4.2.09

JANGAN HINA LOMPATAN ITU, MARAHLAH PADA DIRI SENDIRI

Saya pernah menulis entri bertajuk, siapa PM PR pada 25 April tahun lalu. Antara isu yang saya singgung ialah mengenai siapa yang paling layak untuk menjadi Perdana Menteri Pakatan Rakyat bagi sebuah kerajaan lompat parti.


Begitulah usaha kita dulu. Sama ada kita berjaya atau tertipu, maka itulah yang cuba dilakukan oleh kita, pimpinan kita, malah disokong pula oleh ulama kita. Tak pasti pula, ulama kita dipengaruhi siapa? Siapa yer?


Hari ini, sampai hatikah kita mahu melabelkan mereka sebagai hina dan keji? Mungkin kita bezakan antara mereka dengan kita pada unsur-unsur rasuah harta dan peras ugut. Ya, pada cara kita mungkin lebih baik. Tapi pada kesan dan implikasinya, sama sahaja. Etika dan moral dilupakan. Kuasa rakyat dinafikan.


Saya menulis begini :


Kedua, wajarkah Anwar terus "bising" mencari ahli parlimen BN untuk dipujuk menyertai PR? Setakat ini, saya tidak pasti apakah ianya langkah terbaik atau sebaliknya. Sesetengah pihak melihatnya bukan sebagai satu proses yang bertunjangkan ketulusan dan menghormati keputusan demokrasi pada PRU lalu, lebih-lebih lagi jika tindakan yang dilakukan bersalahan dengan etika dan moral.


Dan jika kita sibuk pula untuk memperkecilkan usaha Najib di Putrajaya yang seolah-olah perasan telah berjaya memerintah Perak, saya memetik laporan Malaysiakini begini:


Dr Wan Azizah Ismail berkata beliau bersedia menjadi perdana menteri Malaysia jika Pakatan Rakyat berjaya mendapat majoriti dua pertiga susulan peralihan sokongan wakil-wakil Barisan Nasional.


"Saya bersedia, insya Allah. Ini kejutan baru kepada saya.


"Saya menyertai gelanggang politik (pun) secara mengejut, saya menjadi ketua pembangkang (pun) secara mengejut," kata presiden PKR kepada wartawan di Petaling Jaya, hari ini.


Dan hari ini


Wajarkah kita menghina lompatan ini? Sudah tentu tidak.


Dan pada hari ini, marah kita bukan pada BN dan Najib. Itu kewajipan mereka. Marah kita kepada SPR dan diri kita sendiri. Marahlah pada diri seNdiri, kemudian marahlah pada Anwar Ibrahim. Jika anda tidak mahu memarahinya, tidak mengapa. Biar saya seorang. Dia memulakan 'permainan' ini, dan sebuah kerajaan negeri telah runtuh.


Kemudian, berdoalah pada al-Hafiz.


6 comments:

Anonymous said...

Dan dimana orang yang memulakannya pada ketika ini?

Hrmmm... :>

Elbaritii said...

Di Perak kut. Mental teman dah sedia dengan pemerintahan BN di Perak. Jiwa teman mengharapkan perkenan Sultan Perak.

Masalahnya, mufti Perak belah mana?

Anonymous said...

Ku Ingat Kan Katak Pisang, Rupanya Katak Botong.... Ongggg degdek gedek gedek...

Apa dah jadi dengan perjuangan dan prinsip. Sewajarnya PR, lebih2 lagi pihak PAS tidak harus menyambut slogan lompat parti.

Mungkin ramai yang tertunggu2 tika waktu itu (wah PR akan memerintah M'sia???).

Maka yang berprinsip dan kurang berprinsip tercari2 jawapan kepada soalan ini "patut disokong atau tidak ya lompat2 parti untuk tukar pemerintah?". ah... walau jauh disudut hati mengatakan tidak, riak wajah tunjuk gembira dan bersemangat utk mendokong daulah baru PR.

Minggu berlalu, bulan beralih ... tiba2 semua tersentak "aduh... pedihnya. apasal mercun katak ni meletup kat aku pula????".

Hmmm apa nak buat nak dikutuk aku yang beli mercun katak ni. aku yang ajak org bermain. nak sekat org lain dari bermain mercun katak takleh la pulak.

Kenapa? Sebab AKU.. HMMM TIDAK!! SEBAB DIA LAH!!!. ahhh sudahlah tu kata benak hatiKu (engkau yang salah....).

LOMPAT SI KATAK LOMPAT,
LOMPAT LAH TINGGI2,
CEPAT PAKATAN CEPAT,
CEPAT BETULKAN DIRI...

