Sambutan blogger terhadap pemilihan pimpinan PAS terdekat ini nampaknya masih sejuk. Belum ada tanda-tanda kehangatan yang menarik perhatian ramai. Ianya jauh berbeza pada pemilihan sesi lepas. Sedangkan ketika ini PAS di peringkat kawasan-kawasan sedang sibuk merancang untuk mesyuarat agung tahunan masing-masing.
Suasana pemilihan yang lalu telah menyaksikan kempen dan sabotaj wujud beberapa bulan sebelum pemilihan. Dengan jelas dipamerkan nama-nama tokoh PAS yang dianggap kumpulan berfikiran baru dan tokoh lama atau tradisional. Malaysiakini juga seronok memainkan isu itu.
Ia mungkin berpunca daripada dua perkara. Sama ada kesibukan dan kecelaruan politik Perak dan politik Umno menutup nafsu orang ramai untuk memfokuskan kepada pemilihan PAS ini atau kepercayaan bahawa tidak perlu berlaku perubahan besar dalam pimpinan PAS di peringkat nasional.
Walau apa pun puncanya, saya melihat pemilihan PAS kali ini adalah sangat penting bagi melakar pelan-pelan seterusnya dalam melangsungkan perjuangan agama dan parti. Ia kelihatan lebih penting berbanding pemilihan yang lalu.
Mungkin juga kehangatan itu akan muncul selepas selesai pemilihan Umno nanti.
PAS tidak kurang tokoh yang mampu memimpin parti dan negara. Semuanya mempunyai kelebihan masing-masing. Ada yang dikongsi bersama pemimpin lain dan ada yang beristimewa sendirian.
Tuan Guru Presiden, seorang ulama berstatus internasional yang teliti dalam hukum agama, tegas dengan prinsip dan semakin dekat berkomunikasi dengan realiti politik semasa, berbanding pada kemunculannya dahulu.
Ust Nasharudin seorang ulama muda yang serba berkebolehan dan memiliki pemikiran yang dinamik dan kreatif. Bersedia untuk menerokai penyelesaian politik yang baru.
Husam, dikira pemimpin muda yang profesional, matang berpolitik dan dipercayai mampu melangkah jauh dalam politik. Mempunyai pemikiran kritis dan sentiasa membuat analisa isu semasa dengan bernas.
Sekadar menyebut 3 pemimpin utama PAS kini untuk pemerhatian kita semua. Saya beranggapan, 3 tokoh ini akan terus kekal di puncak tadbiran parti. Persoalan selepas itu ialah, siapa yang akan mengisi dua lagi kerusi Naib Presiden PAS?
Dengan beranggapan Husam tidak mencabar kedudukan Timbalan Presiden, saya yakin Husam akan terus kekal di kerusi Naib Presiden. Maka dua kerusi lagi akan menjadi tanda tanya di kalangan para pemerhati dan perwakilan.
Biasanya, satu daripada 3 kerusi Naib Presiden akan diduduki oleh seorang pemimpin yang dikategorikan sebagai ulama dalam PAS. Ketika ini, ianya diduduki oleh Ustaz Ahmad Awang. Selain beliau, tokoh lain yang boleh diletakkan sebagai berkemungkinan ialah Ustaz Azizan yang merupakan Menteri Besar Kedah, Ustaz Tuan Ibrahim Tuan Man, Pesuruhjaya Pahang, Ustaz Harun Taib, bekas Ketua Dewan Ulama dan exco kerajaan negeri Terengganu dan Ustaz Taib Azamuddin, ahli parlimen Baling.
Jika salah seorang daripada mereka berjaya, maka tinggal satu sahaja lagi kerusi untuk Naib Presiden. Mereka mungkin dikalangan Mohd Sabu, Hasan Ali, Mahfudz Omar, Salehuddin Ayub dan Ir Nizar.
Melihat ramainya tokoh PAS yang mampu menjadi kepala parti, maka akan menyukarkan orang-orang parti untuk memilih. Inilah kelebihan parti ini berbanding Umno. Umno, payah nak pilih yang kurang celanya di kalangan yang cela-cela. PAS, sukar nak cari siapakah yang ada kekurangan, di kalangan tokoh yang hebat-hebat belaka.
Bagi perwakilan, sudah tentu kriteria mereka akan bersandarkan kepada sifat PAS itu sendiri yang merupakan sebuah jamaah Islam yang membawa rahmat untuk manusia dan sebuah parti politik yang cekap memimpin sebuah negara.
Tulisan ini sekadar memberi alternatif kepada bahan bacaan yang sarat dengan cerita-cerita rasuah dalam Umno dan kebusukan kerja politik Umno di Perak.
Bagi ahli PAS, walau apapun kelemahan dan kekurangan pada pemimpin parti, mereka jauh lebih mulia di sisi Allah dan umat selagi ikhlas, istiqamah dan meletakkan kemuliaan agama atas pundak masing-masing.
4 comments:
pada pandangan ana macam ni pulak....
utk kerusi Naib Presiden :-
1 kerusi untuk Profesional
1 kerusi untuk Ulamak
1 kerusi untuk Ayam Sabung PAS
Calon Profesional: Husam Musa, Ir Nizar,Dr Hatta, Kamarudin Jaafar, Hasan Ali, Cikgu Pa, Hj Wan Mutalib Embong, Ir Amirudin Hamzah;
Calon Ulamak: Ust Ahmad Awang, Ust Harun Taib, Ust Azizan Razak, Ust Halim Abd Rahman, Ust Hasan Shukri, Ustaz Bakar Chik, Ust Nik Amar, Ust Tuan Brahim, Ust Ismail Kamus, Dato' Mahfodz Mohd;
Calon Ayam Sabung : Mat Sabu,Mahfuz, Salahuddin, Ust Derih Ahmad, Dr Lo'lo', Dr Siti Mariah.
ana sokong sesiapa sahaja jadi pimpinan. tapi syarat mesti taqwa, berstrategi dan tidak opportunis...
sekian
Al-Bakistani
Salam.
Terima kasih atas pandangan Syeikh Al Bakistani. Ana setuju, setuju seteju...
Tapi, bagi ana bukanlah semua jawatan mesti mensyaratkan kriteria taqwa paling utama, mesti mendahului kriteria lain, kerana ia mungkin membawa kepada natijah ulama menguasai.
Sinergi di antara kriteria-kriteria dan sinergi di kalangan pimpinan itu juga diperlukan.
Assalamualaikum Ustaz,
Ana setuju dgn Ustaz. TGHH, Ust Nasa dan Dato Husam perlu kekal dgn jwtn sekarang. Untuk dua lagi Naib Presiden, ana fikir Mat Sabu juga wajar dikekalkan.
Untuk kuota ulamak, ana nampak Ust Dr Mujahid Yusuf Rawa santa sesuai di situ sebagai langkah kita menyiapkan pewaris kepimpinan ulamak.
Untuk Dewan2, apa pandangan Ustaz?
Fakhri Al Misri
Post a Comment