9.6.09

ASAS MUZAKARAH DAN PERUNDINGAN PAS















Dan tidak ada yang lebih baik perkataannya daripada orang yang menyeru kepada (mengesakan dan mematuhi perintah) Allah, serta dia sendiri mengerjakan amal yang soleh, sambil berkata: Sesungguhnya aku adalah dari orang-orang Islam (yang berserah bulat-bulat kepada Allah)! Fussilat (33)



Dan tidaklah sama (kesannya dan hukumnya) perbuatan yang baik dan perbuatan yang jahat. Tolaklah (kejahatan yang ditujukan kepadamu) dengan cara yang lebih baik; apabila engkau melakukan demikian maka orang yang menaruh rasa permusuhan terhadapmu, dengan serta-merta akan menjadi seolah-olah seorang sahabat karib. (34)



Dan sifat yang terpuji ini tidak dapat diterima dan diamalkan melainkan oleh orang-orang yang bersikap sabar dan tidak juga dapat diterima dan diamalkan melainkan oleh orang yang mempunyai nasib dan keuntungan yang besar daripada kebahagiaan dunia dan akhirat. (35)



Dan jika engkau dihasut oleh sesuatu hasutan dari Syaitan, maka hendaklah engkau meminta perlindungan kepada Allah. Sesungguhnya Dialah Yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui. (36)



7 comments:

Anonymous said...

muzakarah cara islam. jangan sampai melahirkan keraguan. muzakarah cara pas. sampai lahir keraguan.

nasha kata. muzakarah bukan sampai nak tubuh kerajaan campuran. tapi hadi awang kata nak buat kerajaan perpaduan.

soalnya. nak buat kerajaan ke tak nak???

El Baritii said...

Kalau saudara/ri adalah ahli PAS, jangan terlepas adab ketika menyebut nama pemimpin kita. Tidak ada ahli Umno yang mudah2 memperlekehkan pemimpin agung mereka.

Sekarang di dalam PAS sudah tidak boleh berbeza pandangan atau pemimpin mesti mengikut ijtihad danbacaan politik "aku".

Apa asas kita bertahaluf dengan DAP dan Keadilan? Sekadar bertanya, bukankah DAP dan PKR melenting ketika Muktamar usulkan SIS diharamkan?

Saudara/ri nak mendengar muktamar atau DAP dan PKR?

Bukankah DAP melenting ketika ahli majlis MBSA bantah penjualan arak terbuka?

Islam tidak ke mana (buat masa itu) jika kita terus pertahankan PR. Tidak begitu?

Biarkan pemimpin dengan kerja mereka.

Kerajaan campuran berbeza dengan kerajaan perpaduan.

Di Selangor entah la kerajaan apa. Nampaknya PKR selalu sekat peruntukan DUN untuk PAS. Kerajaan apa yer?

El Baritii said...

Tapi...
Saya tidak menafikan banyak kebaikan agama diperolehi dengan PR. Cumanya, biarlah pemimpin kita merancang yang terbaik untuk agama. Mereka lebih mengetahui drp kita.

Jika sesiapapun ingin membawa kita masuk ke BN, masa itulah saudara/ri boleh melaknat mereka. Tetapi ketika itu jangan lupa, keputusan itu adalah majoriti perwakilan muktamar PAS.

Saudara/ri mungkin sekadar pemerhati setia yang terpinga-pinga. Jika berlakulah...Percayakah ia akan berlaku?

El Baritii said...

Oh ya, muzakarah Nabi juga menimbukan keraguan para sahabat, jika soal keraguan yang dibimbangi.

Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Anonymous said...

PAS kata haramkan ISA. nampaknya diorang pun perangai macam kerajaan yang suka ISA. PAS - UMNO = dua-dua sama.

yang benar;
SIS benci Taliban

El Baritii said...

Komen yang tidak beradab tidak dibenarkan.

Soalan untuk yang tidak beradab.

Berapa orang dah kafir "harbi" yang saudara dah "altantuya"kan?