Showing posts with label Kuala Terengganu. Show all posts
Showing posts with label Kuala Terengganu. Show all posts

17.1.09

PAS MENANG DI PRK P036

Alhamdulillah. Tahniah. Pelik.


Angka majoriti 2631 akan menjadi azimat kepada PAS Terengganu untuk merampas semula Terengganu daripada BN, dalam pilihanraya umum akan datang.


Alhamdulillah, kemenangan diberikan Allah ta'ala. Marilah kita bersyukur kepada Tuhan pemilik makhluk-makhluk ini.


Tahniah kepada calon PAS. Tahniah kepada Presiden PAS dan pimpinan yang istiqamah. Tahniah kepada pimpinan PR yang sanggup bekerja untuk kemenangan PAS. Tahniah kepada semua petugas dan pengundi. Tahniah dari saya kepada mereka yang mencadangkan nama YB Mohd Abdul Wahid Endut sebagai calon. Akhirnya, tahniah kepada semua cawangan PAS di KT.


Saya memberi tahniah kepada mereka yang mencadangkan nama calon PAS kepada Presiden kerana pemilihan itu sangat tepat. Memang beliau mempunyai kekuatan untuk menang. Sila rujuk kenyataan Presiden untuk kelebihan calon ini.


Boleh juga disentuhkan di sini, kuasa syura dan istikharah Tuan Guru berperanan. Seingat saya, jarang-jarang sangat calon PAS dipilih dan diputuskan oleh Tuan Guru Presiden melalui istikharah dan istisyarah seperti ini. Langkah pimpinan PAS menyerahkan kuasa memutuskan calon kepada Presiden menemui hasil. Bagi yang pernah merasakan pemilihan itu silap selepas diputuskan Presiden, belajarlah merendahkan diri.


Pelik apabila PAS menang dengan majoriti yang agak besar. Bukan pelik pada kuasa Pencipta. Tetapi pelik kepada kelemahan strategi Najib yang kononnya sanggup menanggung apa sahaja kos untuk menang, akhirnya kalah. Nampaknya Najib perlu meletakkan masa depan politiknya di tengah medan perdebatan.


Pelik juga apabila pengundi tidak kisah kepada ugutan menarik semula peruntukan pembangunan oleh pemimpin BN. Sekurang-kurangnya, majoriti pengundi telah berani menolak ugutan tersebut.


Akhirnya, tahniah kepada pimpinan Terengganu yang nampak memiliki strategi yang baik dalam PRK kali ini. Saya melihat cara Cikgu Pa dan Haji Wan Mutalib mengadakan sidang media adalah cemerlang. Mereka berjaya menguasai suasana, mencipta isu, mendahului kempen dan menarik minat media mengikuti perkembangan kempen Pakatan Rakyat. Terserlahlah, tua-tua berisi orang-orang Ganu.


Selepas ini saya cuba melihat cabaran yang perlu dihadapi oleh PAS pasca PRK P036.


PELIK-PELIK DI PRK P036 KT

Pilihanraya Kecil Parlimen Kuala Terengganu berlangsung hari ini. Banyak yang pelik-pelik berlaku. Jelasnya, BN mahu menang dengan apa kos sekalipun. Malaysia memang memiliki demokrasi ala sendiri. Ala kuno BN.


Antara yang pelik ialah:-


  1. Polis beribu orang dikerahkan ke Kuala Terengganu sehingga kurang sangat polis trafik di Kuala Lumpur dan bandar-bandar besar yang lain. Polis menyediakan banyak trak untuk mengangkut motor polis ke sana.
  2. SPR telah membayangkan angka peratus keluar mengundi yang tinggi, bagi mengharapkan jika jumlah keluar mengundi tinggi, tiada siapa mempersoalkannya dan dikaitkannya dengan pengundi hantu.
  3. Operasi SPR sehingga tengah malam bagi memudahkan orang ramai berurusan. Bolehlah kita berikan anugerah suruhanjaya pilihanraya paling rajin di dunia.
  4. Ugutan jelas daripada pemimpin Umno termasuk MB Terengganu kepada para pengundi bahawa jika BN kalah, peruntukan pembangunan akan ditarik kembali, termasuk akan dibawa ke Kemaman.
  5. Ketua Operasi SPR meletakkan jawatan kerana tidak mahu dilihat berat sebelah. Jika letak, bermakna dia telah berat sebelah apabila mendesak kakitangan MBKT mengundi BN.
  6. Wartawan juga disogok wang oleh pihak tertentu.
  7. Najib lupakan orang-orang Pekan dalam masa dua tiga minggu sebelum pilihanraya.
  8. Calon BN ditolak oleh keluarga bekas wakil rakyat BN di situ.


Banyak pihak memberi isyarat calon PAS mendahului dalam pilihanraya hari ini. Bagi saya, kekalahan kepada PAS adalah biasa kerana ia kerusi BN dan PAS berhadapan dengan pelbagai ketidakadilan.


Namun, jika BN kalah, maka itu adalah perkara paling pelik berlaku. 'Dok bohong dan ugut sana-sini pung alah juge'? Dok gheti buat keje ke set Be End ni? Dok ghok cetong sungguh!


Sorilah, dok betul loghat ganu ambo.