30.10.09

Seminar Yang Sukar

1. Harapan semua ahli PAS, agar masalah dapat diselesaikan. Antara usahanya ialah dengan mengadakan seminar.

2. Masalah berlaku di kalangan pimpinan. Masalah pada berbeza ijtihad sahaja. Tapi ia menjadi besar. Apabila seminar yang melibatkan ahli semua peringkat ingin dijadikan platfom bagi menyelesaikan masalah atasan, maka seminar ini cukup penting dan sangat sukar untuk dijayakan.

3. Jawatankuasa penganjur seharusnya terdiri daripada kalangan pakar-pakar dalam ilmu keseminaran, keselamatan, kesaksamaan dan pelbagai lagi.

4. Kalau seminar ini sudah digariskan resolusinya oleh penganjur, seminar ini gagal.

5.Kalau seminar ini hanya menyediakan masa bersoal-jawab (debat) selama 15 minit, seminar ini gagal.

6. Kalau seminar ini hanya melibatkan satu mazhab politik dalam PAS sahaja, seminar ini gagal.

7. Kalau seminar ini hanya dihadiri oleh pimpinan atasan pada ketika perasmian pembukaan dan penutup sahaja, seminar ini gagal. Presiden juga seharusnya mendengar semua ucapan, bukan hanya menyampaikan ucapan.

8. Kalau seminar ini ditinggalkan awal oleh pimpinan, seminar ini gagal.

9. Kalau seminar ini tidak fokus kepada isu memperkasakan Pakatan Rakyat, seminar ini gagal.

10. Kalau seminar ini tidak menyentuh 3 nama yang panas itu, saya tidak tahu seminar ini gagal atau tidak.

Bagi saya, seminar sukar mendekatkan pimpinan dan idea masing2. Ia sekadar tempat luahan idea dan pendirian. Penyatuan jarang berlaku dalam sebuah seminar dan akhirnya, dasar bawah kubah ais masih teguh.

Bukan untuk saya memperkecilkan seminar ini, tidak sama sekali. Bukan pula untuk menolak keputusan ini. Tetapi saya merasakan ia amat sukar. Terlalu sukar untuk dijayakan. Moga Allah memberi taufiq dan hidayah, agar ia menjadi mudah.

Wallahu a'lam

2 comments:

Anonymous said...

Bagaimana hendak membezakan antara ijtihad sebenar dengan nafsu atau cara-cara melepaskan diri dari masalah peribadi dengan menggunakan parti?

m ali said...

Sdr anonymous, jawapannya apabila kamu berbalah terhadap sesuatu kembali semula kepada Al Quran dan Hadis. Perintah Al Quran syuro. Semasa bermesyuarat, sekalipun pandangan peribadi kita terbaik tetapi tidak ijmak, maka tertolak. Jika masih ia berpegang dengan pendapat peribadinya diluar mesyuarat, itu namanya tattabi'ul hawa.