Elbaritii said...

Ngko nih, orang tengah sugul, ko buat kacau kat rumah orang...

Kalau nak singgah pun, buatlah beradab sikit. Nak bising pg lah buat kebun pisang sendiri.

nasib baik lagu last tu sedap...

Anonymous said...

TAHNKIAH PADA MB PERAK YANG BARU.PESANAN PADA MB YANG BARU SEMOGA ANDA TIDAK JADI KACANG YANG LUPAKAN KULIT DAN JANGAN SESEKALI MENINGGI DIRI KERANA HIDUP NI UMPAMA PUTARAN RODA SEKEJAP KITA DIATAS DAN SEKEJAP DIBAWAH.HIDUPLAH UMNO UNTUK SELAMA-LAMAYNA.INSYAALLAH.

Anonymous said...

Assalamualaikum Ustaz Omar,

Maaf, saya mohon mencelah.

Saya fikir amat tidak wajar untuk menyalahkan DSAI berhubung dengan kejatuhan kerajaan Perak ni. Nampak sangat jawapan Ustaz ni sekadar mengulangi jawapan Najib yang bila ditanya tentang apa yang berlaku di Perak, dia menjawab, bukan kita (BN) yang mula, tapi Anwar yang mulakan dulu budaya melompat menjelang 16 September.

Pertamanya, Pendirian PR (termasuk PAS) dlm soal melompat parti ni adalah jelas, iaitulah ianya tidak salah, selagi tidak ada unsur ugutan dan rasuah. Dalam sejarah PAS sendiri, ada Wakil Rakyat kita yang masuk BN dan ada juga Wakil Rakyat BN yang masuk kita. So, tidak ada masalah. Dalam hal di Perak ini, tidak ada pimpinan PR pun yang mengatakan crossover atau politik melompat ni salah dan tidak bermoral.

Namun, yang PR pertikaikan dalam kes Perak ialah keraguan yang timbul terhadap peristiwa yang terjadi di sebalik lompatan ini iaitulah betapa wakil rakyat yang diugut, diculik (macam kes ADUN Bota sebagaimana laporan Harakah) dan disembunyikan selain trdapat kemungkinan besar unsur-unsur rasuah berlaku (dlm konteks dua ADUN PKR yang sedang menghadapi dakwaan rasuh di Mahkamah). Kita mengesyaki lompatan kepda BN di Perak ini dibuat atas pengaruh rasuah. Maka jelaslah, isunya disini adalah RASUAH, bukannya MELOMPAT.

Maka, saya tak nampak kenapa pulak nak salahkan DSAI dan sy juga tak nampak apa kaitan DSAI dengan peristiwa di Perak. Pada masa menjelang 16 September, DSAI hanya menguar-uarkan tentang 31 org MP BN yang nak melompat ke PR. Tetapi pada masa itu tiada langsung timbul PR atau DSAI menculik, mengurung, menyembunyikan atau merasuah MP BN untuk masuk PR. Jadi, tak sama kes 16Sept dengan kes Perak ni.

Keduanya, dari segi legal, perbuatan melompat parti ini adalah sah di sisi undang-undang Malaysia berdasarkan kes DUN Kelantan v. Nordin Salleh (1992) kerana setiap warganegara Malaysia (termasuk para MP) dijamin haknya untuk menyertai apa sahaja parti politik yang dia suka. Yang salahnya, ialah jika perbuatan melompat tu disebabkan adanya sogokan dan rasuah. Dan hal rasuah inilah yang dikutuk oleh PR dlm kes Perak ini.

Ketiganya, isu di Perak ini yang meyebabkan kita tidak puas hati ialah tentang keputusan Sultan Perak yang kita (PR) rasa tidak selaras dengan undang-undang dan bertentangan dengan peruntukan Perlembagaan Negeri Perak. Dalam undang-undang kita, seseorang PM atau MB tidak akan hilang jawatannya melainkan atas tiga sebab :

1) Mati
2) Dia sendiri meletakkan jawatan dengan sukarela
3) Dia dijatuhkan dengan undi tak percaya di dalam DUN/Parlimen.

Ketiga-tiga situasi di atas tidak berlaku dalam kes di Perak. Kalau nak hujah isu undang-undang ni panjang sebenarnya. Tapi perkara inilah yang menjadi asas kenapa kita marah dan kesal dengan apa yang berlaku di Perak dan bukannya sebab isu melompat parti.

Harap Ustaz jelas perkara ini dan jangan mudah terpedaya dengan strategi BN untuk memecahkan kita dan melarikan tumpuan dari isu sebenar.

Abdullah Abdul Karim