14.3.09

JANGAN PERKECILKAN PIMPINAN SEKARANG

Jika anda percaya tiada sebarang rundingan antara Anwar dan Pak Lah, memang anda betul bendul dan sukar menjadi ahli politik di Malaysia. Jika anda percaya, tidak semestinya perlu percaya rundingan itu berhasil.

Bagaimana mungkin pertembungan itu tidak sengaja, sedangkan kelihatan seperti sahabat lama saya itu menyambut kedatangan Pak Lah, sedangkan dia adalah panglima Anwar. Jika hari itu hari Anwar, kenapakah yang berucap adalah Pak Lah? Alangkah cantiknya jika Anwar mengalu-alukan kedatangan Pak Lah, jika pada hari Anwar itu, Pak Lah datang sebagai tetamu lebih awal sehari.

Ramai memberi alasan orang mukmin tidak akan dipatuk ular dua kali di tempat yang sama, atau dari lubang ular yang sama. Maaf, sekadar bertanya, bukankah PAS pernah dipatuk oleh Anwar Ibrahim, malah dibelit beberapa tahun. Kenapa hujah itu tidak diguna pakai?

Mungkin, kerana Anwar sudah insaf! Lantas saya terus bertanya, tidak bolehkah Pak Lah juga semakin insaf dan lebih insaf apabila melihat kegelojohan Najib?

"Ustaz, habislah anak kita nanti." Sapa seorang abang yang merupakan jiran saya, ketika saya sedang mengunci pagar rumah sebentar tadi.

"Kenapa?" tanya saya.

"Enam puluh bilion dia sapu duit Tabung Haji dan KWSP. Betul ustaz. Bini dia punya kerjalah ni. Tengoklah kat Perak, sampai rakyat Perak dijualnya dengan sogokan projek Gamuda. Sekarang dah jalan dah. Sapa pegang 25% dalam projek tu?"

Terdiam saya.

"Saya bukan apa, kesian dengan anak2 kita nanti." Lanjut seorang abang yang bukan politikus.

Sama-samalah kita mengkaji dalam-dalam apa yang berlaku sebenarnya antara PAS dan UMNO pada tahun 70an lalu.

1. Rundingan antara parti atau antara Asri dan Razak?
2. Apakah Ustaz Yusuf Rawa dan Hussien On tahu kandungannya? Parti?
3. Siapa menjadi punca masalah di Kelantan sehingga dharurat terisytihar?
4. Apakah kesan baik ketika gabungan itu?


Dan analisa isu dan perkembangan terkini.

1. Bukankah seruan perpaduan itu memberi isyarat jelas kepada YB-YB yang tidak sebulu dengan Najib?

2. Isyarat jelas kepada team Pak Lah ? Mahu elak daripada mudharat lebih besar?

3. Apa bezanya daripada pandangan siasah syar'iyyah jika Anwar jadi PM dengan keadilan dan kesamarataan dan jika bukan Anwar ( mungkin Pak Lah ) jadi PM dengan keinsafan dan keazaman untuk keadilan?

5. Seruan itu sekadar seruan, masih di peringkat mengajak. Jika Pak Lah atau sesiapa sahaja mahu insaf, sambut sahaja. Jika tiada yang sudi, tidaklah rugi untuk kita menyeru ke arah perpaduan.

Dan, tolonglah jangan perkecilkan pimpinan kini dengan mengandaikan kesilapan dan kelemahan pimpinan terdahulu mesti bertapak di pundak mereka. Jika tidak mahu ular yang sama mematuk kali kedua, bukanlah semestinya wajib melalui lorong lain, sedangkan lorong awal tadi masih relevan dan yang lain belum sesuai. Maka, ambillah perisai diri agar ular itu tidak mampu menewaskan kita.

Yang penting adalah, kita bersedia dengan semua jenis ular, bukan lari terus daripada ancaman ular yang sama, sedangkan di situ ada sedikit manisan.

Itulah perjuangan dan itulah politik.

2 comments:

Anonymous said...

Terima kasih ustaz. Pandangan yang segar pada malam yang sunyi.

:)

Anonymous said...

Izinkan saya memetik pemerhatian peguam Dato Wan Muttalib :

"Menjalankan Kuasa Budibicara (Perkara XVIII (2) (a) dan (b)

Peruntukan yang memberi kuasa bertindak di atas budibicara DYMM dalam melantik Menteri Besar itu tidak pula memberi kuasa kepada DYMM memecat Menteri Besar kerana Menteri Besar adalah milik Dewan Negeri."

KOMEN:

(1) Kuasa melantik ditafsirkan juga kuasa untuk memecat. Rujuk Interpretation Act.

(2)Kalaulah kuasa memecat MB itu milik Dewan Negeri mengapa Nizar tidak mengadakan suatu undian di Dewan samada masih ada "confidence" Dewan Negeri atau sebalaiknya? Adakah kerana beliau sudah tahu bahawa ADUN lompat tidak akan undi beliau. Manakla ADUN BN sudah pasti tidak mengundi beliau.

(3) Reid Comission dalam mentafsir Artikel ini mengatakan bahawa. Menteri Besar "must vacate his office".

Lihat kupasan "dissent" saya terhadap Artikel Dato Wan Muttalib di www.mohdrohan.blogspot dengan tajuk "Dato Seri Nizar v Sultan Azlan Shah, Abdul Rahim Kassim, Sivakumar v 3 Adun Lompat, Krisi Perak: Impikasi terhadap politik negara."

Nanti akan ada ulasan lanjutan menyusul.