapkan identiti sebagai penasyid islami, membantunya menjayakan matlamat dakwah melalui nasyid secara lebih terbuka dan tidak terputus daripada gerakan yang dipilihnya sebelum bergelar juara.

Tetapi, apa yang saya perhatikan, ramai telah mengikatnya dengan program kepartian secara terbuka sehingga menyebabkan beberapa kerugian berlaku. Dengan tindakan segera orang parti atau orang dakwah ini, TV9 mungkin membatalkan apa-apa perancangan yang mereka telah aturkan, seperti jelajah tanah air dengan program sua rasanya, merekodkan satu dua lagu dan seumpamanya. Itu bermakna satu kerugian lain berlaku apabila beliau tidak sempat untuk popular di tengah masyarakat terbuka.

Bagaimana anda ingin penjadi pendakwah hebat menerusi lagu-lagu islami, jika tidak popular, tidak muncul di televisyen dan tiada album? Kenapa Azhan tidak mungkin popular? Jawapannya, syarikat mana mahu mengambil risiko kerugian dengan mengambil Azhan ( yang telah di'rampas' oleh orang politik pembangkang ) sebagai artis rakaman mereka?

Saya tidak mengatakan dia seperti terputus sayap untuk terbang berdakwah. Masih boleh. Cuma sudah koyak sana-sini. Maka sukarlah untuk 'burung' ini terbang tinggi. Dia tetap berdakwah. Tetapi seperti kita sahaja, berdakwah dengan ahli, penyokong tegar dan sedikit pemerhati berani. Masyarakat luar, mungkin kempunan mengenali siapakah Azhan!

Tidak rugikah apabila Azhan yang mungkin menjadi salah satu penasyid popular yang memiliki ruh gerakan Islam, terdampar di pentas program politik kepartian yang tidak memberi impak besar yang sewajarnya, sebagai juara akademi nasyid kebangsaan?

Puncanya, mereka mahu senang dalam kerja menarik orang, hanya uar-uarkan namanya yang masih kecil itu dan mahukan Azhan seperti mereka, aktif dan hadir dalam program parti, walaupun sebenarnya dia berpeluang berdakwah di medan lain.

4 comments:

Anonymous said...

Saya amat amat amat bersetuju dengan anda. begitulag mentaliti orang PAS yang perlu diubah.

Azhan diarak ke sana ke sini tanpa pengendalian yang profesional.

Adaka patut Azhan disuruh menyanyi dalam khemah rumah terbuka YB di Alor Setar pada suatu malam.

Sudahlah majlis tu kelam kelibut sebab ramai tak dapat makan. Azhan pula diminta menyanyi dalam keadaan yang nampak sangat tidak terurus.

Tak nampak pro langsung. Macam penasyid kampung je. Kesian Azhan

Sepatutnya pemuda PAs tak perlu kacau Azhan lagi. Biar dulu dia buat album. Pemuda pas mana ada kepakaran. Kalau setakat album macam shaoutul amal tu tak boleh pi jauh. Lagu tema pas pun muziknya fail. Macam nak buat tak buat je.

Azhan boleh pergi lebih jauh kalau pemuda PAS tak cewi macam la ni.

Azhan seorang yang ikhlas. Pemuda pas pun saya tak kata tak ikhlas. Cuma takde kelas je. Dalam hal ehwal muzik ni Pemuda PAS buat kerja taraf kampung.

Cuba lihat apa pemuda UMNO buat dengan Aiman. ( salah seorang finalis akademi nasyid ) Dah nak keluar album dah pun. Album pula diakui oleh pemuzik profesional sebagai "antara yang berkualiti". Dah masuk carta MM dah pun.

Sepatutnya Azhan yang dok kat situ tapi sebaliknya Azhan hanya gah di rumah kenduri kampung.

Therefore, peringatan kepada mana mana Pemuda Pas y nak masuk lagi A.Nasyid, nanti jgn dok declare awai-awai pasal you punya platform politik. Semanagt tu bagus. tapi biarlah ada strategi beb.

Kalau tidak jadilah macam Azhan.
Kesian. Penasyid kampung saja.

Anonymous said...

I agree.

Kesian Azhan. Pemuda Pas memang tak profesional dalam hal ehwal muzik.

Sebab tu la akhill hay lari. Pastu depa tuduh akhil hayy lari dari perjuangan. Kalau saya jadi akhil hay pun saya akan pilih astro awani. Bukan pasal duit sangat. Tapi pasal profesionalisme dalam kerja

Wahai Pemuda PAS. Your ground tu pentas politik, demonstrasi, turun lapangan bantu rakyat, dll aktiviti massa. Memang kalu kerja-kerja tu kami salute dan tabik springgg.

Tapi ini cite tentang muzik. Lu mana tau. Ini bukan cite takat nak main kompang.

wahai Pemuda PAs, Demi dakwah Islam yang lebih luas. Lepaskanlah Azhan. Jangan kacau dia.

Dok dengan PAS sasaran hanya berlegar disekitar orang yang memang dah baik.

Pemuda PAS cewi sangat.

Anonymous said...

Saya juga setuju.

Pemuda PAS cewi. Pemuda PAS cewi. Pemuda PAs cewi.

Aku geram tengok Aiman. Dia dah pergi lebih jauh dari Azhan. Dia tak de fikrah.

Tapi y ada fikrah dok terperap dalam kepompong Pemuda PAS.

Penasyid kampung saja.

Anonymous said...

Assalamualaikum..
Saya agak kurang bersetuju dengan saudara2 sekalian.
Abg Azhan pilih PAS kerana beliau bukan mahu mengejar politik dan glamour semata-mata.
Mungkin bagi beliau bersama PAS dapat menenagkan hati beliau berbanding bersama anjuran media Prima yang hanya mahu cari keuntungan dari kenaikan nama artis2 di Malaysia..
Jadi siapa yang patut melepaskan siapa disini?
Adakah glamour yang beliau inginkan?
Jadi jangan hanya menyalahkan sesuatu pihak jika tidak tahu motif sebenar..

Akhir kata, saya dan peminat2 Abg Azhan menyokong anda xkira apa pon..
Takbir.. Allahhuakbar..
Assalamualaikum..