30.4.09

NIK ABDUH TEMBAK PENJAHAT, DIA YANG DIBALUN

1. Saya sedikit bengang apabila membaca artikel Ustaz Nik Abduh yang beserta dengan komentar-komentar di bawahnya. Bukan bengang kepada artikel, tetapi komentar. Saya mencari-cari dosa besar yang dilakukan oleh Nik Abduh. Tiada nama yang disebutnya. Tiada siapa yang diumpatnya. Mungkin kerana dia melontar pelurunya secara umum menyebabkan mereka yang ada kaitan atau boleh dikaitkan dengan istilah pembantu-pembantu politik Tok Guru berasa marah?

2. Apa yang saya tahu, ada pelaga, ada pemberi maklumat palsu, ada pemecah antara dua tokoh dan ada pendedah kepada umum, dalam artikelnya. Dengan dedahan itu, ramai juga yang marah kerana kata mereka itu ibarat menyelak kain parti. Yang mendedah adalah Ustaz Nik Abduh. Memang betul, parti terjejas. Tetapi besarkah jejasnya? Apabila orang ramai tahu Tok Guru mendapat maklumat palsu, apa yang malu sangatnya? Ketika Tok Guru marah dan tembak Presiden dan Cikgu Pa suatu ketika dulu, kita tak terasa malu? Ketika itu, tak malu dan tak terasa imej parti tercalar? Sebab apa kita diam? Sebab kita tak suka idea Presiden dan Cikgu Pa?

3. Eh, bukankah itu lebih memalukan? Dua tokoh bertelagah pandangan secara umum dalam akhbar. Tak maluke? Yang ini, hanya dakwaan ada orang tipu pimpinan. Yang itu, dua-dua dah bertelagah idea. Mmmm dan rupa-rupanya ada yang menerima maklumat palsu sehingga menyebabkan dua-dua berbeza dan bertelagah. Eh, tak jahat ke pelapor palsu? Aduh, kenapa pendedah yang dibalun, sedangkan pelaga, pemberi maklumat palsu dan pemecah antara dua tokoh tidak menjadi isu?

4. Lantaran itu, berwaspadalah. Isunya hanya pada usaha bodoh itu. Janganlah ada yang mengulas sana-sini entah apa-apa, termasuk pimpinan PAS tertentu. Kenapa tak marahkan pelapor palsu itu. Jika tiada bukti, mintalah bukti, bukannya "membunuh" pelapor. Apa sudah ada dewa dalam PAS?

5. Saya bengang bagi mereka yang mengulas luar topik dan menghina Nik Abduh. Dalam masa yang sama, saya belum mengiyakan apa-apa dakwaannya selagi belum cukup pendedahannya. Ulasan saya inipun berdasarkan kepada zahir artikelnya. Namun, saya yakin, beliau penuh dengan bekalan, kerana saya juga ada sedikit sebanyak bekalan itu, bermula dari isu Cikgu Pa, isu calon Kuala Terengganu dan kini isu UG. Malah ramai yang tahu pun. Oleh kerana ada yang termakan cilinya, mulalah melatah-latah. Apa nak buat, kerajaan idaman di hadapan mata.

6. Doakan sahaja untuk kemenangan Islam di bawah payung suci PAS yang tulen. Kalau Nik Abduh salah, tahulah Allah menghukumnya. Kalau dia benar, tahulah Allah menghukumnya.

8 comments:

Ahmadkmz said...

samelah kita....

tapi tuan hamba bijak mengulas....

Elbaritii said...

Salam.

Chekamala, cuba renungkan sama2. Bila tuan2 guru kita diperlekeh sesama pemilihan parti beberapa penggal yang lalu di Malaysiakini, siapa yang bangkit menentang? Malah Malaysiakini dgn mudah mendapat maklumat dalaman lagi.

Bukankah ulama kita dilabelkan kuda tualah dan bermacam lagi.

Ketika Ustaz Nasa dihina di blog2, (tanpa ambil kira dia betul atau salah) siapa yang membela beliau? Tidakkah itu memburukkan PAS kerana dia adalah Timb Pres.

