"(Muktamar) mendesak Majlis Fatwa Kebangsaan membuat penyelidikan ke atas SIS yang membawa aliran Islam liberal. Dan seterusnya mengharamkan pertubuhan tersebut sekiranya terbukti bertentangan dengan syariat Islam serta membuat program pemulihan ke atas ahli-ahlinya."
1. Muktamar mendesak tiga perkara. Pertama, supaya Majlis Fatwa Kebangsaan membuat penyelidikan, dan bukannya menggalakkan tuduhan semberono. Ia adalah desakan kepada Majlis Fatwa, bukan SIS, bukan PR dan bukan Umno. Kedua dan ketiga, desak supaya SIS diharamkan oleh Majlis Fatwa dan ahlinya dipulihkan jika benar ianya bertentangan dengan syariat Islam.
2. Muktamar mendakwa satu perkara, iaitu SIS membawa aliran Islam liberal.
3. Memanglah usaha ini nampak keras dan kasar. Sama seperti kasar dan kerasnya kita terhadap Umno itu sendiri yang jelas banyak perkara yang bertentangan dengan Islam sebenar.
4. Tetapi, jika usul ini ditarik balik, selepas desakan demi desakan pelbagai pihak, nampaknya PAS menambah koleksi tindakan tidak berkukunya untuk pertahankan pendiriannya sendiri, dan paling buruk SIS akan lebih bebas dan tenang dalam bertindak selepas ini.
5. Bagi saya, usul itu sudah cukup berlapik. Kalau terlampau berlapik sangat pun, bukannya ada sesiapa yang akan meraikannya. Siapa lagi yang berani mengharamkan yang haram di Malaysia ini?
No comments:
Post a Comment