17.1.09

PAS MENANG DI PRK P036

Alhamdulillah. Tahniah. Pelik.


Angka majoriti 2631 akan menjadi azimat kepada PAS Terengganu untuk merampas semula Terengganu daripada BN, dalam pilihanraya umum akan datang.


Alhamdulillah, kemenangan diberikan Allah ta'ala. Marilah kita bersyukur kepada Tuhan pemilik makhluk-makhluk ini.


Tahniah kepada calon PAS. Tahniah kepada Presiden PAS dan pimpinan yang istiqamah. Tahniah kepada pimpinan PR yang sanggup bekerja untuk kemenangan PAS. Tahniah kepada semua petugas dan pengundi. Tahniah dari saya kepada mereka yang mencadangkan nama YB Mohd Abdul Wahid Endut sebagai calon. Akhirnya, tahniah kepada semua cawangan PAS di KT.


Saya memberi tahniah kepada mereka yang mencadangkan nama calon PAS kepada Presiden kerana pemilihan itu sangat tepat. Memang beliau mempunyai kekuatan untuk menang. Sila rujuk kenyataan Presiden untuk kelebihan calon ini.


Boleh juga disentuhkan di sini, kuasa syura dan istikharah Tuan Guru berperanan. Seingat saya, jarang-jarang sangat calon PAS dipilih dan diputuskan oleh Tuan Guru Presiden melalui istikharah dan istisyarah seperti ini. Langkah pimpinan PAS menyerahkan kuasa memutuskan calon kepada Presiden menemui hasil. Bagi yang pernah merasakan pemilihan itu silap selepas diputuskan Presiden, belajarlah merendahkan diri.


Pelik apabila PAS menang dengan majoriti yang agak besar. Bukan pelik pada kuasa Pencipta. Tetapi pelik kepada kelemahan strategi Najib yang kononnya sanggup menanggung apa sahaja kos untuk menang, akhirnya kalah. Nampaknya Najib perlu meletakkan masa depan politiknya di tengah medan perdebatan.


Pelik juga apabila pengundi tidak kisah kepada ugutan menarik semula peruntukan pembangunan oleh pemimpin BN. Sekurang-kurangnya, majoriti pengundi telah berani menolak ugutan tersebut.


Akhirnya, tahniah kepada pimpinan Terengganu yang nampak memiliki strategi yang baik dalam PRK kali ini. Saya melihat cara Cikgu Pa dan Haji Wan Mutalib mengadakan sidang media adalah cemerlang. Mereka berjaya menguasai suasana, mencipta isu, mendahului kempen dan menarik minat media mengikuti perkembangan kempen Pakatan Rakyat. Terserlahlah, tua-tua berisi orang-orang Ganu.


Selepas ini saya cuba melihat cabaran yang perlu dihadapi oleh PAS pasca PRK P036.


3 comments:

GPI said...

Al-Fatihah utk anak perempuan kpd Syam Bin Salleh..


(cucu kepada Salleh Kayu)
org kampung Teluk Sena..
Meninggal dunia hari ini..

Elbaritii said...

Salam.

Alfatihah...

Mninggal sebab apa?

Khairi Jalalluddin said...

Bersyukurlah kepada Allah di atas kemenangan itu dengan melakukan amalan soleh dan istiqomah di jalan yang lurus.