11.2.09

DEDIKASI UNTUK PENGHUNI ISTANA DAN RESIDENSI MB


Buat tuan penghuni istana


Dang Nila memangku puan
Berembang buah pedada
Adakah gila bagimu tuan
Burung terbang dipipiskan lada?


Medang sila buahnya cantik
Jatuh menimpa ke pasu bunga
Dengan sebab nila setitik
Habis rosak susu sebelanga



Buat tuan penghuni residensi


Pohon rendah akar sebatang
Hinggap nuri duduk sekawan
Bulan indah dipagar bintang
Tinggal mentari di balik awan


Punggur rebah puyuh mendengut,
Dengut melata di tengah padang;
Sedangkan bah kapal tak hanyut,
Inikan pula kemarau panjang


Nyiur gading puncak mahligai
Sayang ketupat berisi inti
Hancur daging tulang berkecai
Belum dapat belum berhenti


Lemaknya nasi bergulai udang
Lemak berbau santan kelapa
Rela ku mati berputih tulang
Tidak ku mahu berputih mata


No comments: