Wajah akhir mak yang sempat direkodkan. Ketika menunggu masa untuk dimandikan. Bagi saya, mak gembira dengan pemergiannya ini, wallahu a'lam...moga Allah sentiasa "bersama"nya, ameen.
Selepas selesai pengkebumian dan doa. Saya duduk di antara mak dan abah. Kawasan sebelah mak kosong selama 10 tahun, seperti telah dijanjikan, mak akan berdekatan dengan abah. Abah meninggal pada bulan Mac 1999. Mak bulan September 2009.
Kubur mak, abah, mak dan ayah kepada mak serta beberapa keluarga lain, kelihatan di dalam gambar ini.
12 Syawwal yang lalu, genaplah sebulan pemergian mak yang sangat dirindui. Perginya dengan penuh kejutan, kehilangannya ditangisi dan belaian kasih sayangnya sangat dirindui. Kini tiada lagi doa-doa mak untuk anak-anaknya dan tiada lagi senyum tawa dan hilaian mak memanggil dan bermain dengan anak sulungku Ihsan Izziddeen.
Mak, kita jumpa di sana.
Allahummaghfirlana wa laha, wa 'aafina wa'fu 'anha!
al-fatihah...
14 Syawwal 1430

3 comments:
perginya opah disaat kita smua sedang berpuasa amat terasa apabila menyambut raya yg lalu....
biasanya opah mrh ketika spupu kecil berlari diatas rumah opah tapi tahun ni tiada lagi suara opah memarahi mereka....perginya opah disaat cucunya memerlukan kasih sayang,perhatian daripada opah...
kami semua amat merindui opah...
semoga opah dan atuk tenang disana...
hanya pusara mereka yang jadi tempat untuk melepaskan kerinduan kepada mereka....hanya doa daripada keluarga yang dapat kami beikan kepada opah dan atuk........
Allahumma Ya Allah ya Rahman Ya Rahim, Ku Pohon agar dikau ampuni dan kasihi Ibu yang membesarkan kami dengan penuh kasih sayang yaAllah.. kasihi beliau rahmati beliau. Ampuni Ibu da Abah kami yang tersayang ya Allah.. Amin ya Rabbal 'Alamin
redhokanlah pemergiannya
Post a Comment