11.6.09

NILAI-NILAI YANG SEMAKIN TERPINGGIR, HILANG


1. Nilai juga dipanggil "value" dan "qimah". Nilai tidak terang benderang maknanya, tetapi value dan qimah memberi maksud yang lebih tepat, kuat dan mendalam.

2. Nilai-nilai mulia dan terpuji semakin hilang daripada tokoh-tokoh kesayangan masyarakat. Apa puncanya?

3. Tidak perlu di sini untuk bicarakan perihal nilai penulis-penulis yang dengan ramah-tamah dan murahnya membodoh, membangang, mencelaka, menghina dan mengutuk pemimpin-pemimpin PAS. Ah, daripada hati semakin sakit, lebih baik dihapuskan terus link kepada blog mereka. Biar mereka "menyalak" di hadapan komputer masing-masing.

4. Kini, sudah ada yang bertanya, siapa penipu, Ustaz Hadi atau Lim Guan Eng?

5. Kini, sudah bergema tembak menembak, balas membalas dan ungkapan luar kawalan, penuh emosi kemarahan daripada tokoh mulia PAS di media-media. Apa sudah jadi wahai Tok Guru? Inikah contoh yang diajar Rasulullah saw? Kami tidak mahu kecewa.

6. Kini, wala' dan ta'at bukan lagi nilai yang boleh dibanggakan oleh PAS. Ia semakin tercalar di sana sini. Ia dianggap penghalang nafsu buas pihak tertentu.

7. Kini, semua ingin menjadi hero untuk memperjuangkan pandangan sendiri. Sanggup bermatian dalam persada politiknya, asalkan pandangan sendiri dimartabatkan parti.

8. Kini, lihatlah hasil daripada lemahnya kalian wahai pimpinan mulia. Pandangan politik sendiri dipertahankan seolah-olah ia adalah nas dari langit. Sanggup mengkritik di luar mesyuarat. Sanggup mendesak pucuk pimpinan dengan idea sendiri. Sanggup mempengaruhi dengan cara yang salah. Sanggup meminggirkan majlis musyawarah. Sanggup membelakangi ketua. Sanggup berpecah asalkan tidak tunduk membongkok kepada orang lain.

Siapakah yang bersalah? Puaskah mereka dengan apa yang berlaku kini? Kenapa Allah menguji sebegini berat? Hukumkah ini?

7 comments:

Dr. Muhamad Faisal Ashaari said...

tahniah. Pandangan yang tepat.

Anonymous said...

suruh wala', tapi ulama menipu jadi halal... ulama kena jaga siqah, baru orang nak wala'...

wala' itu paksaaan ker???

hoi.. nak masuk Islam orang tak leh paksa...

bodoh punya ulama.. dia tipu semuanya halal...

Anonymous said...

Ulama PAS dah jadi macam paderi.. dia buat boleh jadi halal..

Anwar masuk UMNO. cuci najis dalam tong taik..

ulama pAS nak masuk UMNO cuci tok mintak wangi ker???

bodoh punya ulama.. kalau PAS kalah PRU 13, Hadi Bawang la puncanya....

aduka

Anonymous said...

UG cadangan presiden. bukannya syura..

ahli majlis syura ramai yang geng jumud. ..
yang open minded. tok guru nik aziz jer... yang lain. entah hapa hapa hapa entah.... perasan bjak, tapi bodooo jeee

Dr. Muhamad Faisal Ashaari said...

Kempen menghapuskan link blog yang menyumpah seranah ulama.

Elbaritii said...

Salam,

Ohh si aduka ni rupanya. Dia ni seoalah-olah maknya penat mengandungnya semata-mata nak kritik orang.

Ni setaraf orang suruhan aje ni,tapi bukan ulama la, ntah sapa...

Tak pa, selamat datang aduka. Nampaknya dah terkesan ke kempen anti link hina ulama? Sampai kena menyumpah di rumah orang lain?

Kalau aduka, saya dah lali, dah biasa baca dia meyumpah semua orang kecuali dirinya saja. Yang tu, biar kita serahkan kepada para malaikat, sama ada layak atau tidak.

Elbaritii said...

Selamat datang Abu Irfan,

Geng anti ulama makin bengang ni. Presiden, Timbalan,seorang Naib, Ketua Ulama, Ketua Penerangan, Pengarah Jabatan Piloihanraya semua pemimpin aliran agama.

Kalau ada yang tak sedap hati, ketahuilah itulah namanya demokrasi dalam pemilihan, pilihan Presiden, ujian untuk ahli, mesej yang jelas dan pengajaran. kalau yang bukan ahli mcm aduka tu, biarkan aje dia berkokok. Letih nak menjawabnya nanti.

Kalaulah penentang idea dan strategi Presiden secara terbuka di media,apabila tewas diletakkan ke jawatan Harian, agak2 boleh berjalan baik ke?

Dewan Harian bermakna pemimpin yang setiap hari boleh berbincang, bermuzakarah, bertindak sesama mereka dan dimana-mana sahaja. Saya tidak nampak langsung ahli dewan harian boleh guna media untuk lawan idea Presiden.

Kini, pemecahan atau perbezaan pimpinan ditentukan oleh perbezaan idea??? Aduh, kalau sepuluh idea berbeza, bermakna mungkin ada sepuluh team dalam kepimpinan pusat?