17.1.09

PELIK-PELIK DI PRK P036 KT

Pilihanraya Kecil Parlimen Kuala Terengganu berlangsung hari ini. Banyak yang pelik-pelik berlaku. Jelasnya, BN mahu menang dengan apa kos sekalipun. Malaysia memang memiliki demokrasi ala sendiri. Ala kuno BN.


Antara yang pelik ialah:-


  1. Polis beribu orang dikerahkan ke Kuala Terengganu sehingga kurang sangat polis trafik di Kuala Lumpur dan bandar-bandar besar yang lain. Polis menyediakan banyak trak untuk mengangkut motor polis ke sana.
  2. SPR telah membayangkan angka peratus keluar mengundi yang tinggi, bagi mengharapkan jika jumlah keluar mengundi tinggi, tiada siapa mempersoalkannya dan dikaitkannya dengan pengundi hantu.
  3. Operasi SPR sehingga tengah malam bagi memudahkan orang ramai berurusan. Bolehlah kita berikan anugerah suruhanjaya pilihanraya paling rajin di dunia.
  4. Ugutan jelas daripada pemimpin Umno termasuk MB Terengganu kepada para pengundi bahawa jika BN kalah, peruntukan pembangunan akan ditarik kembali, termasuk akan dibawa ke Kemaman.
  5. Ketua Operasi SPR meletakkan jawatan kerana tidak mahu dilihat berat sebelah. Jika letak, bermakna dia telah berat sebelah apabila mendesak kakitangan MBKT mengundi BN.
  6. Wartawan juga disogok wang oleh pihak tertentu.
  7. Najib lupakan orang-orang Pekan dalam masa dua tiga minggu sebelum pilihanraya.
  8. Calon BN ditolak oleh keluarga bekas wakil rakyat BN di situ.


Banyak pihak memberi isyarat calon PAS mendahului dalam pilihanraya hari ini. Bagi saya, kekalahan kepada PAS adalah biasa kerana ia kerusi BN dan PAS berhadapan dengan pelbagai ketidakadilan.


Namun, jika BN kalah, maka itu adalah perkara paling pelik berlaku. 'Dok bohong dan ugut sana-sini pung alah juge'? Dok gheti buat keje ke set Be End ni? Dok ghok cetong sungguh!


Sorilah, dok betul loghat ganu ambo.


3 comments:

Anonymous said...

memang dok rok cetong! dok gentelmeng plok tu..masa orang istihor menang, mana gi wang parid? sekurang-kurangnya tunjuklah integriti sikit...

Elbaritii said...

Salam.

Hihihi, dok ghok sungguh. Tapi, ambe kesiang gok dengang wang parid, akibat politik dua gajah, dia hilang segalanya. Lepas nih kena wu ke dia glc lah, nak jaga.

Elbaritii said...

" wu ke dia " to " bui ke dia "