Siapa ambil pusing?

Ketika Ust Nik tembak dengan peluru tabur, peluru nya pun hanya beberapa butir cili api, gegak gempita bunyinya pembela parti dan agama.

Allahul musta'an

passongchoon said...

elbariti,

skrg yg mmulakan tuduhan itu nik abduh, maka beliaulah yg kena membawakn bukti2 pertuduhan tsb, buknnya org yg dituduh, lagipun siapa yg dituduh dlm tulisan nik abduh itupun sendiri x jelas.

selagi nik abduh masih belum mmbawa bukti2 apa yg dia perkatakan selagi itulah yg tertuduh (jika ada) tidak boleh disabitkn dgn pertuduhan oleh sesiapa.

Elbaritii said...

Betul,
Makanya, kenapa ramai yg kecoh? Saya rela jika kita tidak percaya drp kita kata dia bukan2.

dimanaserbanpas? said...

Askum.

Nasihat ana kepada Presiden dan Mursyidul Am PAS,

1. PAS tidak perlu kepada Pakatan Rakyat atau Barisan Nasional
2. PAS perlu kukuh sebagai parti Islam yang bebas daripada pengaruh PR atau BN.
3. PAS perlu fokus kepada Islam dengan membuat amal ma'aruf dan nahi mungkar.
4. PAS perlu kembali kepada asal perjuangannya untuk membina daulah Islamiyyah.
5. PAS perlu menasihati ahli-ahli yang semakin liberal supaya kembali kepada asas perjuangan berdasarkan kepimpinan ulama.

mudin001 said...

Salam ustaz, mungkin silapnya, Us Nik Abduh mengebom. Bukan menembak. Dan bahangnya bukan terasa kepada si penjahat sahaja (kalau ada).

Dan tulisannya itu tidak menampakkan hikmahnya seorang pendakwah muda, harapan kepada kepimpinan PAS masa depan.

Kalau nak didedahkan bahawa ada pengadu-domba antara TGHH dan TGNA, dedahkan saja. Straight to the point. Tapi jangan pukul semberono. Mee celuplah, apalah. Seolah hina sangat golongan bukan dari pendidikan agama dalam PAS.

Maaf, saya nampak lebih banyak yang buruk dari baiknya dalam tulisan Nik Abduh. Ini dari saya yang tak ada apa-apa kepentingan dalam PAS. Yang bersedia untuk menerima apa jua gagasan/idea dari kepimpinan beserta hujah, termasuk Unity Gov.

Salam.

Elbaritii said...

Salam Mudin,
Cuba baca balik apa maksud mee celup itu dan siapakah mereka?

Apakah mereka yang beraliran bukan ilmu agama dianggap mee celup kerana jahil agama atau kerana nak belajar agama?

Apakah mee celup itu kerana mereka beraliran agama tetapi tidak mahir?

Atau mee celup itu, bukan aliran agama, dan cuba belajar agama, tetapi lagaknya mengatasi ulama, dan terbukti salah?

Maaf saya bertanya kepada diri saya: Hikmah kah apabila Cikgu Pa dan Presiden dikritik terbuka. Malah isu Cikgu Pa sampai ke Melewar secara khusus?

Ya, itulah kesannya pelapor palsu. Itu yang menyebabkan bom tersebut dilontar.

Kalau enta tahu di sebalik semua ini, entah laa, bukan setakat bom, mungkin sudah berkecai dengan c4.

Apa2 pun, bom yang dilontar melata dan terbuka, tetap salah daripada sudut etikanya. Saya yakin Ustaz Nik pun tahu, tetapi mungkin dia sudah tiada pilihan? Berapa tahun dia menanggung derita palsu di hadapan mata, siapa tahu?

Kisah2 di Kuala Terengganu sudah terbukti bahawa kumpulan itu memang wujud dan tak boleh dipakai.

Elbaritii said...

Saya setuju kebanyakan saranan "DimanaserbanPAS".

Setahu saya PAS tidak seperti pondok, tabligh atau al-arqam yang ada fesyen serban sendiri.

:)