26.1.11

Hujah dangkal Muhyiddin menyuruh MB Selangor lepas jawatan

Apa yang boleh saya nyatakan tentang hujah TPM supaya MB Selangor meletakkan jawatan kerana tidak mendapat sokongan DUN adalah sangat dangkal.

MB dan kerajaan negeri telah gagal mendapat sokongan 2/3 drp DUN untuk meminda sedikit Undang-Undang Tubuh Negeri bagi mengembalikan kuasa Sultan dan MB dalam pelantikan 3 jawatan eksekutif tertinggi negeri. Itu adalah telah dijangkakan kerana nafsu BN terhadap negeri lebih besar daripada kewajaran mereka menjaga hati nurani sultan sendiri.

Jika mereka sanggup dilihat menentang usaha murni kerajaan negeri itu, walaupun sultan mungkin terkilan, bermakna pelantikan Khusrin sebagai orang berusaha dan bersetia pada kerajaan negeri, sebenarnya akan menguntungkan BN sendiri.

Ada yang mendakwa sultan sebenarnya tidak kisah. Namun, usaha BN itu tetap dilihat "buruk" oleh rakyat sekalian. Tapi, sejak bila pula BN ambil kisah pandangan rakyat? Mereka tahu, rakyat yang kisah dan peduli adalah minoriti.

Kembali kepada hujah TPM tadi. Apa komen beliau jika hal sedemikian dikembalikan kepada PM sendiri dalam usaha meminda mana-mana undang-undang atau perlembagaan di Parlimen yang menuntut sokongan 2/3?

Tentulah sangat dangkal hujah mana-mana pihak agar seseorang itu meletak jawatan hanya kerana tidak memperolehi sokongan 2/3 ahli dewan mesyuarat/sidang.

Inilah TPM Malaysia.

No comments: