11.3.09

PADU

Saya perhatikan tidak ramai yang seronok menyambut ucapan Presiden PAS supaya dibentuk kerjaan perpaduan Malaysia melibatkan semua parti. Malah ada juga pimpinan PAS yang tawar untuk mengulasnya apabila ditanya. Mungkin isu muqabalah sebelum ini memberikan kesan mendalam kepada tokoh yang terlibat atau terpalit. Itu satu pengajaran terbuka buat ahli politik.

Kerajaan perpaduan yang dicadangkan, serentak dengan kerajaan perpaduan Palestine yang hampir berjaya dibentuk. Bezanya, di Malaysia ianya baru nak dicadangkan, manakala di Palestine, sudah ada beberapa pertemuan dan permintaan. Sekali imbas, memang hebat mereka lagi berbanding kita. Mereka pernah bertempur nyawa melalui jihad yang dilancarkan selain permainan senjata api di di Gaza dan Tebing Barat. Ya, kedua-duanya ketika bertempur adalah dua harapan rakyat Palestine.

Tetapi ianya tidak serupa di sini. Sekadar perbalahan politik kepartian, kekhilafan dan aturan harian, namun untuk bergabung hampir pasti mustahil.

Kenapa masih terikut dan terikat dengan sejarah silam? Lemahkah kita untuk tidak langsung mahu mendekati kerana ditakuti ditendang lagi? Tidak mampu mengelak atau tidak mahu bekerjasama atas apa? Nafsu?

Bayangkan jika Pak Lah bertemu Tuan Guru Presiden? Apa agaknya respon ahli biasa parti dan pimpinan kelompok pertengahan? Huh, pasti isu muqabalah muncul secara mendadak.

Bolehkah kita menegaskan bahawa kemahuan Presiden PAS adalah satu hikmah terbaik setakat ini, buat masa kini, dan mendahului kemungkinan kerjasama PKR dan BN ! Mungkin kah mereka ke arah bekerjasama? Berunding?

Apapun, biarlah saya berdiri teguh di belakang jubah presiden dalam isu perpaduan ini. Rakyat sememangnya sudah letih berpecah.

PAS pula, belajarlah berdakwah dalam pelbagai perubahan bentuk dan strategi. Yang penting, perpaduan lebih menyenangkan laluan amar ma'ruf nahyu munkar

4 comments:

Anonymous said...

Sudah letih nak komen. Mungkin?

Anonymous said...

cadangan perpaduan adalah bagus. tapi nak berpadu atas asas apa??

ekonomi? percayakah kita pada UMNO dari sudut ekonomi??? bukankah UMNO amalkan rasuah dan kapitalis???

agama? percayakah kita pada UMNO dari sudut Agama?? bukankah rakyat kini buta agama kerana UMNO?

siapa yang kata "politik suku, agama suku"?? siapa kata, "mengundi tak ada kaitan dosa pahala?" kalau bukan UMNO???

kalau kerana agama nak berpadu, kenapa tidak berpadu sebelum pilihanraya lagi.

"kita melawan UMNO bukan kerana namanya UMNO. kita melawan UMNO kerana UMNO kekalkan undang-undang penjajah. kalau kita lawan, lalu kita mati, maka kita mati syahid.." lupakah kata-kata keramat itu????

sbb tu..berpadu adalah baik, tetapi jangan sampai jadi perangkap.

orang mukmin tidak akan jatuh dalam satu lubang sebanyak dua kali.

PasirPuteh

Anonymous said...

Kemungkinan yang berlaku dari cadangan kerajaan perpaduan adalah

1. yang di kejar tak dapat dan yang di kendung berkeciciran atau

2. Ujiannya lagi besar dari yang sediada.

Penyelesaian menyeluruh adalah lebih adalah lebih baik dari penyelesaian sementara. Amanah kpd PAS adalah untuk mendidik masyarakat untuk memahami dan mengamalkan Islam. Masa sebelum PRU ke 13 dan kemudahan yang ada, perlu ditumpukan untuk membina asas dan prasarana yang diperlukan untuk meningkatkan dakwah kpd masyarakat(tahfiz disetiap pelusuk sabah dan Sarawak dan juga Pusat dakwah disetiap negeri).Pimpinan PAS Pusat ambil perhatian !

Anonymous said...

Kemungkinan yang berlaku dari cadangan kerajaan perpaduan adalah

1. yang di kejar tak dapat dan yang di kendung berkeciciran atau

2. Ujiannya lagi besar dari yang sediada.

Penyelesaian menyeluruh adalah lebih adalah lebih baik dari penyelesaian sementara. Amanah kpd PAS adalah untuk mendidik masyarakat untuk memahami dan mengamalkan Islam. Masa dan kemudahan yang ada, perlu ditumpukan untuk membina asas dan prasarana yang diperlukan untuk meningkatkan dakwah kpd masyarakat(tahfiz disetiap pelusuk sabah dan Sarawak dan juga Pusat dakwah disetiap negeri).Pimpinan PAs Pusat ambil perhatian !