1. Saya tergelak membaca tulisan ZS yang memberikan contoh kepada usaha PAS mengulamakan profesional dalam artikel pendeknya di siasah. Beliau sifatkan gagasan almarhum Ustaz Fadhil Noor itu telah berjaya dan contohnya adalah Husam, Dr Zulkefli dan beberapa orang lagi. Saya tidak perkecilkan nama yang disebut, dan saya tahu merekapun tak dakwa mereka ulama, tetapi peminat mereka ini berlebih sakan.
2. Kalau nak kempen pun, biarlah berpada-pada. Takkanlah dengan beberapa bulan atau tahun Husam mengambil kursus Bahasa Arab dah dianggap layak dipanggil ulama? Takkanlah semata-mata Dr Zul boleh berhujah terus dilayakkan dengan kedudukan sebagai ulama. Jika ZS menyebut sudah bertambah ilmu agama, maka lojiklah juga.
3. Bagi saya, boleh sahaja mengulamakan pemimpin profesional dalam PAS, tetapi perlukah? Atau lebih tepat mengilmukan pemimpin profesional dengan ilmu agama? Mungkin ini juga maksud almarhum. Bukanlah calang-calang usaha perlu dilakukan untuk layak memanggil seseorang itu sebagai ulama. Ada yang telah berjayapun, tapi bukanlah seperti yang disebut ZS.
4. Dato' Haron Taib, dalam ucapan dan sembangnya sewaktu bergelar Ketua Dewan Ulama selalu sebut "ana bukan ketua ulama, ketua dewan saja." Itulah orang berilmu. Baginya dia adalah ketua dewan kerana dia ahli dan pemimpin dewan. Bukan kerana dia belajar Madinah, dia alim dia sekian-sekian dan seumpamanya. Namun, siapa boleh nafikan keilmuannya dalam agama? Orang tetap memanggilnya salah seorang alim hebat dalam parti.
5. Janganlah sudah boleh berhujah, berbahasa Arab sedikit, boleh rujuk kitab sikit-sikit dan selalu baca al-quran, sudah layak duduk di kerusi Presiden PAS. Buruk lakunya macam tu. Ini, tafsiran sayalah.
6. Cuba para pembaca fikir bersama. Presiden adalah pentadbir parti paling atas. Dia dipilih oleh ahli melalui pemilihan atau menang tanpa bertanding setelah dicalonkan. Dia kemudiannya akan mempengerusikan satu mesyuarat untuk memilih empat orang daripada kalangan AJK Pusat yang menang untuk menjadi ahli Majlis Sura. Jika dia bukan Ulama, jika dia mahu, dia akan masuk ke majlis itu dalam keadaan jahil agama. Jika dia tidak mahu, bermakna orang bawahnyalah yang akan menyertai Majlis Syura dan akan menentukan hala tujunya.
7. Boleh bayangkan jika Presiden PAS bukan ulama dan dia pengerusikan mesyuarat untuk memilih di kalangan orang bawahannya untuk menjadi penentu dasar parti dan penjaga hala tuju dia dan partinya?
8. Selamat berteori tuan ZS dan KS.
1 comment:
salam, amba penyokong PAS.Namun amba rasa sedih dengan kaedah pihak PR menangani isu2 semasa. Nampak terlalu difensif dan seperti segala yang kita lakukan lah yang benar dan pihak lawan sentiasa salah dalam perlakuan mereka. lihatlah bagaimana Harakahdaily dalam isu2 dan komen yang dimuatkan didadanya. sedih... :-(
Post a Comment